Coach Gula
Gelaran “Coach Gula” muncul pada tahun 2018, apabila saya secara sukarela dan suka- suka membimbing rakan- rakan meninggalkan gula tambahan dalam diet harian mereka. Saya sendiri telah menjalani diet harian tanpa gula tambahan sejak tahun 2017 lagi. Saya berkongsi tips dan panduan “bercerai gula” di Facebook dan Instagram sebagai sumbangan sosial memandangkan negara kita telah menjadi juara diabetes dan obesiti di peringkat Asia Tenggara. Saya juga menerima jemputan ceramah berkongsi pengalaman saya melakukan No Sugar Challenge.
Selama 8 tahun saya menjadi leader dalam bisnes Shaklee, saya telah membantu wanita- wanita yang mahu memulakan bisnes dari rumah secara online. Ini adalah bisnes pertama yang saya ceburi dan telah memberikan saya kebebasan bekerja dari rumah, melancong ke luar negara, dan menerima komisyen terkumpul berjumlah lebih RM1 juta ringgit sejak tahun 2012. Team saya PAF Network sentiasa mengalu- alukan ahli baru seperti anda untuk menyertai kami.
Penulis Bebas
Saya juga menulis untuk beberapa website seperti berikut :
1- Bagaimana Saya Lalui 9 Bulan Ujikaji Penjenamaan Peribadi
2- Selling My Soul To Food Porn Videos On Facebook
2- Pelajari Ketekunan Anak Kecil
3- Langkah Awal Bina Jenama Peribadi
4- Idea Snek Tanpa Gula Tambahan Untuk Anak- Anak
5- Tetamu jemputan segmen Selamat Pagi Malaysia
Saya kini tinggal di Kuala Lumpur, bersama- sama suami dan 3 orang anak.