5 Langkah Mulakan Cabaran 21 Hari Tanpa Gula

Bulan ini Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia melancarkan Kempen Kurangkan Gula 2019, dan telah mengatur gerak kerja di medial sosial bersama- sama selebriti terkenal negara seperti Coach Kevin Zahri. Kempen ini amatlah bertepatan dengan keperluan sesama negara ini yang telah muncul juara diabetes dan juara obesiti seluruh Asia Tenggara! Semoga kempen ini mendapat sambutan dan memberi kesan positif kepada masyarakat keseluruhannya.

 

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam kempen peribadi No Sugar Challenge di Facebook tahun 2017.

Saya perhatikan ada 2 keadaan yang dihadapi oleh rakan dan kenalan saya berkenaan cabaran kurangkan gula ini.

Pertama, mereka takut untuk bermula, langsung tidak mahu mencuba, dan sekadar duduk memerhati orang lain sahaja.

Kedua, mereka sudah bermula, terkandas di tengah jalan, dan langsung tidak mahu mencuba semula.

Dua situasi ini menyebabkan ramai tidak merasai nikmat hidup lebih cergas tanpa gula tambahan berlebihan, nikmat lega daripada masalah kesihatan akibat gula tambahan, dan nikmat fikiran yang tenang tanpa masalah “sugar craving” setiap hari.

Bagi saya ini amat merugikan dan semakin lama ia ditangguh, semakin kita hanyut dalam kitaran ketagihan gula.

Saya kongsikan di sini, 5 langkah mudah yang anda boleh ambil untuk mulakan No Sugar Challenge hari ini juga.

1- Mulakan dengan berpuasa atau intermittent fasting sekurang- kurangnya 16 jam

Tahukah anda, berpuasa memberikan rasa tenang dan aman dalam fikiran, dan ini membantu kita melawan kemaruk? Berpuasa juga memberikan kita lebih tenaga, dan ini memudahkan kita untuk melakukan aktiviti harian, dan kita tidak termenung berfikir tentang makanan! Dengan intermitten fasting pula, anda boleh mula pada bila- bila masa sahaja. Contohnya, ketika anda membaca artikel ini, anda sudah pun bersarapan, terus saja sambung intermittent fasting, dan makan selepas 16 jam atau 20 jam kemudian. Sangat mudah dan jika masih keliru rujuklah protokol mudah intermittent fasting yang anda boleh pilih.

2- Senaraikan makanan dan minuman harian yang wajib berhenti A.S.A.P

Senarai makanan dan minuman harian ini penting bagi memberikan kita gambaran jelas tentang apakah diet harian yang kita ambil. Kebanyakan kita tidak mengamalkan “mindful eating” jadi kita makan apa saja terhidang di depan mata, dan tidak mengendahkan faktor zat makanan, kuantiti makanan, asal usul makanan, dan kesan terhadap tubuh badan kita. Dengan menyenaraikan makanan dan minuman harian, kita dapat kenalpasti apakah jenis makanan yang mengandungi gula yang tinggi, terproses dengan bahan- bahan berbahaya, dan kita boleh terus buat keputusan untuk berhenti.

3- Luangkan masa keluar membeli “real food”

Adakalanya kita buntu untuk memilih jenis makanan yang patut kita makan. Apatah lagi jika di rumah, di dalam peti ais, penuh dengan makanan terproses, tinggi gula dan langsung tidak ada zat. Gunakan panduan senarai keperluan ini untuk membantu anda membeli makanan yang lulus No Sugar Challenge. Untuk dapat idea menu, anda boleh download Menu 7 Hari No Sugar Challenge ini. Lagi satu tips penting, ketika membeli keperluan makanan dan minuman, jangan tergesa- gesa. Ambil masa untuk membelek makanan, fikir tentang zat yang ada dalam makanan tersebut, nikmati bau, warna, tekstur makanan yang dipilih. Ini membolehkan kita rasa lebih bersemangat untuk meneruskan No Sugar Challenge.

4- Luangkan masa bersihkan dapur (atau pejabat) daripada makanan dan minuman terproses

Menurut Dr. Rangan Chatterjee, amat penting untuk kita mengurangkan GODAAN di sekeliling kita, sekiranya kita mahu berjaya mengubah diet yang lebih sihat. Jangan sukarkan diri sendiri menahan godaan, sebaliknya ambil langkah bijak dengan membuang semua godaan! Terlalu ekstrim bagi anda? Saya rasa tidak kerana lebih ekstrim sekiranya kita gagal dan terperangkap dengan godaan gula, hari demi hari, sehingga beri kesan kepada tahap kesihatan.

5- Kenalpasti kumpulan sokongan dan mereka yang boleh membantu anda

Mengubah diet harian yang telah bertahun- tahun sama sahaja, merupakan langkah dan perjalanan yang boleh jadi sunyi dan menekan perasaan. Sertai kumpuan Geng No Sugar Challenge ini dan anda juga boleh berhubung dengan Coach Gula untuk mendapatkan bantuan dan bimbingan.

Semoga berjaya!

Facebook Comments

Please Login to Comment.