November 3, 2016

Berniaga part time waktu makan tengah hari?

1 jam rehat waktu makan tengah hari, apa kita boleh buat kalau ada side business?

“Let’s make the lunch break WORKS for you!”

Artikel ini memang buat saya teringat kenangan mula- mula ada side business. Sejam waktu rehat tu memang berharga. Saya kumpul point penting yang ditulis oleh Kameron Altar, di website Linkedin.

berniaga-lunch-time

1- Susun posting media sosial anda.
Aha, saya ada kongsi tips guna Buffer & Hootsuite. Memang sangat memudahkan, langsung tak ganggu waktu bekerja. Saya harap ramai lagi yang boleh guna teknik ini sebagai part- timers.

2- Balas komen di medial sosial atau layan WhatsApp prospek/ pelanggan.
Jangan risau kalau tak boleh balas ASAP. Sebab bila kita dah ada pengikut, mereka pun tahu waktu bila kita akan balas. Bina konsistensi untuk bina kepercayaan mereka.

3- Buat draf blog post
Sambil- sambil makan, fikir- fikirkan tajuk blog post yang sesuai dan menarik. Ada macam- macam idea di sekeliling kita, cuma kena rajib perhati dan buat analisa. Mesti terus tulis dalam nota, atau kalau jenis suka buku tulis macam saya, terus tulis, conteng- conteng idea.

4- Buat draf email
Jika ada email yang perlu dibalas, buat draf dulu. Nanti mungkin ada idea tambahan, boleh tambah lagi lepas habis waktu bekerja. Jangan tergesa- gesa untuk balas jika anda sedang sibuk, terutamanya jika email tu memang penting untuk close sale.

5- Jumpa client/ prospek
Buatlah temujanji berhampiran dengan pejabat anda. Ambil 1 jam untuk buat presentation atau berbincang. Tak ada lah nanti isu masuk ofis lambat sebab ada side business kan?

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: