April 7, 2018

Wanita Bekerja Tetap Lebih Banyak Peluang Bisnes

Dua hari lepas saya dan team bisnes Shaklee saya, Puteri and Friends , tiba- tiba mengimbau kembali saat- saat kami bermula dengan bisnes ini. Ketika itu saya masih lagi bekerja makan gaji sebagai Head of Department di MERCY Malaysia. Kami teringat saat kami beramai- ramai ke branch Shaklee di Wangsa Maju, dan saat- saat kami menghabiskan waktu hujung minggi menghadiri kelas- kelas bisnes dan berkumpul bersama.

Kenangan dan pengalaman ini, membuatkan saya teringat dua perkara iaitu “excitement” dan “fulfilment”.

EXCITEMENT

Walaupun ketika itu saya hanya baru bermula, income bisnes baru mencecah beberapa ratus ringgit, tetapi setiap hari penuh dengan excitement. Setiap pagi, sekitara jam 5 pagi, saya akan mengemaskini blog dan membuat poster pemasaran sendiri (guna Powerpoint sahaja ketika itu).

Pukul 6 pagi saya akan mula bersiap- siap untuk keluar bekerja dan menyiapkan keperluan anak- anak untuk dihantar ke pengasuh. Pulang dari kerja, saya akan habiskan masa di dalam LRT dan di dalam kereta dengan mengemaskini Facebook pula.

Walaupun seperti sibuk saja setiap hari, tetapi saya rasa sangat excited. Ia seperti satu escapism kepada rutin harian di pejabat yang hampir sama sahaja, tahun demi tahun. Apabila hari- hari yang saya lalui semakin penuh excitement, nak pergi kerja pun bertambah semangat dan seronok.

FULLFILMENT 

Ketika itu saya sudah ada beberapa orag ahli kumpulan, yang majoritinya tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Setiap hari kami akan berbincang di dalam group WhatsApp tentang produk, customer dan apa sahaja yang boleh membantu bisnes setiap hari.

Oleh kerana saya adalah ketua, saya perlu lebih cekap mendapatkan info, perlu lebih up to date dengan ilmu- ilmu yang diperlukan seperti ilmu nutrisi dan ilmu business online.

Ini memberikan satu kepuasan kepada saya setiap hari, apabila dapat menyumbang kepada ahli kumpulan dan membantu mereka menyelesaikan masalah bisnes mereka. Setiap hari ia beri saya kepuasan dan keseronokan.

Sepanjang saya menjalankan bisnes sampingan, sambil bekerja sepenuh masa, saya melihat terdapat 3 kelebihan utama kepada wanita bekerja sepenuh masa yang mahu memulakan bisnes sampingan.

1- Peluang berjumpa dan berkenalan dengan lebih ramai orang

Bagi orang yang berniaga, tidak kira samada sampingan ataupun sepenuh masa, peluang untuk berjumpa dan kenal dengan lebih ramai orang adalah satu perkara yang amat dinanti- nantikan. Kami yang bekerja sepenuh masa ini, keluar rumah setiap hari, berjumpa dengan ramai orang, berkenalan dengan kawan- kawan baru, hampir setiap hari, samada kita sedar atau tidak. Setiap hari saya melihat ini sebagai peluang untuk membina jaringan kenalan dan memberikan saya peluang bisnes yang semakin besar.

2- Peluang menambah tabungan mengikut apa yang kita rancang

Oleh kerana bisnes sampingan bertujuan untuk menambah pendapatan dan tabungan, jadi kita boleh lebih tenang dalam mengatur keperluan bisnes sampingan setiap hari. Target setiap bulan ditentukan oleh diri kita sendiri,  dan kita yang tentukan berapa banyak wang tambahan daripada bisnes sampingan yang kita mahu. Oleh kerana pendapatan tetap itu yang membayar segala bil bulanan dan keperluan harian, kita hanya perlu fokus kepada usaha menambah pendapatan sahaja mengikut sebanyak mana yang kita mahu sahaja.

3- Peluang untuk bina kebebasan bekerja tanpa “bos”

Walaupun sekadar bisnes sampingan, ketika itu saya melihat peluang bisnes sampingan sebagai satu “escapism” untuk saya keluar daripada rutin menerima arahan daripada bos. Apabila ada bisnes kecil-kecilan, saya ada peluang untuk tentukan target, tentukan kerja harian untuk bisnes. Sememangnya setiap jam 6 petang, saya tak sabar- sabar nak jenguk kerja bisnes selepas tamat waktu bekerja. Seronok dan beri semangat harian!

Bagi saya wanita dan ibu bekerja perlu ada sesuatu yang boleh jadi sumber excitement harian, kerana hari- hari bekerja sentiasa penuh cabaran dan tekanan. Bagi saya, bisnes sampingan bukan saja menyeronokkan tetapi membantu saya jadi lebih berdisiplin setiap hari di tempat kerja.

Bagaimana dengan anda? Jika anda juga mencari peluang yang sama seperti yang saya nyatakan di atas, kami memang boleh membantu, kerana team kami pernah dan sedang menjana pendapatan sampingan sambil bekerja juga.

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: