February 1, 2017

Bina jenama sendiri di Facebook

Satu soalan popular daripada team member saya apabila mereka mahu mulakan bisnes di Facebook ialah, “Apa yang saya nak tulis? Macam mana nak promote produk?”

Ramai yang berfikir bahawa mereka perlu jadi orang lain apabila sudah ada bisnes di Facebook. Konten posting sudah mula dibaca dalam bentuk ayat promosi, ayat jualan, dan malah lebih teruk sudah mula pandai spam post orang lain!

Satu perkara asas dan yang paling penting untuk kita tahu, di Facebook peribadi, jenama yang kita bawa bukanlah produk atau servis yang kita niagakan, tetapi jenama itu adalah DIRI SENDIRI.

Apa kata anda cuba 5 cara yang saya kongsikan di bawah ini, untuk mula membina jenama anda sendiri di Facebook.

1- Apa hobi anda?

Soalan ini sering saya tanyakan kepada team member, dan ini sangat berkaitan dengan target group atau network yang kita mahu untuk produk atau servis yang kita mahu tawarkan. Dengan berkongsi hobi dan minat, kita akan menarik dan mengumpulkan network yang mempunyai minat yang sama, dan kepada merekalah kita tawarkan produk dan servis. Tapi tunggu dulu, baca tips seterusnya ya.

2- Berilah tanpa syarat.

Sebelum menawarkan produk dan servis, kita harus belajar untuk GIVE, GIVE, GIVE. Apakah maksudnya di sini? Ramai yang memberi syarat untuk berkongsi ilmu dan maklumat di Facebook, dengan harapan ia boleh menjadi dorongan kepada orang lain untuk terus ikut mereka di Facebook. Sebenarnya, sebelum sampai ke tahap ini, kita harus belajar memberi tanpa syarat. Kongsilah semua yang anda tahu tentang topik yang anda suka itu, tanpa syarat dan pegang kepada niat untuk memberi manfaat kepada orang lain.

3- Be consistent.

Apabila kita berkongsi pelbagai ilmu, tips dan maklumat yang berkaitan dengan hobi dan minat kita itu, perlu kita tahu bahawa, kepercayaan orang lain akan terbina apabila kita konsisten berkongsi. People buy you, before your products/ services.

Di sini saya ingin berkongsi eksperimen yang pernah saya jalankan di Facebook saya sendiri. Ada satu ketika saya keliru untuk memilih topik mana yang harus saya tulis dengan konsisten di Facebook saya.

Selama dua minggu saya menyenaraikan topik dan mula menulis, dan saya catatkan jumlah Like, Share dan Comment untuk setiap posting. Selepas 2 minggu, saya dapati ada 3 topik yang mendapat sambutan, jadi saya terus konsisten dengan topik tersebut, sesuai dengan minat Friends & Followers saya.

4-  Bina hubungan.

Tahukah anda yang aktiviti jual beli di Facebook peribadi sebenarnya melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Facebook? Dan sekiranya anda faham logarithm Facebook, posting jual beli akan “diperam” dan tidak akan dilihat dengan kerap di Newsfeed rakan dan kenalan kita. Jadi, fokus semula kepada tujuan Facebook diwujudkan iaitu untuk membina hubungan. Gunakan peluang untuk komen, kongsi dan Like posting rakan- rakan yang lain sebagai cara membina hubungan.

Simpan pendapat jika ia boleh menimbulkan debat dan rasa tidak puas hati. Di Facebook, kita tidak mahu jadi hero untuk menang, sebaliknya kita mahu dikenali sebagai seorang yang menyenangkan. Percayalah, ianya baik untuk jenama diri dan bisnes yang anda bawa nanti.

5- Be ORIGINAL

Ramai yang bersungguh- sungguh mahu bina pengaruh di Facebook, sehingga mereka fikir perlu menjadi orang lain. Saya sentiasa berpegang kepada prinsip, “be the better version of you” apabila berkomunikasi di ruangan awam seperti di Facebook.

Dan seringkali juga terjadi, kita akan terikut- ikut dengan gaya orang lain, samada mentor ataupun idola yang kita kenali di ruangan Facebook. Sekiranya kita sudah terikut- ikut, amat susah untuk kita menonjolkan diri kita yang sebenar, yang mungkin jauh lebih menarik untuk kita ketengahkan di kalangan bakal pelanggan dan bakal rakan kongsi niaga nanti.

Sudahkah anda bina jenama anda sendiri di Facebook atau masih lagi mencari rentak? Apa kata mulakan dengan 5 tips ringkas ini dan lihat hasilnya.

Kongsi artikel ini dengan rakan yang lain juga ya!

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 281 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge