April 15, 2018

10 Jalan Anda Perlu Buat Untuk Kembali Muda

Ketika saya berusia 20-an, saya kerap mendengar orang- orang tua di sekeliling saya menyebut tentang “jaga badan” sekarang supaya kekal awet muda di masa hadapan. Anggapan saya pada masa itu, kalau tidak “jaga badan” ketika muda iaitu di awal 20-an, bila dah menjelang usia 30-an dan 40-an, kita sudah tidak boleh buat apa- apa.

Rupa- rupanya sungguh cetek ilmu dan pengalaman saya ketika itu tentang tubuh badan manusia. Awet muda bukan semata- mata kita nampak muda daripada usia, tetapi termasuklah :

  • Boleh undur semula masa, semakin tua usia, semakin nampak dan rasa muda
  • Boleh kekal sihat dan melakukan pelbagai aktiviti tidak mengira usia
  • Boleh kekal muda, lebih lama

Saya ada terbaca satu artikel di majalah Forbes ini memberikan saya idea bahawa, kita boleh bantu diri kita sendiri untuk nampak muda dan kekal aktif seperti orang muda.

Ada 10 cara disenaraikan dalam artikel ini untuk kita teliti dan mula lakukannya.

1- Pastikan Tulang Terima Kalsium Yang Cukup 

Dalam usia 30-an sepatutnya tulang wanita sudah menyimpan kalsium yang cukup untuk mengharungi fasa kehidupan seterusnya iaitu menopos. Usaha ini sepatutnya dilakukan dalam usia 20-an lagi. Tetapi ia tidak bermakna anda terlambat untuk baiki kepadatan tulang, dengan mengambil diet tinggi kalsium dan anda pastikan kalsium dapat diserap baik dalam tubuh. Jika anda buat analisa kepadatan tulang, jika ada tanda- tanda tulang poros dan tanda- tanda retak halus pada tulang, bermakna anda tidak mendapat sumber kalsium yang cukup.

2- Lindungi Kulit Daripada Oleh Sinar UV

Sinar UV adalah punca utama kulit kita jadi tua dengan pantas. Jika anda tidak ambil peduli untuk melindungi kulit daripada sinar UV di usia 20-an, anda akan lihat kesannya dengan pantas muncul di usia 30-an dan 40-an. Garis- garis halus terkumpul hari demi hari, pigmentasi akan jadi semakin tebal dan merebak, dan jeragat akan mula memuhi ruang di wajah.

3- Baiki Kulit Yang Telah Rosak Akibat Sinar UV

Usah terlalu bimbang sekiraya kulit anda telahpun dirosakkan oleh sinar UV, kerana masih ada jalan untuk baiki dan lindunginya pada masa akan datang. Ambil makanan yang tinggi vitamin A seperti bayam dan keledek bagi memulihkan kerosakkan ini dari dalam, dan gunakan krim pelindung UV untuk pastikan kulit tidak rosak dengan lebih teruk lagi.

4- Ambil Omega-3 Untuk Otak Cerdas Dan Muda 

Kita bukan saja mahu tampak muda pada tubuh dan rupa paras, tetapi kita juga mahu otak yang sentiasa cekap. Kita mahu otak kita juga tidak tua sebelum usia. Pengambilan makanan yang tinggi omega-3 membantu kita mengekalkan kecerdasan otak walaupun usia meningkat. Kajian juga mendapati pengambilan omega-3 secara berterusan dapat mengurangkan risiko terkena Alzheimer dan nyanyuk.

5- Usah Berhenti Bekerja Untuk Rangsang Otak 

Ramai yang percaya, usia tua hanya sesuai untuk pencen dan tinggal di rumah. Sedangkan otak harus terus bekerja dan kekal aktif supaya kekal muda. Carilah jalan untuk sentiasa boleh bekerja dan menyumbang kepada kemajuan diri sendiri dan orang lain. Belajar lah kemahiran baru yang tidak sempat dipelajari sebelum ini dan keluarlah bersosial tanpa dihalang oleh usia.

6- Rambut Kekal Tanpa Uban

Pakar rambut menasihati supaya berhenti ambil caffein apabila usia meningkat kerana sifatnya yang “diuretic” menyebabkan tubuh hilang air dengan cepat. Badan yang tidak cukup air adalah salah satu faktor rambut cepat beruban dan kulit juga tampak kusam. Caffein juga menyebabkan kalsium yang diambil tidak dapat diserap dengan baik.

7- Pilih Pelembab Kulit Yang Berkualiti Tinggi 

Kulit wajah yang kering kerana tidak cukup air di dalam dan tidak diberi kelembapan dengan pelembab yang sesuai akan menyumbang kepada rupa paras yang lebih tua daripada usia. Pilih pelembab yang bersesuai dengan kulit, aktiviti harian dan juga cuaca tempat kita tinggal. Pelembap yang baik juga mampu meningkatkan penghasilan kolagen di dalam tubuh.

8- Berhenti Ambil Makanan Terproses dan Kurangkan Daging Merah 

Makanan terproses sangat tinggi gula, saturated fat dan lain- lain bahan yang tidak membantu tubuh kekal sihat dan muda. Daging merah meningkatkan keradangan dalam tubuh yang menyebabkan tubuh lebih pantas menjadi tua akibat pelbagai jenis penyakit. Diet yang baik disertakan dengan senaman adalah kunci kepada tubuh yang lebih sihat dan tampak jauh lebih muda daripada usia.

9- Kawal Tekanan Hidup Dengan Bijak 

Tekanan harian boleh buat kita tua dengan pantas. Semakin kita meningkat usia tidak bermakna stress akan hilang, tetapi kita boleh mengawal dengan lebih bijak. Cara paling mudah boleh kita mulakan ialah dengan tidur lebih awal setiap hari dan bangun juga lebih awal daripada orang lain. Luangkan masa untuk bersendiri sambil melakukan perkara- perkara yang kita suka. Senaman juga adalah satu langkah menghapuskan tekanan dalaman yang boleh menyebabkan kita nampak tua sebelum usia.

10- Jangan Abaikan Kulit Tangan 

Majoriti kita hanya menilai rupa paras wajah sahaja, tetapi mengabaikan kedutan dan pigmentasi pada tangan. Pakai losyen yang sesuai untuk kulit tangan sambil pastikan diet harian kaya dengan anti oksida akan  mengekalkan keremajaan kulit tangan anda.

Artikel asal : Tricks To Reverse Aging 

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: