6 Tanda Penuaan Wajah Paling Dibimbangi Wanita

Kerap kali orang mengaitkan perubahan usia dari 30-an ke 40-an, seperti pengalaman melalui perubahan melalui akil baligh di usia remaja. Manakan tidak, seperti waktu menginjak remaja, semua aspek tubuh dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, pasti mengalami perubahan ketara.

Suka atau tidak, yang paling diperhatikan oleh diri sendiri (dan juga orang lain!) ialah perubahan pada kulit wajah. Pada saat inilah sel kulit sudah mula lambat diperbaharui, garisan pada sekitar mata mula kelihatan, garis senyum lebih ketara dan tubuh kita sendiri, sudah terasa, “oh begini rupanya rasa diri seorang berusia 40-an…”

1- Kulit Kering

Usia 40-an adalah usia pra- menopos. Ketika ini paras estrogen mula merosot dan akibatnya kulit boleh menjadi begitu kering. Pada usia ini, sudah wajib untuk memakai pelembab kulit setiap hari, samada untuk kulit wajah mahupun di seluruh tubuh.

Cadangan : Pada usia begini, krim pelembab tidak boleh langsung ditinggalkan, samada untuk kegunaan tubuh mahukan pun wajah. Untuk mengekalkan kelembapan kulit daripada dalam, pengambilan supplement Collagen Powder sangat berkesan, kerana apabila kolagen ditambah dalam kulit, ia dapat mengekalkan lembapan dengan lebih baik.

2- Mata Cengkung

Apa yang berlaku ialah, kolagen di wajah pada usia 40-an akan merosot dengan drastik sekali bersama- sama dengan kepadatan tulang di bahagian wajah. Jadi soket mata akan kelihatan lebih besar, tidak ditampung oleh keanjalan kulit, jadi mata akan nampak cengkung dan sekeliling mata lebih gelap.

Cadangan : Masih tidak terlalu lewat lagi untuk kita benar- benar mengambil berat tentang kesihatan tulang, dan jangan lagi mengabaikan pengambilan supplement tambahan setiap hari. Ambil makanan yang tinggi kalsium secara seimbang seperti susu, yogurt, keju, brokoli, bak choy dan bayam.

3-  Tompok Hitam

Selama kita hidup 40 tahun atau lebih, mana mungkin kita dapat mengelak sinar uv daripada matahari. Sinar uv ini bukan saja menyerang kulit dari luaran, tetapi juga menyerang sel kulit yang di dalam. Bintik- bintik hitam pada kulit akan lebih ketara pada usia ini, juga disebabkan oleh sel kulit yang sudah perlahan untuk diperbaharui.

Cadangan penyelesaian : Seperti juga krim pelembab, pelindung uv sudah menjadi kewajipan untuk disapu pada kulit di usia 40-an ini. Pastikan juga sebarang pemakaian alat solek pada wajah mengandungi perlindungan uv yang bersesuaian dengan cuaca. Untuk usaha dari dalam, pengambilan supplement yang kaya dengan polifenol seperti Vivix membantu sel kulit diganti dengan lebih cepat dan menghilangkan parut dan tompok hitam di wajah. 

4- Garis- Garis Halus

Kolagen dalam tubuh wanita sebenarnya akan mula merosot pada usia 20an lagi. Tetapi kolagen akan merosot dengan pantas apabila wanita mencecah usia 35 tahun ke atas. Bayangkanlah apabila berusia 40-an, pastinya kolagen semakin merosot, kerana itulah semakin ketara garis halus di wajah malah kedutan- kedutan juga.

Cadangan penyelesaian : Oleh kerana ini disebabkan oleh kolagen yang merosot, ia memerlukan penyelesaian daripada dalam kulit dan tubuh. Pengambilan vitamin C dapat merangsang penghasilan kolagen baru dengan lebih pantas. Gabungkan vitamin C bersama Collagen Powder, garis- garis halus samada pada keliling mata atau di tepi bibir dapat dihilangkan dengan berkesan sekali. 

5- Kedut Keliling Mata

Biasanya orang sebut ini sebagai “garis senyuman” kerana ia paling ketara apabila kita tersenyum dan mengecilkan mata. Walaupun ia semakin ketara pada usia 40-an, garis senyuman ini telah pun muncul pada usia 20-an lagi. Seperti juga masalah kulit kering, mata cengkung dan garis- garis halus di muka, kesemua ini memerlukan tambahan kolagen yang diambil daripada supplement dan makanan setiap hari.

Cadangan penyelesaian : Semakin usia meningkat, semakin banyak perkara kita perlu lakukan untuk “maintenance” seperti pemakaian krim khas untuk keliling kawasan mata. Tidak boleh dielakkan juga, pengambilan supplement Collagen Powder sangat- sangat membantu dan boleh diyakini dengan adanya kajian klinikal ke atas pengguna- pengguna sebelum ini. 

6- Wajah “Jatuh” Dan Kendur

Perubahan wajah mungkin tidak dapat dilihat ketara setiap hari, tetapi jika kita boleh bandingkan gambar wajah 5-10 tahun yang lepas, pasti ada beza yang ketara sekiranya kita tidak benar- benar ambil berat tentang kulit kita. Protein yang tidak cukup untuk tubuh boleh mempercepatkan wajah “jatuh” dan kendur, apatah lagi dengan kolagen yang semakin merosot, usia 40-an adalah waktu paling kritikal untuk kita mulakan langkah aktif penjagaan wajah.

Cadangan penyelesaian : Lakukan urutan wajah untuk membantu wajah nampak lebih segar dan “defined”. Cara urutan wajah boleh dipelajari dengan mudah dan boleh dilakukan ketika kita membersihkan muka pada waktu pagi dan malam. Selain itu, sekali lagi, jangan lupa ambil tambahan supplement Collagen Powder bagi memberikan kesan kulit lebih anjal dan pejal. 

Kesimpulan

Apabila tubuh semakin meningkat usia, secara semulajadinya ia akan berubah, namun begitu ia tidak bermakna perubahan itu seharusnya menjadikan kita tertekan dan terus mengabaikan diri sendiri. Walaupun di usia 40-an, sudah tentu masih ada jalan penyelesaian untuk kulit nampak muda, malah boleh jadi lebih berseri berbanding kulit orang yang lebih muda usianya. Semuanya tidak mustahil jika kita cepat- cepat mengenalpasti punca dan cari solusi.

Facebook Comments

Please Login to Comment.