Asid Lemak Omega- 3 Halang Sugar Craving Berulang

Dalam artikel sebelum ini, saya ada berkongsi tentang keperluan zat chromium yang membantu kita mengawal “sugar craving” dengan berkesan.

Hari ini saya mahu kongsi maklumat tentang satu zat yang juga bagus untuk lawan sugar craving, supaya kita boleh pastikan ia ada dalam menu harian kita.

Zat yang saya maksudkan ialah ASID LEMAK OMEGA 3.

Asid lemak omega 3 ini juga dikenali sebagai brain food, kerana ia membantu otak jadi lebih tajam dan fokus, serta dapat mengelakkan masalah nyanyuk dan pelupa dalam jangka masa panjang.

Namun begitu, bukan itu sahaja khasiat asid lemak omega- 3 ini.

Ia juga baik untuk :

– saraf mata
– kurangkan radang
– kuatkan sistem imun
– kesihatan mental

Dan banyak lagi.

Sekarang mari kita lihat bagaimana asid lemak omega-3 ini berfungsi membantu kita elak sugar craving berulang- ulang.

1- Asid lemak omega-3 bantu mood jadi lebih stabil
Kita semua tahu bahawa mood dan emosi main peranan yang penting ketika kita berdiet. Sekiranya mood kita kerap berubah,  “up and down”, kita akan lebih mudah craving? Jadi kita perlu penuhi dahulu kehendak mood kita dengan asid lemak omega-3, dan kita dapat elak sugar craving dengan mudah.

2-Asid lemak omega- 3 kawal selera makan
Diet harian yang cukup dengan asid lemak omega-3 buat kita rasa puas makan – makan sikit, tapi puas dan kenyang. Jadi kita tidak ada masalah untuk makan berulang kali. Ini bagus untuk elak masalah “tidak lapar tapi nak mengunyah”.

3- Asid lemak omega- 3 kurangkan radang dalam badan

Bagaimana radang berkait dengan sugar craving? Apabila radang tinggi dalam tubuh, ia pengaruhi “hunger signal” – hormon leptin akan bagi signal pada otak supaya rasa lapar, dan rasa berselera untuk makan. Jadi orang yang tinggi radang dalam tubuh akan kerap rasa lapar dan sentiasa ada selera nak makan.

Makin tinggi radang = makin kuat makan

Jadi apabila kita makan asid lemak omega-3, kita boleh kurangkan radang dalam tubuh,maka selera makan boleh berkurangan dan terkawal.

 

Berikut adalah sumber asid lemak omega-3 yang boleh kita ambil daripada sumber makanan harian :

  • ikan bilis
  • ikan makerel
  • tiram
  • ikan salmon
  • ikan sardin segar
  • ikan tuna
  • flax seeds
  • walnuts
  • minyak zaitun
  • bayam
  • brokoli
  • kobis cina
  • kale
  • brussels sprouts

Berhati- hati dengan sumber makanan yang dilabel sebagai diperkaya dengan omega-3 kerana makanan terproses biasanya datang bersama bahan- bahan lain seperti gula yang tinggi, pengawet, pewarna dan penstabil makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita.

Walau bagaimanapun, kena ingat, jika mahu tambah pengambilan asid lemak omega-3 dan dapat kesan seperti yang saya senaraikan di atas, anda mestilah cuba No Sugar Challenge terlebih dahulu.

Sekiranya asid lemak omega 3 pun anda makan, tetapi tetap mengambil gula berlebihan di dalam menu harian, anda tidak akan dapat kesan seperti yang diidamkan.

Untuk supplement asid lemak omega 3, pilihan saya ialah OmegaGuard™.

Ia membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk.

Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA dan 360mg DHA).

Facebook Comments

Please Login to Comment.