5 Jenis Diet Tak Menjadi Pernah Ku Cuba Seumur Hidup

Saya terpanggil nak menulis sedikit pengalaman berdiet selepas baca satu artikel semalam. Kata artikel tu, kalau dah masuk usia 40-an, sudah- sudah lah tu ikut diet itu, ikut diet ini. Penulis kata, sudah sampai masanya wanita kenal diri sendiri, apa yang berkesan, apa yang tak berkesan, dan yang paling penting belajar- belajar lah pilih makanan yang betul, yang sihat untuk tubu badan.

Saya pun salah seorang wanita yang juga terlibat dalam dakwaan di atas LOL! Macam- macam diet lah saya cuba. I can safely say, saya mula berkecimpung dalam hal ehwal berdiet ni sejak masuk universiti. Padahal masa tu tak pulak gemuk ke apa, pengaruh rakan sebaya dan juga pengaruh majalah Cleo.

Jadi kalau ikutkan ada dalam 5 jenis diet saya pernah buat, dan syukurlah satu pun tak menjadi ahaha! Let’s check it out!

1- Diet makan pil kurus

Yang ini saya masih ingat, percubaan kali pertama makan pil kurus, semasa di tahun kedua universiti. Pil tu Made In Indonesia ya, berwarna hitam, bulat- bulat. Pil ni diperkenalkan oleh seorang kawan, dan katanya semua sepupu dan makcik- makcik beliau pun mengambil pil ini untuk kempis perut. Jadi saya pun cuba. Dan pada hari pertama ku cuba, perut memulas teruk, sampai sejuk kaki tangan, terkepit- kepit nak terkincit dekat dewan kuliah. Dan itulah kali pertama dan terakhir makan pil kurus. Never again!

2- Diet makan biskut oat

Yang ini sebenarnya kisah nak jimat duit elaun pun sama. Makan sekali sehari saja, the rest of the day makan biskut oat haha! Memang lah kurus kerempeng, tak cukup zat. Yang teruk tu, muka jadi kendur, dah macam orang tua. Bila ada rakan lelaki tegur, terus insaf. Saya ingat lagi dia cakap, “Jangan la macam ni Puteri, dah kendur pipi ko tu”. Lepas tu kembali makan macam manusia normal haha!

3- Diet minum shake

Yang ini kejadian selepas dah bekerja, dan dalam persiapan nak berkahwin. Masa tu hanya nak turun 3kg saja, tapi beria- ia beli satu set lengkap shake jenama terkenal untuk slimming. Mencabar juga masa ni sebab di office teruk kena kecam, kena usik. Kawan- kawan office kata kalau nak minum shake je, apa guna ada gigi hahaha kuangajaq! Diet minum shake pun tak lama, berhenti pada set ke-3 dan tak sambung dah. Salah satu sebab agak mahal nak maintain, dan yang kedua, dah jemu haha!

4- Diet tak makan nasi

Hahahaha ni gelak dulu! Yang ni pun berlaku masa dah kerja, masih bujang. Amboi- amboi berangan nak berhenti makan nasi. Macam- macam kesalahan nasi ku gali dekat internet. Kesudahannya bila balik kampung, tak keluar- keluar dari dapur, makan nasi ahahaha!

5- Diet kira kalori

Yang ni tak bertahan lama, sebab menjadi satu beban nak kira kalori. Maklum saja sejak sekolah dah tak suka acaa kira mengira nombor. Cuma yang best kira kalori ni macam wah macam- macam boleh makan, asalkan tak lebih dari kalori. Termasuklah makan burger banjir yang sedap di tengah malam.

Fast forward tahun 2018…

Akhirnya saya sedar yang selama ni, ilmu saya tentang makanan dan nutrisi sangat cetek, sebab itu semua diet- diet saya buat tu samada tak menjadi, tak tahan lama atau memang SALAH DAN BAHAYA!

Jadi sekarang ni saya dah bebas dari fikir bab diet- diet ni. Walaupun ada la fasa tembam- tembam tu, tapi tak pernah lebih daripada 49kg (tanpa hamil la yer).

Antara sebab utama saya dah boleh kawal berat badan sejak 5-6 tahun kebelakangan ini ialah :

  • Dah belajar sikit sebanyak tentang nutrisi
  • Dah kenal jenis makanan yang baik, jenis makanan tak baik
  • Dah pandai add on supplement seperti protein dan multivitamin (sangat penting untuk elak kemaruk makan)
  • Dan sejak tahun lepas saya ambil pendekatan lebih baik dengan, GOODBYE ADDED SUGAR! 

Di usia memasuki 40 tahun, rasa lega tak perlu lagi nak fikir semua ni, I will just focus on being healthy and handle my daily stress and get good rest every day! FREEEEEDOMMMM!!!!

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: