December 20, 2016

Daripada seorang pembuat roti kini di pentas antarabangsa

Pagi ini saya membaca kisah Martin yang seumur hidupnya hanya tahu membuat kek dan menyanyi.

Sejak kecil Martin Hurkens bercita- cita mahu menjadi penyanyi opera. Pada usianya 13 tahun, Martin mendapat tajaan biasiswa untuk belajar menyanyi dan bermain piano. Malangnya, masalah kewangan menyebabkan Martin terpaksa berhenti.

Setiap hari di bakeri, Martin akan menyanyi dan menghiburkan orang lain. Menyanyi memberikan kepuasan dan kegembiraan kepada dirinya.

Selama 35 tahun, itulah rutin harian Martin, hinggalah pada satu hari Martin dibuang kerja.

Untuk menampung keperluan harian, Martin kembali kepada minatnya untuk menyanyi.

Dia menghamparkan topinya di tepi jalan di Brunssum, dan mula menyanyi. Suaranya yang lunak seperti penyanyi opera menarik minat sejumlah pengunjung.

Segalanya kemudian berubah, apabila satu hari, anak Martin secara senyap- senyap mendaftarkan bapanya itu ke dalam rancangan Holland Got Talent, dan Martin muncul juara tahun 2010.

Dia kini membuat persembahan di seluruh dunia termasuk China, Taiwan, Japan, Italy, France, Turkey & Germany. Namun begitu sekali sekala, Martin akan ke jalanan di Brunssum, dan menyanyi di sana.

Walaupun sudah di puncak kejayaan, Martin tidak lupa pada jalan batu kerikil yang pernah menemani dan menjadi saksi di saat pedihnya kehilangan kerja dan hampir kehilangan cita- cita.

Moralnya, fokuslah pada kerja harian kita, dan usah sesekali lupakan cita- cita asal yang masih membara di dalam dada. Google Martin Hurkens dan anda akan jumpa video nyanyian beliau di jalanan yang sangat menyentuh perasaan.

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 261 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge