5 aktiviti yang bawa untung kepada pemilik bisnes sambilan

Saya ada membaca buku Robert T. Kiyosaki tentang strategi buat side business bagi golongan yang masih bekerja tetap. Kata Kiyosaki, tidak wajar untuk kita menyelit- nyelit kerja side business semasa sedang bekerja, kerana ia tidak membantu produktiviti kedua- dua bidang. Bermakna, kita sukar untuk fokus bekerja, dan kita tidak boleh buat yang terbaik untuk side business. Ini bukan cara yang bijak untuk mengembang side business.

Kiyosaki mencadangkan supaya kita berkorban waktu rehat dan waktu tidur selepas habis bekerja di pejabat. Mustahil untuk kita maju dan berjaya jika tidak mampu untuk berkorban waktu rehat katanya.

Saya mengalami sendiri apa yang dikatakan oleh Kiyosaki tentang berkorban waktu rehat semasa saya masih lagi melakukan bisnes secara sambilan. Berjaga lewat malam, dan kemudiannya bangun awal pagi telah menjadi rutin.

Namun begitu, pada pendapat saya, apabila kita memilih untuk berkorban waktu rehat, sewajarnya kita perlu meneliti aktiviti- aktiviti kerja yang kita susun itu adalah berbentuk “income generating activities”. Jika tidak, sia- sia saja kita penat berjaga malam, tak cukup rehat, namun akhirnya tiada pulangan yang kita inginkan.

Saya senaraikan beberapa bentuk “income generating activities” yang perlu diambil kira, seandainya kita mahu berkorban untuk side business kita. Jangan buat kerja sia- sia ya!

BLOG POST-2

1- Membaca 
Aktiviti ini tidak begitu popular di kalangan orang bisnes, apatah lagi bisnes sambilan, kerana ramai tidak nampak keperluannya. Namun begitu, ,untuk bersaing, membaca banyak membantu kita dalam mengeluarkan idea -idea baru untuk dicuba. Tidak terhad kepada buku- buku bercetak, kita boleh membaca di website- website, meneliti pengalaman orang lain boleh membantu bisnes kita berkembang.

2- Berbincang
Untuk bertahan melakukan bisnes secara sambilan, saya pegang kepada keperluan untuk adanya rakan- rakan yang boleh dibawa berbincang. Saya telah melalui fasa di mana saya leka berkawan- kawan dalam bisnes, tetapi tidak banyak menyumbang kepada perbincangan yang penting, yang boleh dikategorikan sebagai “income generating activities”.  Jika mahu berbincang, pastikan ia berhasil dalam memberi idea dan aktiviti baru yang boleh menjana keuntungan.

3- Mencuba aktiviti baru
Dalam urusan bisnes, kita tidak boleh menunggu lama untuk mencuba sesuatu idea. Lebih lama kita peram idea, lebih lambat untuk kita ketahui samada ia boleh berhasil atau sebaliknya. Lebih cepat kita cuba, jika gagal, lebih cepat untuk kita cuba yang lain pula. Tentu kita biasa mendengar orang berkata, “Saya nak cuba buat ini, ini, ini” tapi tak pula dia memulakannya. Akhirnya tidak dapat untuk kita menentukan samada idea baru itu boleh menghasilkan keuntungan ataupun tidak.

4- Kumpul dan kemaskini database
Apabila kita sudah mula ada pelanggan, maka sudah sampai masanya untuk kita ada aktiviti mengemaskini database pelanggan. Saya percaya kepada aktiviti mengemaskini banyak membantu fikiran dan kerja menjadi lebih tersusun. Apabila database sudah kemas, mudah untuk kita menyusun perancangan untuk follow up, bertanya khabar, menambah bilangan pelanggan, dan mencari jalan untuk sentiasa berada di dalam “radar pelanggan”.

5- Kongsi cerita bisnes 
Trend masa kini di media sosial banyak menguntungkan pemilik bisnes sambilan yang bijak membuka cerita mereka untuk ditatap dan dikongsi oleh orang lain. Teknik bercerita untuk bisnes kini sangat popular bagi membolehkan kita menerjah masuk ke dalam kelompok dan golongan baru yang boleh menjadi bakal pelanggan atau business partner. Gunakan masa sebaiknya untuk merangka cerita, berlatih cara yang betul untuk bercerita, kerana ini juga kunci utama yang boleh membawa keuntungan kepada bisnes kita.

Apa yang penting, 2 jam atau 12 jam kita peruntukkan untuk berkorban masa demi bisnes sambilan, usahlah disia- siakan. Peruntukkanlah masa hanya untuk aktiviti yang boleh mendatangkan hasil sahaja.

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 261 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Puteri - June 8, 2016 Reply

testing

Leave a Reply:

CommentLuv badge