January 3, 2018

Bahasa Mudah Fahami Apa Itu Coenzyme Q10

Gambar hiasan : Phillipe Dumas, model Peranchis berusia 60 tahun. 

Beberapa tahun lepas, saya pertama kali dengar tentang coenzyme Q10 apabila syarikat memperkenalkan satu produk bernama CoQ Health Plus. Saya perhatikan produk tersebut mendapat sambutan, tetapi hanya pada golongan tertentu, yang sememangnya sudah kenal dengan coenzyme Q10 kerana mereka pernah dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil supplement ini.

Bagi orang biasa, kebanyakan mereka tidak kenal dengan coenzyme Q10 apabila ditanya. Ternyata di kalangan supplement yang pernah saya cadangkan kepada kenalan dan pelanggan, ianya tidak begitu popular. Hampir dua tahun, CoQ Health Plus diberhentikan seketika pengeluarannya, dan ada juga sekali sekala saya menerime pertanyaan daripada mereka yang memerlukan.

Akhirnya menjelang tahun baru 2018, kami mendapat berita gembira, supplement ini kembali dipasarkan, tetapi dengan formulasi yang ditambahbaik, dengan nama baru iaitu CoQTrol- Plus. Sebelum saya bercerita panjang tentang produk, saya nak kongsi beberapa maklumat penting terlebih dahulu. 

Apa itu coenzyme Q10?

Coenzyme Q10 boleh ditemui secara semulajadi di dalam hampir setiap sel dalam tubuh badan manusia, dan ianya adalah anti-oksida yang sangat hebat. Bayangkan, manusia ini lahir saja, sudah dibekalkan dengan anti-oksida semulajadi. Anit-oksida ini penting bagi memastikan tubuh kuat melawan radikal bebas yang boleh merosakkan DNA dan malah boleh membunuh sel. Di mana coenzyme Q10 ditemui dalam tubuh manusia? Coenzyme Q10 terdapat di dalam setiap sel di dalam tubuh, dan ia bertindak menghasilkan tenaga di dalam sel. Coenzyme Q10 ada di dalam mitochondria, iaitu pusat tenaga di dalam sel. Secara ringkas, kita kena faham, di dalam sel ada mitochondria, di dalam mitochondria ada coenzyme Q10. Coenzyme Q10 paling banyak ditemui di dalam sel pada organ penting seperti jantung, otak, buah pinggang, hati dan paru- paru. Organ penting ini bekerja keras bagi memastikan seluruh tubuh dapat berfungsi dengan sempurna.

Just imagine how hard our heart works, way before we were born!

Bagaimana coenzyme Q10 boleh berkurangan?

Walaupun coenzyme Q10 secara semulajadi memang ada di dalam tubuh manusia, ia tidak bermakna coenzyme Q10 boleh kekal dengan sendirinya. Semakin kita tua, semakin merosot jumlah coenzyme Q10 dalam sel tubuh, manakala pesakit jantung pula memang akan mengalami kemerosotan coenzyme Q10 yang ketara berbanding orang lain. Semakin usia meningkat, kita tidak dapat mengelak daripada mengalami kemerosotan jumlah coenzyme Q10 dalam tubuh, tetapi ia tidak bermakna kita tidak boleh mengekalkan jumlah yang optimum untuk tubuh berfungsi dengan lebih baik walaupun di usia yang semakin meningkat.

Sudah tentu kita mahu jantung, otak dan organ tubuh yang lain kekal segar dan muda, tidak mengira berapa umur kita, betul tak?

Coenzyme Q10 rahsia awet muda sebenar?

Jika kita lihat secara ringkas, sel yang semakin sihat dan sentiasa bertenaga, akan mengekalkan fungsi organ penting pada tahap optimum. Rahsia awet muda bukanlah sekadar pada luaran, tetapi terletak kepada apa sebenarnya yang berlaku jauh ke dalam sel. Jika sel kita bertenaga, organ bertenaga, tubuh bertenaga, tidak kiralah berapa usia kita. Rahsia awet muda yang bukanlah rahsia sangat pun. It’s not a rocket science, kata orang putih! 

Kesimpulan

Semakin saya memahami fungsi coenzyme Q10 semakin saya rasa kagum dengan kebolehan tubuh badan manusia secara semulajadi melindungi kesihatan tubuh badan sendiri. Amat malang apabila anugerah seperti ini kita rosakkan dengan gaya hidup yang tidak sihat, lantas lama kelamaan, coenzyme Q10 semakin merosot dan merosot. Tidakkah kita terfikir mencari jalan untuk kita kekalkan kecergasan sel dalam badan, dan tidak semestinya sel menua dan tidak cergas mengikut usia?

Di posting seterusnya saya akan berkongsi maklumat tentang CoQTrol Plus, produk terbaru yang menggantikan CoQHealth Plus seperti yang saya sebutkan di perenggan pertama tadi. Tetapi jika anda tidak mahu tunggu lagi, HUBUNGI SAYA dan saya boleh kongsi maklumat lanjut dengan anda.

xx
Puteri

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: