December 8, 2015

Italy 2015

Assalamualaikum semua 🙂

Bulan November lepas, suami dan mertua saya join company trip ke Italy. Sebenarnya setiap tahun company bagi kami pilihan, samada untuk pergi international trip atau pergi Umrah. Jadi kali ini kami pilih ke Italy, dengan Ibu dan Ayah. Alhamdulillah, kami layak 3 tiket tahun ini.

Saya tak nak cerita tentang trip 5 stars tu, tapi nak cerita kenangan semasa bekerja dulu. Bukan kenangan company trip, tapi kenangan “tak pernah wujud company trip”! Hahaha! Family day pun tak pernah ada, apatah lagi la trip- trip ni kan. Dalam negeri tidak, luar negeri lagi la tak pernah dibuat.  Bukan nak mengungkit, tapi memang tak logik pun nak ada company trip sebab saya bekerja dengan NGO. Mana boleh bermewah- mewah.

Jadi bila dapat peluang dengan Shaklee, saya sangat- sangat menghargainya, sebab saya tak pernah dapat peluang macam ni. Kalau boleh tiap-tiap tahun nak bawak mak abah dan mertua. Macam tahun lepas kami berdua ke Disneyland di LA, memang teringat pada anak- anak. Kalau dah boleh bawak semua, bahagia sangat.

Untuk dapatkan reward sebegini, peluangnya sama rata untuk semua orang. Yang berbeza ialah sejauh mana kita mahu berusaha dan berkorban. Yang pernah pergi trip 5 bintang dengan Shaklee mesti tahu ianya sangat berbaloi.

 

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: