November 16, 2016

Bisnes part time sebagai pelan kecemasan jika dibuang kerja

Saya baru selesai membaca artikel ini yang ditulis berdasarkan pengalaman seorang anak. Pada satu hari dia dipanggil oleh bapanya, dan diberitahu bahawa kesemua rakan sekerja bapanya telah diberhentikan kerja.

Mereka diberi tempoh 20 MINIT untuk kemas meja dan diiringi keluar daripada bangunan pejabat oleh pengawal keselamatan.

Walaupun bapanya ‘terselamat”, peristiwa tersebut tidak dapat dilupakan oleh anak ini sehingga dia dewasa, lalu dia membuat kesimpulan,

“I knew that no job anywhere would ever be truly safe.”

back-up-plan
Penulis ini, Pamela Slim, sekarang bekerja sebagai perunding kepada syarikat korporat, memberi latihan dan program pengurusan. Katanya, sepanjang dia menjadi perunding, dia berjumpa dengan ramai pekerja yang langsung tidak ada “contingency plan”.

Beliau berpendapat, sudah tiba masanya pekerja ubah cara berfikir dan melihat diri sendiri sebagai “self employed” dan majikan adalah “client”.

Oleh kerana semua orang tidak terkecuali untuk ditinggalkan oleh “client”, penulis mencadangkan semua pekerja wajar memikirkan tentang “some other forms of career insurance”.

Pamela berkongsi 3 perkara mengapa, bisnes sampingan memberi faedah jangka panjang kepada anda yang masih bekerja tetap iaitu :

1- Bisnes sampingan boleh dijadikan Plan B, sekiranya berlaku sesuatu kepada pekerjaa yang anda pegang sekarang ini. Contohnya seperti dibuang kerja, syarikat ditutup dan sebagainya.

2- Mencuba idea- idea baru boleh mencergaskan fikiran anda, dengan berfikir dan membuat perancangan secara aktif setiap hari.

3- Pendapatan daripada pendapatan sampingan boleh dijadikan tabungan kecemasan, menambah tabungan pencen atau dijadikan tabung untuk melancong ke seluruh dunia.

Fikirkan apakah produk dan servis yang anda mahu tawarkan, dan rancang bagaimana anda boleh melakukannya sambil bekerja secara sepenuh masa.

Namun begitu, ketahui juga 3 perkara yang boleh memberi risiko kepada bisnes sampingan anda seperti :

1- Berhati- hati supaya kerja bisnes sampingan tidak mengganggu kerja hakiki dan melanggar syarat- syarat penjawatan anda.

2- Tidak mengurus masa dengan baik boleh menyebabkan anda menjadi stres dan akhirnya kepenatan dan tidak lagi produktif.

3- Merancang terlalu banyak perkara untuk bisnes sampingan, tetapi tidak boleh buat komitmen.

Ingat, yang penting untuk anda berjaya dalam bisnes sampingan ialah, anda perlu seronok dan teruja untuk melakukannya setiap hari. Mulakan secara kecil- kecilan dan beranikan diri untuk melihat potensi bisnes berkembang di masa hadapan. Dengan cara ini, manalah tahu, sekiranya anda juga terpaksa berhenti kerja, atau diberhentikan kerja, anda tidaklah begitu risau dan panik untuk mencari sumber pendapatan yang lain dengan segera.

Sumber rujukan : Why You Should Have Side Hustle?

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 281 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge