Bukan Semua Makanan Terproses Itu Bahaya

Apabila kita bercakap tentang makanan terproses, kebiasaannya fikiran kita akan fokus kepada makanan- makanan segera, sejuk beku dan yang tidak berkhasiat. Contoh mudah adalah seperti nugget, hotdogs, kentang goreng, daging burger dan lain- lain seumpamanya.

Sebenarnya makanan terproses bukan hanya makanan dalam kategori ini. Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang kita kena tahu tentang makanan terproses.

Definisi makanan terproses ialah makanan yang telah melalui beberapa langkah pemprosesan bagi mengubah bentuk asal atau supaya ia dapat disimpan lebih lama.

Semestinya agak sukar untuk kita bebas 100% daripada makanan terproses, kerana hatta timun yang dipetik daripada kebuh, dan dibungkus di dalam plastik juga dianggap sudah melalui pemprosesan, iaitu melalui kaedah membungkus timun tersebut.

Selain itu terdapat 3 lagi jenis langkah memproses makanan, iaitu :

  • menjeruk/ peram
  • mengeringkan
  • menyejuk beku

Pemprosesan sebegini boleh dilakukan di rumah dan boleh dilakukan dengan menambah bahan- bahan seperti garam, gula, dan minyak.

Contoh makanan terproses yang boleh diproses di rumah adalah seperti kimchi, tempoyak, jeruk cili, jeruk mangga dan lain- lain.

Imej : thekitchn.com

Kategori seterusnya ialah pemprosesan yang dilakukan di kilang oleh pengeluar makanan.

Kaedah yang digunakan adalah lebih sofistikated dan membolehkan makanan dihasilkan dalam kuantiti yang lebih banyak untuk keperluan pengguna yang lebih ramai.

Makanan- makanan yang diproses terbahagi pula kepada dua jenis.

Jenis pertama masih mengekalkan rupa bentuk semulajadi, dan hanya ditambah dengan 1 atau 2 bahan lain, dan bahan tambahan itu juga bersifat semulajadi, masih mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh dan semestinya selamat untuk dimakan.

Jenis kedua pula ditambah dengan pelbagai bahan kimia, sehingga rupa bentuk asal berubah, kandungan zat hilang, ditambah perisa dan perasa, serta pewarna tiruan. Jenis ini memberi kesan kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa panjang dan digelar “ultra processed food”.

Imej : potatopro.com

Saya ringkaskan penerangan tentang makanan terproses dalam jadual di bawah supaya lebih mudah difahami. Sudah pastinya contoh yang saya bagi hanya yang paling ringkas dan paling “common” sahaja. Ada pelbagai lagi makanan ultra processed yang terdapat di pasaran dan kita harus berhati- hati agar tidak memilihnya sebagai diet harian.

 

Bagi makanan yang diproses ringkas atau sederhana, saya sediakan senarai bahan ringkas yang digunakan untuk beberapa jenis makanan.

  • Keju – hanya mengandungi susu, garam, rennet (haiwan atau tumbuhan) sahaja
  • Yogurt – hanya mengandungi susu, kultur hidup sahaja
  • Susu segar – hanya mengandungi susu lembu/ kambing sahaja
  • Oat – hanya mengandungi oat sahaja sahaja

Makanan- makanan dalam kategori diproses ringkas masih mengandungi zat, dan tidak memudarat tubuh jika dimakan secara bersederhana.

Sekiranya anda mahu membeli makanan- makanan ini, lihat dulu bahan- bahan yang digunakan supaya anda dapat makan makanan yang diproses ringkas dan bukannya dalam kategori proses ultra.

Facebook Comments

Please Login to Comment.