October 21, 2018

Ini 5 Kesan Pantas Dalam Seminggu Jika Anda Berhenti Makan Gula Berlebihan

Usaha mahu meninggalkan tabiat makan gula berlebihan bukan satu perkara yang mudah. Sepanjang saya membantu rakan- rakan dalam kumpulan bimbingan, bukan seorang dua yang kandas pada hari kedua atau ketiga.

Tetapi bagi mereka yang bersungguh- sungguh mahu memperbaiki tabiat makan, dengan meninggalkan gula tambahan berlebihan ini, tubuh mereka dapat merasai kelainan dalam masa  seminggu sahaja.

Saya kongsikan di sini 5 kesan pantas yang kita boleh rasai apabila berhenti mengambil gula berlebihan, dalam hanya 2 minggu sahaja.

1- Tiada Lagi Keletihan Dan Kelesuan Melampau

Mengapa gula berlebihan membuatkan kita letih dan lesu?

Apabila kita makan, selepas makanan dihadam, ia akan ditukar oleh tubuh menjadi glukos yang memberi tenaga kepada badan kita.

Tetapi jenis makanan yang kita pilih akan menentukan samada ia boleh menjadi tenaga berpanjangan ataupun sementara.

Sekiranya kita memilih makanan seperti karbohidrat ringkas, ia akan dihadam dengan cepat dan menaikkan paras glukos dalam darah.

Makanan jenis ini juga tidak memberikan tenaga berpanjangan, jadi dalam masa singkat, paras glukos dalam darah akan merudum dengan cepat (crash).

Kitaran begini jika berlaku sepanjang hari akan menyebabkan kita jadi letih dan tidak bermaya.

Sekiranya kita berjaya meminimakan pengambilan makanan yang tinggi gula seperti dalam makanan berkarbohidrat ringkas, kita dapat mengelak daripada berlakunya turun naik paras glukos yang mendadak begini.

Pemilihan makro nutrient yang baik seperti sumber protein boleh mengawal paras gula dalam darah lebih baik. Dengan cara memilih jenis makanan yang baik, ia boleh membekalkan tenaga berjam- jam lamanya, tanpa kita rasa cepat lapar, letih dan lesu.

2- Tidak Rasa Lapar Dengan Kerap

Ramai orang merungut mereka rasa cepat lapar, walaupun selepas mengambil makanan yang berat, seperti nasi, roti, mi kuning, bihun atau pasta.

Apabila mereka kerap rasa lapar, ini menyukarkan mereka untuk mengawal berat badan, dan akhirnya semua jenis diet tidak menjadi.

Berapa kerap kita makan tak menentukan kita boleh kenyang lama tetapi JENIS MAKANAN yang kita pilih itu lebih penting.

Pilihan makanan yang tinggi serat dan protein, adalah lebih baik dalam mengawal rasa lapar sepanjang hari. Makanan jenis buah- buahan, sayuran, protein haiwan seperti telur dan daging antara makanan yang mempunyai banyak pilihan untuk kita makan setiap hari.

Protein membekalkan tenaga lebih lama, jadi kita akan rasa kenyang. Serat pula bukan sahaja boleh dimakan dengan banyak dalam satu hidangan tanpa kalori, tetapi juga mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam. Jadi kita tidak cepat berasa lapar.

Apabila kita memilih makanan yang tinggi gula, terproses dan hanya ada karbohidrat ringkas, glukos dalam darah akan naik dan turun dengan pantas, menyebabkan kita akan berasa lapar dengan kerap.

Kitaran ini akan berterusan sekiranya kita masih memilih jenis makanan yang sama setiap hari.

3- Kulit Lebih Bersih Dan Sihat

Di dalam komuniti dermatologis, ada disebut tentang “sugar face” dan “sushi face”. “Sushi face” merujuk kepada muka yang sembab pada waktu pagi, akibat menu tinggi sodium yang dimakan pada malam sebelumnya.

“Sugar face” pula merujuk kepada kulit muka yang bermasalah seperti di dalam rajah di bawah ini, akibat daripada diet tinggi gula yang diamalkan.

Untuk lebih faham lagi mengapa kulit kita jadi kendur, kusam dan tidak sihat kerana gula, kita kena tahu tentang satu proses dikenali sebagai “glycation”. Ini adalah proses dalam badan, yang berlaku apabila gula melekat dengan protein, lalu menghasilkan bahan kimia berbahaya dikenali sebagai AGE protein.

AGE protein ini akan menyebakan kolagen di dalam kulit reput dan mengeras, dan kesannya dapat dilihat dengan muka pada permukaan kulit muka dan tubuh badan kita.

Proses ini tidak mengenal usia, tetapi bergantung kepada apa yang kita makan seharian sejak bertahun- tahun. Samada anda berusia 20an, 30an atau 40an, jika diet masih tinggi gula, proses ini akan berterusan berlaku di dalam tubuh.

Oleh kerana proses ini sangat bergantung kepada jumlah gula yang kita makan, apabila kita berhenti mengambil gula berlebihan samada di dalam masakan ataupun di dalam makanan terproses dan makanan segera, kesan pada kulit amatlah ketara.

Anda boleh lihat apabila bangun pagi, wajah lebih segar dan sihat, dan dalam masa 1-2 minggu, kulit akan ketara lebih baik daripada sebelumnya. Dalam masa 30 hari, tona kulit lebih sekata dan lihat sendiri masalah- masalah lain seperti jerawat juga akan berkurangan.

4- Berat Badan Merosot Dengan Ketara

Ini kesan yang paling ramai orang terkejut, apabila mereka lihat sendiri berat badan merosot dalam masa seawal 1 minggu selepas mereka mengucapkan selamat tinggal kepada gula tambahan dan makanan terproses.

Mengapa ini berlaku?

Jawapannya mudah saja!

Makanan tinggi gula dan makanan terproses sangat tinggi kalori, menyebabkan berat badan bertambah dengan mudah, mendadak dan sukar dikawal.

Jadi apabila kita buang kalori yang tidak berguna ini, secara mudahnya berat badan kita juga turun.

Selain daripada itu apabila kita mengurangkan makanan- makanan ini, bermakna kita membantu tubuh kita mengurangkan keradangan (inflammation).

Apabila keradangan dalam tubuh semakin berkurangan, ini membantu tubuh menyerap zat dengan lebih baik, mengatur metabolisme tubuh dengan lebih efisyen dan memudahkan kita untuk berdiet.

Selain daripada itu, apabila kita berhenti ambil makanan tinggi gula, dan berusaha keluar daripada kemaruk gula, kita sudah boleh bebas daripada kitaran seperti di dalam gambar rajah di bawah.

5- Bacaan Gula Dalam Darah Turun Dengan Stabil

Kepada mereka yang sudah pun ada penyakit diabetes atau pre-diabetes, perubahan paling ketara ialah pada bacaan gula dalam darah harian.

Sekiranya mereka benar- benar mengikut cadangan Menu 7 Hari No Sugar Challenge, mereka boleh mengurangkan paras glukos dalam darah dengan stabil dan tanpa berlapar.

First name

E-mail address

 

Pemilihan makanan amat mempengaruhi bacaan gula dalam darah, dan saya juga ingin mencadangkan anda buat detoks secara semua semulajadi dengan pemilihan makanan 100% sumber tumbuhan.

DOWNLOAD MENU DETOKS GULA!

 

Sekiranya anda mahu mengawasi dengan lebih terperinci lagi perubahan- perubahan positif yang anda alami selepas mengurangkan pengambilan gula tambahan dalam diet harian, anda boleh guna checklist di bawah ini :

DOWNLOAD PRINTABLE VERSION HERE

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: