October 9, 2018

6 Supplement Anda Kena Tahu Boleh Lawan Ketagih Gula

Selepas lebih setahun saya berkempen di Facebook untuk mengajak kenalan dan keluarga mengawal pengambilan gula harian melalui No Sugar Challenge, saya mendapati, cabaran kepada ramai orang ialah bukan terletak kepada pengetahuan mereka tentang makanan bergula, tetapi kepada isu utama tidak boleh melawan ketagihan gula.

Semua orang tahu yang makanan dan minuman terproses sangat tinggi gula, dan semua orang tahu langkah untuk mengurangkan pengambilan gula putih, tetapi apabila makanan dan minuman di depan mata, alangkah sukarnya untuk menolak!

Seringkali juga, setelah seminggu dua bertahan tanpa gula tambahan dan makanan terproses, mereka kembali ke kitaran asal, makan dan makan lagi gula, seolah- olahnya tidak boleh mengawal diri sendiri.

Lebih Padat Nutrisi, Lebih Mudah Ketagih Gula Diatasi

Timbul persoalan samada cukup kah sekadar kita menolak gula tambahan semata- mata, atau kita perlu perkukuhkan lagi diet harian kita bersama- sama supplement bagi memastikan pemakanan kita benar- benar padat nutrisi.

Kita tahu, dengan pemakanan yang lengkap mikronutrien memudahkan kita melawan ketagihan dan kemaruk gula yang mana ia boleh menyerang pada bila- bila masa sahaja.

Tetapi persoalannya mampukah kita penuhi keperluan miknronutrien ini dengan lengkap setiap hari?

6 Jenis Supplement Lawan Ketagih Gula

Saya kumpulkan di sini 6 jenis supplement yang boleh diambil dengan mudah bagi memastikan keperluan mikronutrien harian kita dipenuhi dan membantu kita melawan ketagih gua.

1- Vitamin B

Vitamin- vitamin B bertugas memetabolisme karbohidrat yang kita makan, secara lebih efektif. Jadi karbohidrat itu ditukar menjadi tenaga untuk kita guna, dan tidak memasuki darah sebagai gula dan meningkatkan bacaan gula dalam darah secara mendadak.

Jika kita mengambil sumber karbohidrat yang baik, vitamin- vitamin B ini akan bantu tubuh kita dengan semulajadi menyekat “sugar craving”. Vitamin- vitamin B juga sangat baik untuk mengawal fungsi otak dengan mengurangkan tekanan, jadi ia boleh menghalang kita daripada terjebak dalam “impulse sugar eating”.

2- Omega- 3

Omega-3 bertindak memperbaiki “insulin sensitivity”. Ini bermakna, apabila insulin lebih sensitif, tubuh kita tidak akan meminta- minta makanan tinggi gula. Omega- 3 juga memperbaiki fungsi otak, jadi ia boleh mengawal keinginan dan kemaruk gula secara lebih efektif.

3- CoQ-10 

Enzim Co Q10 adalah elemen utama dalam mitochondria, iaitu bahagian dalam sel tubuh kita yang menghasilkan tenaga untuk semua organ berfungsi dengan baik. Co Q10 ini bertindak menyeimbangkan tenaga yang kita guna dengan tenaga yang kita simpan. Apabila tenaga kita seimbang, tubuh akan menggunakan karbohidrat yang kita makan dengan lebih baik. Jika tubuh dapat guna karbohidrat dengan lebih baik, tubuh dapat menghalang gula dalam darah turun dengan mendadak dan menyebabkan kita jadi kemaruk gula.

4- Chromium 

Chromium berfungsi untuk menstabilkan paras gula dalam darah. Apabila paras gula stabil, otak tidak akan meminta- minta gula berlebihan ketika kita lapar.

5- Zinc

Seperti chromium, zinc juga penting untuk menstabilkan paras gula dalam darah. Kekurangan mineral seperti zinc ini akan menyebabkan kita cepat lapar kerana paras gula turun dengan mendadak dan menyebabkan kita mahu makanan bergula.

6- Magnesium 

Kekurangan magnesium dalam tubuh boleh menyebabkan tubuh kemaruk makanan seperti coklat. Magnesium penting untuk mengawal atur gula dalam darah, insulin dan juga hormon dopamin di dalam otak. Sekiranya semua ini dikawal atur dengan baik, kita dapat mengelak daripada kemaruk gula yang berlebihan, terutamanya yang berasaskan coklat.

Kesimpulan

Berdasarkan pengalaman saya, pengambilan supplement untuk bekalan vitamin dan mineral teramat membantu saya melawan kemaruk gula sepanjang lebih satu tahun ini.

Setiap kali saya makan, saya akan melihat kandungan nutrisi (walaupun tidak semestinya lengkap setiap kali) dan akan mengambil supplement sebagai langkah tambahan.  Berikut adalah pilihan 4 supplement utama yang saya amalkan sejak tahun lepas bagi mengawal ketagih gula ataupun ketika melawan sugar withdrawal.

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: