December 30, 2017

Mahu Bimbing Orang Lain, Tapi Siapakah Orangnya?

Sejak September yang lepas, saya dah pun ada impian dan azam, dan kerja- kerja ke arah nak mencapai azam 2018 sudah pun bermula. 

Bukan apa, adakalanya enjin kita ni lambat panas. Jadi daripada mengenangkan masa yang dah berlalu, saya lebih gemar buka lembaran baru, lebih awal dari orang lain.

Secara ringkasnya, saya memang berpegang pada prinsip memperbaharui azam SETIAP HARI, dan bukan tunggu tahun baru. Cuma bila menjelang tahun baru tu, semangatnya lebih lah sedikit, berjangkit- jangkit dengan kawan- kawan yang lain.

Untuk tahun 2018, saya lebih jelas bab halatuju diri saya sendiri sebagai seorang yang ada pengalaman membina bisnes. Pengalaman dan kemahiran yang ada pada saya ini, untuk tahun 2018, akan saya fokus untuk bimbing orang lain pula.

Apabila saya mula fokus nak bimbing orang lain, saya sudah semakin jelas ciri- ciri orang yang saya nak bimbing itu. Ciri- ciri peribadi, latarbelakang keluarga, jenis pekerjaan, gaya hidup semasa, tahap pendidikan, minat dan hobi, semuanya sudah saya senaraikan.

Saya pun tak pasti jika anda orangnya tapi saya memang sudah ada senarai lengkap dan saya akan berusaha untuk berkenalan, membina hubungan dan kepercayaan dengan orang yang memilik senarai tersebut. 

Saya percaya jika saya ada banyak persamaan dengan orang tersebut, lebih mudah untuk kami bekerjasama, dan membina bisnes bersama- sama.

Insha Allah, tahun 2018 ini saya pasti ketemu dengan ramai orang yang mempunyai ciri- ciri yang telah saya senaraikan ini.  

xx
Puteri 

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: