February 5, 2018

5 Sebab Wanita Perlu Ambil Kolagen Tambahan Setiap Hari

Tidak perlu diperkenalkan lagi, majoriti wanita memang tahu bahawa kolagen diperlukan oleh kulit untuk mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan kulit tampak muda berbanding usia. Pada awal 20-an kolagen dalam tubuh wanita masih lagi dapat dihasilkan dengan baik, tetapi pertengahan 20-an, setiap tahun, tubuh wanita akan kehilangan kolagen semulajadi sebanyak 1-2 peratus.

Dan kehilangan ini akan menjadi lebih pantas di usia 30-an ke atas. Pada usia 40 tahun, wanita hilang 10-20 peratus kolagen di dalam tubuh, dan pada usia 50-an, kehilangan kolagen adalah lebih pantas, sebanyak 20-40 peratus.

Oleh kerana tubuh tidak dapat lagi menghasilkan kolagen dalam kuantiti yang mencukupi untuk tubuh wanita, disebabkan oleh faktor penuaan, wanita di usia 30-an sudah boleh mengambil kolagen daripada makanan tambahan atau supplement.

Terdapat pelbagai sumber kolagen daripada makanan semulajadi dan antara yang popular ialah diambil daripada sisik ikan, tulang rawan haiwan seperti lembu, ayam dan khinzir.

Kolagen juga terdapat dalam tumbuhan, namun jumlahnya yang terlalu sedikit tidak dapat dioptimakan untuk penggunaan tubuh badan manusia.

Kolagen yang diambil sebagai makanan tambahan ini dicipta supaya ianya halus (dengan teknologi dipanggil hydrolysis) dan boleh dihadam oleh enzim dan diserap ke dalam darah dengan baik.

Semakin usia meningkat dan semakin kulit terdedah dengan serangan radikal bebas, sinar uv dan pencemaran alam sekitar, semakin merosot jumlah kolagen di dalam tubuh.

Kesan- kesan kehilangan kolagen dapat dilihat daripada 5 perkara seperti di dalam rajah di bawah ini :

5 Sebab Tubuh Perlukan Kolagen Tambahan Bagi Menggantikan Yang Hilang

Pertama, 30 peratus daripada protein di dalam tubuh kita terdiri daripada kolagen. Kolagen yang mengikat sel kulit, menjadikan ia tegang dan anjal. Apabila kolagen merosot bersama usia, ia tidak lagi dapat mengikat sel kulit dengan baik, menyebabkan ia berkedut dan kendur.

Kedua, kolagen diperlukan untuk sendi tubuh badan yang sihat, memastikan tubuh bergerak dengan lancar. Kolagen di sendi adalah “bahan binaan” asas kepada pergerakan dan fleksibiliti tubuh. Kolagen kaya dengan asid amino menyokong kesihatan tulang, sendi, tulang rawan, tendon dan ligamen. Kesemua ini diperlukan untuk kita kekal aktif bergerak dalam kehidupan seharian.

Ketiga, tahukah anda rambut dan kuku juga memerlukan kolagen secukupnya untuk kekal sihat dan kuat? Kolagen bersifat anti oksida jadi ia dapat melindungi rambut menjadi beruban terlalu awal dan kuku menjadi rapuh. Apabila tubuh mempunyai simpanan kolagen yang mencukupi, ia menggalakkan nutrisi disebarkan ke seluruh tubuh dengan lebih baik lagi.

Keempat, kolagen berkurangan setiap tahun usia meningkat. Sekiranya kita tidak mula menggantikan kolagen yang hilang, lama kelamaan simpanan kolagen badan akan terus merosot. Apa yang wanita perlu tahu, penuaan tidak semestinya datang dengan kedutan dan garis- garis halus yang tidak boleh diperbaiki, supaya jadi lebih baik.

Kelima, kerosakan kolagen dalam tubuh, sebanyak 80% adalah berpunca daripada faktor luaran seperti pencemaran alam sekitar, sinaran uv dan serangan radikal bebas. Walaupun kita tidak dapat mengawal faktor luaran ini, kita masih boleh menambah simpanan kolagen dalam tubuh dengan pengambilan supplement kolagen setiap hari.

Gabungan Collagen Powder Dan Vitamin C, Bantu Tubuh Tingkatkan Simpanan Kolagen

Jika anda benar- benar kahu menambah simpanan kolagen dalam tubuh melalui pengambilan makanan tambahan, gabungkan kolagen dengan vitamin C. Pengambilan vitamin C mampu melindungi kolagen daripada teroksida, dan vitamin C secara semulajadi dapat melindungi kulit daripada sinar uv yang menjadi punca kolagen di dalam kulit rosak. Jadi, gabungan kedua- dua ini sangat- sangat penting untuk kulit, bagi memastikan ia kekal sihat, anjal dan lebih muda.

Shaklee Collagen Powder Berkualiti Tinggi Untuk Kulit Anda

Collagen Powder Shaklee diperbuat daripada sisik ikan merah, di samping 7 lagi ramuan utama iaitu biji camelia japonica, ekstrak Pfafia, ekstrak kerang- kerangan, laktobasilu acidofilus, vitamin C, B2 dan B6. Antara keistimewaan Collagen Powder Shaklee ialah :

  • Ianya halus dan ringan, dengan kiraan 1000 dalton sahaja, memastikan ianya mudah meresap ke dalam tubuh.
  • Diperbuat daripada sisik ikan merah, dan keistimewaan ikan merah terletak kepada sisik yang kuat untuk hidup di lautan dalam
  • Lactobasilus acidofilus ditambah bersama serbuk kolagen ini bagi memberi kesihatan pada usus, membantu kolagen yang dimakan dapat diserap dengan baik
  • Ditambah hebat lagi dengan vitamin C dan vitamin- vitamin B yang baik untuk kulit dan tubuh

Cara Pengambilan Collagen Powder Shaklee

  • Setiap kotak didatangkan bersama 15 sachet kolagen.
  • Dibancuh dengan air kosong atau bersama minuman kegemaran (lebih baik minuman tidak ada gula tambahan – gula rosakkan kolagen dalam tubuh!).
  • Paling baik diambil pada waktu pagi, ketika perut masih kosong, bagi memudahkan ia diserap di dinding usus.

Saya amat mencadangkan pengambilan Collagen Powder Shaklee untuk wanita- wanita berusia 30 tahun ke atas, dan pengambilan selama 8 minggu berterusan akan memberikan anda kulit yang lebih anjal, mengurangkan garis halus dan kedutan, menyerikan wajah serta menjadikan tona wajah lebih sekata. Hubungi saya untuk konsultasi percuma tentang produk ini.

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: