February 13, 2018

Analisa Kulit Percuma Di Shaklee Home Office Sunway

Petang tadi saya berjanji dengan team P.A.F untuk berjumpa di Home Office Shaklee di Sunway, sebab kami nak buat analisa kulit percuma di sana. Memandangkan Shaklee akan lancarkan produk penjagaan kulit yang baru, Home Office ada menyediakan satu mesin analisa kulit yang berteknologi tinggi untuk kemudahan ahli dan pengedar.

Sebenarnya ramai tak tahu yang ahli Shaklee boleh walk in saja di Home Office untuk berjumpa dengan Nutritionist. Hanya perlu semak jadual waktu konsultasi di portal khas untuk ahli dan hadir ke Home Office. Kalau tak pasti jadual, boleh telefon saja Customer Service.

Saya tiba di Home Office sekitar jam 2 petang, dengan team mate saya, Sumie. Kami kemudian terus berjumpa Nutritionist yang bertugas, dan dalam masa tak sampai pun 15 minit kami dah selesai membuat analisa dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Nutritionist.

Ok jom tengok apa keputusan analisa kulit saya:

Still normal : Pore, wrinkle, elasticity, pigmentation

Need improvement : Skin tone, moisture, porphyrin (bakteria punca jerawat).

T-zone : Lil bit oily
U- zone : Dry

Overall skin health : 40/100

Sebenarnya saya expect saya akan ada isu bab kedutan dan keanjalan, sebab kalau ikut usia saya ni, itulah kerisauan utama. Bila tengok result, normal katanya. Cuma kulit agak kering di kawasan U zone, dan berminyak di T zone.

Nutritionist beritahu, since now kedutan, keanjalan kulit masih normal, ini masa terbaik untuk saya maintain dengan beberapa produk seperti :

YOUTH® Radiance C & E : Yang ini untuk kegunaan luaran, pure vita C & E, disapu pada wajah sebelum tidur setiap malam.

Vitamin C : Yang ini untuk boost pengeluaran kolagen semulajadi, dan pada masa sama protect skin daripada pencemaran yang menyebabkan kolagen hilang, dan skin nampak tua.

Untuk masalah kulit kering, tona tak sekata dan mudah berjerawat, dicadangkan pula :

GLA Complex : Yang ni betul- betul saya terlupa langsung. Dulu pernah amalkan, untuk masalah jerawat. Kemudian stop. GLA atau gamma linolenic acid diambil daripada minyak bunga bourage. Untuk kulit, GLA mengekalkan kelembapan. Dan untuk wanita, GLA dipercayai turun temurun mengurangkan simptom- simptom pre-menopause, mengurangkan masalah period pain, ketidakstabilan hormon dll.

Collagen Powder : Yang ini memang untuk ganti kolagen yang semakin merosot dan hilang. Banyak isu bila kolagen merosot iaitu kedutan, keanjalan, dan tona kulit.

YOUTH® cleanser, toner, moisturizer : Yang ini untuk pastikan kulit bebas dari bakteria punca jerawat, untuk melembabkan dan merawat wajah dari luar.

Jadi kawan- kawan yang sebaya saya (ahem lewat 30an- awal 40an) mahu buat skin analysis, dan mahu tahu produk yang sesuai untuk rawat, maintain dan improve kulit, dari luar dan dari dalam, anda boleh WA saya dan kita bincang ya 🙂

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: