June 13, 2018

3 Jenis Sakit Popular Ketika Cuti Hari Raya

Lebih kurang dua hari saja lagi, umat Islam akan menyambut 1 Syawal, dan bermulalah perayaan Hari Raya Aidilfitri yang kebiasaannya berlangsung selama sebulan di Malaysia. Walaupun secara umumnya kita akan bercuti selama 2-3 hari sahaja, namun kemeriahan balik kampung akan berlangsung lebih kurang seminggu lebih awal, dan kemudian bersambung pula di pelbagai acara rumah terbuka.

Dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri, kita juga akan melalui satu fasa “biasa” ketika cuti hari raya iaitu fasa jatuh sakit. Kita sering mendengar orang menyebut “Biasa la musim raya, demam/batuk/selesema/ sakit perut”, dan ini berlaku kepada semua lapisan masyarakat, samada kanak- kanak, orang dewasa atau orang tua.

Jadi jom kita lihat 3 jenis sakit yang “popular” ketika hari raya dan cara yang sesuai untuk mengelak dan cara untuk sembuh segera daripada sakit- sakit ini, Insha Allah.

1 : Sakit Perut

Sakit perut adalah sakit paling kerap kita dengar dihidapi oleh kita semua ketika berhari raya. Sakit perut ada pelbagai, termasuklah sakit perut sebu dan angin, sakit perut memulas sehingga cirit birit, sakit perut tidak boleh buang air ataupun sakit perut gastrik.

Setelah sebulan kita berpuasa, perut kita sudah terbiasa tidak diisi pada waktu siang. Tetapi pada hari raya pertama, perut terkejut dengan aktiviti makan tanpa henti bermula awal pagi sehinggalah pada waktu malam.

Bukan sahaja kita makan tanpa henti, tetapi juga makanan yang kita pilih daripada juadan raya adalah tinggi lemak, berminyak, tinggi proses seperti kuih raya, serta minuman tinggi gula seperta kordial dan minuman ringan. Pada hari raya juga, waktu makan mungkin berubah.

Kita mungkin terlajak tidak makan tengah hari kerana berada di jalanraya mengharungi jem, atau terlalu lewat makan malam kerana sibuk melayan tetamu yang berkunjung.

Untuk mengelak masalah sakit perut yang pelbagai ini, berhati- hatilah dalam memilih makanan. Kebanyakan juadah hari raya sangat tinggi kandungan minyak tepu dan juga tinggi bahan terproses dan gula. Buat pilihan bijak supaya tubuh tidak terkejut untuk memproses makanan- makanan ini serentak. Berusahalah untuk makan makanan yang lebih baik dan segar seperti buah dan sayuran lebih banyak daripada makanan- makanan terproses ini.

Selain jenis makanan, berpada- padalah dalam kuantiti yang diambil. Ingatkan kita akan berhari raya selama sebulan, pasti kita akan makan lagi juadah tersebut di tempat lain pula. Tidak perlu kita habiskan semua pada satu masa!

Selain daripada itu amatlah penting bagi ibubapa menyediakan makanan yang bersesuaian untuk anak- anak sepanjang hari raya. Amat menyedihkan bagi anak- anak sekiranya tidak ada makanan yang sesuai dari pagi hingga ke malam, menyebabkan mereka juga mudah sakit perut.

Kita boleh mulakan pagi dengan sarapan yang ringkas tetapi mengenyangkan seperti overnite oat, telur separuh masak, atau minuman protein. Usahlah tergesa- gesa mahu menikmati semua juadah raya sehingga kita makan berlebihan seawal pagi lagi.

Tips Supplement : Pastikan anda bawa bersama- sama julap lembut Herb-Lax untuk masalah sembelit, dan Peppermint Ginger Plus untuk masalah sebu dan angin. Untuk mengelak daripada terlebih makan di hari raya ataupun serangan gastrik, mulakan hari anda dengan minuman Energizing Soy Protein, dibancuh suam dan diminum pada awal pagi. 

2 : Sakit Kepala

Terdapat pelbagai punca sakit kepala boleh menyerang ketika hari raya. Antaranya ialah kerana kepenatan dan stress akibat perjalanan pulang berhari raya yang jauh, tidak cukup rehat, atau berpunca daripada makanan yang dimakan sepanjang hari raya – makanan tinggi gula, makanan terproses. Sakit kepala juga boleh menjadi simptom kepada penyakit lain seperti tekanan darah yang meningkat.

Untuk melegakan sakit kepala yang berpanjangan ketika berhari raya, kita perlulah terlebih dahulu mencari punca, samada ia berpunca daripada penyakit sedia ada seperti darah tinggi, berpunca daripada persekitaran dan cuaca atau berpunca daripada tekanan emosi dan fikiran.

Apabila kita sudah mengenalpasti punca, barulah kita boleh mengambil tindakan sewajarnya.

Bagi pesakit misalnya, pastikan anda tidak lupa rutin pengambilan ubat semasa musim perayaan. Kemudian pastikan diet yang diambil ketika berhari raya membantu penyakit tidak menjadi lebih serius lagi. Anda juga perlukan rehat yang cukup, kerana kesihatan anda jauh lebih utama, selepas musim raya berakhir.

Sekiranya sakit kepala berpunca daripada persekitaran seperti cuaca yang panas, pastikan anda minum air yang cukup, pakai pakaian yang selesa sepanjang hari, serta jadualkan perjalanan supaya anda tidak terlalu lama berada di dalam kenderaan di atas jalan raya.

Rehat yang cukup adalah sangat penting bagi mengurangkan serangan sakit kepala. Sekiranya sakit kepala menyerang, ambil masa untuk berehat seketika sebelum keluar berhari raya.

Tips Supplement : B Complex sangat membantu meredakan sakit kepala akibat tekanan dan keletihan ketika berhari raya. Gabungkan bersama Ostematrix dan makan sebelum tidur setiap malam untuk mengelak daripada serangan sakit kepala berulang. Anda juga boleh bancuh Performance Orange untuk memastikan tubuh menerima elektrolit yang mencukupi supaya tubuh kekal cergas.  

3 : Sakit Otot dan Sendi

Tidak kira lelaki atau wanita, sakit otot dan sendi boleh mengganggu kelancaran hari raya anda. Sakit otot dan sendi boleh berpunca daripada perjalanan berjam- jam di atas jalanraya untuk balik kampung atau golongan yang memang ada masalah kesihatan seperti gout dan sakit sendi sebelum ini.

Selain daripada keletihan tubuh akibat berada di jalanraya, ramai ibu- ibu dan isteri yang sudah pun keletihan sepanjang minggu menyediakan juadah dan mengemas rumah untuk menyambut hari raya. Ini juga boleh menjadi punca badan letih dan lenguh, sendi dan otot menjadi tidak selesa.

Rehat amat penting dalam hal sakit otot dan sendi kerana kita tidak boleh berterusan memaksa tubuh bekerja lebih daripada yang sepatutnya setiap hari. Pastikan kita dapat rehat yang cukup dan juga pastikan kita dapat tidur dengan nyenyak supaya badan boleh pulih semula pada keesokan paginya.

Bagi yang mengalami masalah gout, musim perayaan boleh menjadi waktu yang amat menyiksakan kerana terlalu banyak makanan terproses dan tinggi gula menjadi punca serangan gout menjadi- jadi. Ini memerlukan kesedaran pesakit sendiri untuk mengawal jenis makanan yang diambil ketika berhari raya.

Tips supplement : Amalkan Ostematrix setiap malam sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang nyenyak dan melegakan lenguh- lenguh pada sendi dan otot. Gabungan kalsium dan magnesium mampu memberi kelegaan kepada tubuh yang penat selepas seharian bekerja atau berhari raya. 

Walaupun 3 jenis sakit ini kerap kita dengar atau hadapi sendiri ketika berhari raya, tidak bermakna hari raya tahun ini pun kita wajib menghadapinya. Ambil langkah pencegahan lebih lebih proaktif melalui 3 cara berikut :

  • Pertama, pastikan diet harian tetap seimbang walaupun berhari raya
  • Kedua, pastikan anda tidak cuai dengan pengambilan ubat sekiranya sudah ada penyakit
  • Ketiga, pastikan anda mendapat rehat yang cukup.
Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: