9 Sebab Azam Tahun Baru Gagal Sebelum Bulan Februari

Tahukah anda, ada kajian menunjukkan lebih 80% daripada azam baru kita ini BAKAL MENEMUI KEGAGALAN?

Ini kenyataan yang ramai orang telahpun tahu dan sedar, tetapi tidak bermakna kita harus membiarkan sahaja azam menjadi angan- angan, ayuh kita lihat bagaimana kita boleh memperbaikinya.

1- Azam TIDAK SPESIFIK. Mahu kurus, mahu bersenam, ini azam yang terlalu umum. Kalau mahu bersenam, tetapkan berapa minit sehari untuk bersenam. Senaman jenis apa mahu dibuat terlebih dahulu, di mana tempat bersenam, dengan siapa kita akan bersenam?

2- Azam ditulis/ frame dalam BAHASA NEGATIF. Contoh, “Saya tak nak makan gula”. Ini yang buat kita lagi teringin mahu makan gula! Boleh tukar kepada “Saya makan 3 jenis sayur setiap hari, 3 jenis buah setiap hari”

3- Azam dibuat sebab IKUT ORANG. Orang mahu kurus, kita pun mahu kurus. Tapi sebenarnya yang kita mungkin tidak kisah untuk kurus! Jadi tetapkan azam dan matlamat yang paling sesuai dengan diri sendiri. Contoh, nak turun berat badan 10kg dan kekalkan sebanyak itu sahaja sepanjang tahun.

4- Azam mahu dicapai SEKALI HARUNG. Dalam bulan Januari kita mahu kurus, menabung, tulis diari, nak pergi gym, nak mengaji Al Quran. Jadi sampai sahaja di bulan Februari, semua azam sudah terbang ikut tingkap! Jadi kita buat azam yang ada fasa. Contoh bulan ini nak mula dengan detoks, kemudian sambung dengan No Sugar Challenge, selepas itu mula brisk walking dan seterusnya.

5- Azam tak selesaikan ISU AKAR UMBI.  Contoh mudah ramai orang berazam nak start amalkan supplement, untuk kesihatan. Tapi diet masih teruk, semua junk food masih dimakan, masih tidak pandai masak sendiri, sayur dan buah pun belum pandai nak beli. Jadi perlu susun semula, mana isu utama, dan mula dari situ.

6- Buat azam, tapi sebenarnya TIDAK YAKIN. Maklum saja sudah berpuluh tahun berazam, tapi tidak pernah berjaya. Lama- lama kita pun hilang keyakinan. Mindset baru ialah,  tidak kisah lah jika gagal, yang penting masih terus mencuba. Kalau hari ini kita gagal, esok masih ada lagi, Insha Allah.

7- Buat azam, tapi  TIDAK UKUR PENCAPAIAN. Selepas kita sudah tentukan apa yang nak dicapai, buat senarai pencapaian pula. Minggu demi minggu, apa yang sudah berjaya dicapai, apa yang perlu diperbaiki, apa yang perlu dibatalkan, diganti dengan benda baru dan lain- lain. Baru lah kita boleh betul- betul komited.

8- Buat azam, tetapi BUAT SEORANG DIRI. Kita selalu fikir orang tidak sokong azam kita, tapi sebenarnya kita yang tidak pandai mencari kumpulan sokongan. Bila tiada sokongan, kita senang sangat tergelincir. Jadi cari kumpulan sokongan yang seiring dengan azam kita.

9- Buat azam HANYA GUNA SEMANGAT. Semangat boleh turun naik, dan selalunya terus hilang. Semangat semata- mata tidak cukup. Azam baru mesti diturut serta dengan sistem dan program yang kita boleh ikuti,  ada langkah demi langkah, ada panduan, dan ada ilmu boleh kita guna ke arah tercapainya azam kita itu.

Semoga tahun 2020 adalah lebih baik untuk kita semua!

Facebook Comments

Please Login to Comment.