November 13, 2017

Bagaimana Kekal Positif Di Persekitaran Negatif ?

Ini nota yang saya ambil tahun lepas semasa menonton FB Live oleh pakar pemasaran internet, Saudara Irfan Khairi. Nota ini muncul semula dalam FB Memory hari ni dan saya mahu kongsi semula di sini.
 
1- Setiap masalah, ada jalan penyelesaian. Setiap masalah mesti ada peluang. Contohnya zaman ekonomi meleset, peniaga tutup bisnes (masalah), jadi kuranglah pesaing untuk kita (peluang). Beri fokus kepada idea dan strategi baru supaya peluang dapat digunakan sebaiknya.
 
2- Keluar daripada persekitaran negatif. Jika di FB, Unfollow, UnLike page- page yang ada kisah negatif. Baca lebih banyak bahan positif, motivasi, tips dan sebagainya. Tapis bahan negatif yang boleh masuk dalam hidup. Kawal apa yang anda boleh kawal. Bila dah boleh melatih minda begini, mudah untuk kita cool down sekiranya berdepan dengan masalah.
 
3- Jangan besarkan benda kecil. Bila kita stress, jantung berdegup laju, dan hormon cortisol akan meningkat, menyebabkan badan akan berada dalam keadaan “fight or flight” (melawan atau lari). Minda akan jadi huru hara. Stress meningkat, dan kita akan mula “play victim” – kenapalah malang sangat aku ni? Ketika dilanda stress, bernafas dengan baik, level cortisol akan merosot dan rasakan diri kembali tenang.
 
4- Positifkan orang lain. Cari jalan gembirakan orang lain. Bermain dengan anak- anak, bawak isteri/ suami shopping, bantu suami/ isteri di rumah. Spend masa untuk gembirakan orang lain dengan apa yang kita terdaya. Jadi pendengar yang baik kepada masalah orang lain pula. Boostkan semangat orang lain, supaya berjangkit semangat kepada kita.
 
5- Kalau kena kritik, kena SABAR.

  • S : Siapa dia yang mengkritik? Kalau bukan expert, lupakan saja.
  • A : Apa niat dia? Kalau sekadar busybody, lupakan saja.
  • B : Baiki kelemahan. Jangan ego.
  • A : Abaikan jika tidak membantu untuk anda baiki kelemahan.
  • R : Rilek lah bro! Nak berjaya memang kena lalui kritikan!

6- Jaga mood di waktu pagi. Sebelum tidur, maafkan semua orang. Bangun pagi awal, lihat dan baca benda- benda yang beri ketenangan. Kesimpulan, usah dwell too much about the future. Think of THE NOW. Apa kita boleh buat sekarang, apa usaha kita SEKARANG. Fikir hal masa depan, lama- lama jadi stress juga.

 

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 281 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge