February 19, 2018

5 Langkah Mula Bisnes Shaklee Dengan Kami

Saya memulakan bisnes Shaklee secara serius sejak tahun 2012 secara part time. Ketika itu saya masih bekerja sepenuh masa sebagai Head of Department di MERCY Malaysia dan kemudiannya saya bertukar kerja di sebuah yayasan pendidikan. Pada tahun 2013, saya berhenti kerja dan meneruskan bisnes Shaklee secara sepenuh masa.

Selepas lebih 2 tahun bisnes, saya mencapai pangkat tertinggi Master Coordinator dengan pendapatan 5 angka sebulan. Alhamdulillah, sehingga tahun ini, saya masih lagi dengan bisnes Shaklee dan Insha Allah saya akan mengikuti jejak para senior untuk bertahan lama dengan bisnes Shaklee. Fokus saya sekarang ialah untuk menawarkan peluang bisnes Shaklee ini kepada lebih ramai wanita di luar sana, sebagai satu pilihan menambah pendapatan keluarga.

Untuk posting kali ini, saya akan menerangkan 5 langkah mudah untuk anda bina pendapatan dengan bisnes Shaklee, dengan mengikuti cara kami di group Puteri and Friends (PAF) 

Langkah Pertama : Daftar sebagai ahli Shakee bersama- sama kami di Puteri and Friends (PAF).

Cara paling mudah, samada isi borang di bawah ini, atau berikan butiran kepada saya di 016- 344 7727. Butiran ini akan saya isikan di portal ahli Shaklee, untuk proses pre- pendaftaran. Selepas anda berjaya didaftarkan, anda akan menerima SMS daripada Shaklee, memaklumkan ID dan Password anda.

Langkah ini boleh dilakukan juga di branch Shaklee di Seri Rampai, Kuala Lumpur atau di Home Office Sunway, dan anda boleh buat temujanji dengan saya untuk berjumpa di sana.

Langkah Kedua : Bayar yuran pendaftaran RM79.50.

Anda kemudian perlu membuat pembayaran berjumlah RM79.50 kepada Shaklee. Terdapat dua cara mudah untuk melakukan pembayaran ini :

Cara pertama : Login ke www.shaklee2u.com.my dan isi nombor ID dan password yang diberikan melalui SMS kepada anda. Klik tab Shopping dan anda akan dapati butiran anda sudah tersedia di situ. Teliti semua maklumat dan sekiranya semua OK, teruskan klik butang Agree dan pilih Sales Aid. Klik page ke-2 dan klik Starter Kit (BM). Klik Add to shopping cart dan buat pembayaran seperti yang tertera.

Atau cara kedua, anda transfer saja yuran kepada saya, dan saya akan uruskan semuanya 🙂

P.S: Anda juga boleh terus membuat pembelian produk- produk Shaklee yang anda sukai. PENTING: Sebarang pembelian 200uv akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA! Anda boleh pilih mana- mana produk yang anda suka mengikut keperluan diri dan keluarga. Boleh tanya saya ya, jika mahukan keahlian percuma ini.

Langkah Ketiga : Terima Starter Kit Shaklee.

Dengan pembayaran yuran pendaftaran ini, anda akan menerima Starter Kit Shaklee yang mengandungi :

1- Buku panduan produk lengkap. Buku panduan ini membolehkan anda mengenali semua produk Shaklee dengan lebih baik, bahan- bahan yang digunakan, keistimewaan setiap produk dan sains di sebalik produk Shaklee.

2- Buku panduan bisnes lengkap. Buku panduan ini menerangkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh menerima bonus bulanan daripada jualan produk Shaklee. Ianya memberikan asas kepada cara pengiraan bonus bulanan, peluang mendapatkan bonus kereta dan cara mendapatkan peluang percutian tahunan daripada syarikat.

3- Senarai harga produk. Senarai harga ini penting untuk anda buat rujukan harga ahli, dan harga jualan. Sebagai ahli baru mungkin ada banyak harga yang anda tidak hafal, jadi senarai harga ini boleh disimpan di dalam beg, di dalam kereta atau di pejabat untuk rujukan apabila perlu.

4- Buku panduan Shaklee Difference. Buku panduan ini memberikan penerangan lengkap tentang keistimewaan Shaklee yang 100% berasaskan sains dan alam semulajadi, yang selamat dan berkesan. Kajian-kajian saintifik juga dikongsi dalam buku panduan ini, dan di sini anda boleh berkenalan dengan The Shaklee Dietary Supplement Study.

5- Buku panduan produk (mini) : Buku panduan ini disediakan bagi memudahkan anda membuat rujukan “on-the-go” sekiranya anda mahu berkongsi maklumat dengan orang lain. Buku panduan yang bersaiz mini disediakan supaya anda boleh simpan saja di dalam beg untuk di bawa ke mana- mana.

Langkah Keempat : Mula Berkongsi Pengalaman Anda Menggunakan Produk Shaklee

Kami sangat menganjurkan supaya anda cuba dan rasai kesan pengambilan produk Shaklee terlebih dahulu, kerana prinsip kami mudah iaitu USE – SHARE – BUILD. Bukan apa, kami mahu anda seronok bisnes Shaklee, sebab anda sendiri rasai keberkesanannya.

Saya ambil contoh di sini bagaimana saya berkongsi gaya hidup saya bersama Shaklee ketika musim raya. Semua ini saya kongsi di Facebook dengan kawan- kawan yang lain. Dan dari sini lah saya mula mengumpul order dan menjana pendapatan.

Memang secara semulajadi kan kita suka kongsi info dengan orang lain, kalau ada sesuatu produk itu beri kesan yang baik kepada kita. Dengan cara ini, perkongsian kita tu lebih ikhlas dan ORIGINAL! Kami menganjurkan anda kongsi Shaklee Effect yang anda alami sendiri dan mula rekomen pula kepada kawan- kawan dan keluarga untuk mencuba.

Apabila kawan- kawan yakin degan perubahan anda, pasti mereka juga ingin mencuba. Dari sinilah anda boleh mengumpul pelanggan dan mula buat jualan. Bagi kami cara ini lebih mudah untuk sesiapa saja yang mahu mulakan bisnes. Mudah, tidak membebankan, malah memang seronok bila kita dapat kongsi dan bantu orang lain yang memerlukan supplement.

Langkah Kelima : Mula Hadiri Ceramah Produk Anjuran Syarikat dan Sertai Coaching Anjuran Upline

Setelah seronok berkongsi dengan rakan- rakan dan keluarga tentang Shaklee, mesti anda juga mahukan lebih bimbingan bisnes betul tak?

Untuk mengenali lebih mendalam tentang produk yang kita guna dan juga yang kita rekomen kepada orang lain, syarikat menyediakan ceramah bulanan yang kita boleh sertai secara percuma. Selain daripada itu, pelbagai maklumat online juga disediakan di website rasmi Shaklee Malaysia dan di sana anda boleh baca pelbagai lagi maklumat tambahan.

Untuk coaching pula, team PAF ada menyediakan group WhatsApp untuk semua ahli yang sudah mulakan bisnes, di samping group yang lebih besar anjuran 17 orang Master Coordinator, yang menyediakan FB Live harian dengan pelbagai tajuk. Di sini anda boleh belajar bermacam- macam cara praktikal untuk mula bisnes dan juga berbisnes dengan seronok dalam kumpulan.

Dan untuk bimbingan lebih terperinci, saya memang sedia membantu, samada secara online ataupun kita boleh berjumpa di Home Office atau di branch Kuala Lumpur.

Mulakan langkah anda hari ini…

Mudah saja kan, dan yang paling penting kami guna cara paling simple dengan modal yang rendah sahaja. Jadi kalau anda suka dengan produk ini, pernah mengalami perubahan positif dengan produk Shaklee, ini masa yang paling sesuai untuk mula berkongsi dan dapat income tambahan pula.

Jadi jika anda berminat untuk mula dapat pendapatan dengan produk Shaklee, boleh lah mulakan 5 langkah yang saya sebutkan ini, dan buat temujanji dengan saya ya. Saya sedia membimbing anda 🙂

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: