Walaupun saya sudah kenal dunia blogging sejak tahun 2002, namun hanya sehingga tahun 2012, barulah saya menjadikan blogging sebagai satu cara pemasaran produk untuk menjana pendapatan.

Sehingga tahun 2014, blog telah menemukan saya dengan pelanggan dan juga team pengedar di bawah saya. Bisnes saya juga berkembang lebih baik apabila saya menggabungkan pemasaran di Facebook bersama- sama blog.

Pada tahun 2015 saya mula mengabaikan pemasaran blog kerana begitu teruja dengan peluang yang saya nampak di Facebook. Akibatnya blog saya terbengkalai agak lama, dan saya tidak menemui momentum yang baik untuk aktif blogging semula.

Dan di penghujung 2015, saya mengambil langkah drastik untuk menukar 100 peratus konsep blog sedia ada. Saya telah membeli domain dan hosting, dan “menyorok” hampir 90 peratus daripada artikel- artikel terdahulu, dan mula menulis artikel baru, dengan pendekatan yang baru.

Namun begitu, saya sedar saya masih jauh ketinggalan dalam ilmu teknikal SEO, dan saya menghadapi masalah untuk merancang artikel- artikel yang mahu saya tulis setiap hari.

Dalam keadaan yang masih tidak pasti dengan hala tuju blog yang baru, saya tetap terus menulis dan menulis dengan harapan pastinya saya akan jumpa sesuatu yang boleh membantu blog saya mendapat tempat di hati pembaca dan di ranking Google.

Dan apabila bulan lepas saya dijemput oleh rakan untuk bersama- sama mendaftar di sebuah kelas blogging bersama Dr. Wan Yusof Wan Jeffery, ia ibarat orang mengantuk disorong bantal, jadi saya terus saja bersetuju.

Ini kerana saya memang menunggu peluang untuk belajar dengan Dr. Wan, yang telah saya ikuti rapat semua posting- posting beliau di Facebook sejak tahun lepas lagi.

Pada 8 April 2017, seramai 15 peserta temasuk saya, telah menyertai kelas Content Mastery bersama Dr Wan. Seawal 20 minit kelas bermula, Dr. Wan telah memberi penerangan yang jelas bahawa kelas yang beliau jalankan bukanlah semata- mata tentang SEO sebaliknya lebih menyeluruh daripada itu.

Ini diterangkan dengan ringkas dalam rajah di bawah :

Pada permulaan kelas lagi, Dr.Wan sudah menerangkan bahawa memahami SEO semata- mata tidaklah cukup tanpa memahami bagaimana kepintaran menggunakan platform media sosial dan kebolehan menghasilkan content yang digemari oleh pembaca.

Akhirnya persoalan terbesar yang saya hadapi sepanjang tahun 2016 kini terjawab.

APAKAH YANG PATUT SAYA TULIS UNTUK AUDIEN SAYA, DAN SIAPAKAH SEBENARNYA AUDIEN SAYA DI BLOG? 

Dan saya sangat gembira apabila persoalan ini terjawab dengan sebaris ayat yang diterangkan oleh Dr. Wan pada awal kelas, yang berbunyi,

“Content marketing ialah keupayaan untuk menghasilkan konten BERSTRATEGI, secara KONSISTEN, kepada AUDIEN YANG RELEVAN bagi mencapai satu MATLAMAT.”

Ya, inilah yang saya cari.

Saya mahu satu strategi supaya saya boleh menulis dengan konsisten, supaya saya menulis untuk orang yang tepat, dan supaya saya boleh dapat hasil iaitu matlamat saya sudah tentunya untuk menjana pendapatan melalui jualan produk dan peluang perniagaan.

Saya kongsikan di sini, satu rajah bagaimana Dr. Wan menerangkan dengan mudah, cara untuk menentukan bentuk konten bersesuaian dengan audien yang kita mahu.

 

Barulah saya faham, bahawa tidak semua artikel yang saya tulis wajib ‘mempromosi’ dan ‘menjual’ semata- mata. Pengunjung blog saya boleh terdiri daripada pelbagai golongan, samada golongan yang mahu tahu, golongan yang sudah tahu dan masih menimbang- nimbang keputusan, ataupun golongan yang sudah sedia untuk menjadi pelanggan.

Saya kini lebih jelas dengan penerangan yang diberikan oleh Dr. Wan tentang cara menentukan konten yang tepat kepada audien yang betul.

Sudah tentunya bukan ini sahaja yang kami belajar sepanjang hampir 8 jam kelas berlangsung, tetapi juga meliputi pelbagai aspek teknikal SEO, merancang topik artikel melalui kajian kata kunci sehinggalah teknik menyusun perenggan dan gambar di dalam artikel.

Pada penghujung kelas, Dr. Wan juga ada menyentuh tentang Content Distribution, iaitu bagaimana kita harus merancang untuk memastikan lebih ramai orang mengetahui tentang konten yang kita hasilkan.

Caranya mudah sahaja. Kita perlu memilih tapak utama samada blog atau Facebook, dan sebarkan konten kita ke merata pelusuk media sosial yang lain, samada berbayar ataupun yang percuma.

Apabila kelas berakhir pada petang itu, rupanya ada lagi yang ditawarkan oleh Dr. Wan kepada kami iaitu :

1- Kami diberi akses untuk SECRET GROUP FACEBOOK khas untuk belajar dengan lebih mendalam tentang Content Mastery dan teknik SEO Sempoi. Di sini kami diberi peluang untuk bertanya soalan- soalan, malah Dr. Wan memberi lebih lagi masanya dengan tawaran review artikel yang telah kami tulis.

2- Kami diberi lagi akses AHLI PREMIUM bagi mengikuti 40 video belajar content mastery dan membaca artikel- artikel berkaitan teknik SEO, SEO update, copy writing, email marketing dan juga artikel marketing.

Apabila pulang ke rumah, saya tidak membuang masa, terus memilih satu artikel yang sedia ada, untuk saya baiki mengikut tips dan panduan yang telah saya pelajari di kelas Dr. Wan.

Setelah siap, saya telah email ke Dr. Wan memohon beliau membuat penilaian ringkas tentang artikel yang telah saya siapkan itu. Alhamdulillah Dr. Wan memang memberi feedback yang pantas dan sangat membantu.

Sejujurnya dengan jumlah yuran yang saya bayar untuk mengikuti kelas Dr. Wan, saya berpendapat Dr. Wan telah over deliver.

Apa yang disampaikan oleh beliau sepanjang di dalam kelas memang menepati dengan apa yang saya cari selama ini, dan akses premium yang disediakan selepas kelas pula, seolah- olah saya membayar yuran yang 5-6 kali ganda dengan apa yang dikenakan untuk belajar Content Mastery ini.

Dan perkongsian saya di dalam artikel ini tidak sampai pun 10 peratus daripada apa yang telah saya pelajari di kelas dan yang masih saya pelajari di video- video dan artikel yang dapat saya akses sebagai AHLI PREMIUM.


Saya juga mendapati oleh kerana lesson plan yang disediakan oleh Dr. Wan begitu tersusun rapi, ia membuatkan saya jadi tidak sabar untuk terus menghidupkan enjin dan bermula, atau dalam kes saya ini untuk MULA SEMULA.

Jadi, jika anda yang pernah melalui fasa keliru seperti yang saya kongsi di permulaan tadi, saya amat menggalakkan anda untuk membeli pakej CONTENT MASTERY ini dan terus ambil tindakan memperbaiki kelemahan yang ada.

Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Wan Yusof Wan Jeffery di atas panduan yang sangat lengkap, mudah difahami dan terus boleh dipraktis serta merta.

Saya doakan Dr. Wan terus sukses dalam berkongsi ilmu SEO Sempoi dan Content Marketing kepada lebih ramai lagi mereka di luar sana.

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 7 other subscribers