March 29, 2018

Kejutan Kali Pertama Buat Ujian Pap Smear

Sebenarnya malu nak cerita, tapi saya mahu simpan kenangan penting yang berlaku semalam, sampai bila- bila. Saya bukan malu tentang cerita ujian pap smear, tapi saya malu sebab menangguh ujian ini sejak berkahwin, nun tahun 2008 lagi. Tak sepatutnya saya menangguh begitu lama, sedangkan saya tahu ujian Pap Smear ini sangat- sangat penting untuk wanita.

Ujian Pap Smear perlu dilakukan oleh wanita yang pernah melakukan hubungan seks, dan berumur di antara 25 hingga 65 tahun. Ujian ini dilakukan sebagai saringan bagi mengesan kanser serviks, yang mana kanser serviks adalah jenis kanser paling banyak menyerang wanita di negara ini.

Jadi pada hari Isnin yang lepas, saya ke Klinik Kesihatan AU2 Taman Seri Keramat, dan bertanya kepada jururawat yang bertugas di Klinik Ibu dan Anak, tentang jadual ujian Pap Smear yang disediakan di situ.

Menurut jururawat bernama Cik Fatin, mereka menyediakan perkhidmatan ujian Pap Smear pada setiap hari Rabu, sesi petang bermula jam 2, dan pada hari Jumaat, sesi pagi bermula pada jam 8. Kita boleh walk in sahaja tanpa perlu buat temujanji.

Saya buat keputusan untuk pergi pada hari Rabu, dan mula bertanya kepada kawan- kawan tentang pengalaman mereka melakukan ujian Pap Smear. Majoriti kata, tak sakit, sekejap saja, tak perlu risau pun.  Ok, tenang juga lah mendengar cerita mereka.

Tiba hari yang ditetapkan, saya datang awal. Saya tak makan tengah hari pun, punyalah berdebar. Saya terfikir, kalau bersalin dulu, memang berdebar tapi tak ada pilihan, tapi ujian Pap Smear ni ada lagi masa nak lari dan batalkan saja!

Tapi saya tetap melangkah masuk ke klinik, daftar di kaunter dan menunggu. Untuk hilangkan debaran, saya berbual dengan rakan baru yang sedang hamil anak pertama. Dia pun tak ada pengalaman lagi buat ujian Pap Smear, jadi tak dapat lah nak bertanya. Tapi mungkin elok juga berhenti bertanya, dan JUST DO IT!

Apabila nombor dipanggil, saya duduk untuk periksa ekanan darah dan berat badan ditimbang. Saya diminta keluar semula, dan kemudian dipanggil lagi untuk temuduga. Ada beberapa soalan ditanya, termasuklah:

  • Tarikh hari pertama haid yang lepas
  • Jumlah hari haid yang lepas
  • Ambil pil perancang ataupun tidak

Saya menjeling ke meja jururawat dan saya nampak satu bekas plastik kecil, peralatan yang akan digunakan untuk ujian tersebut. Saya menghembus nafas lega melihat saiz alat tersebut, kecil saja, lebih kurang seperti gambar di bawah ini. Saya tidak bertanya pun kepada jururawat tentang alat tersebut, rasa macam malas nak serabutkan lagi fikiran.

Kemudian saya diminta untuk masuk ke bilik pemeriksaan, dan berbaring di atas katil. Jururawat menunjukkan cara baring yang betul dan saya pun menunggu dengan penuh debaran. Apabila saya menoleh ke arah jururawat, saya sangat terkejut dan terfikir OMG WHAT THE FISH IS THAT!!!

Ladies, let me introduce to you, THE SPECULUM!!!!

No one told me about this thing, I am sooooo upset with my friends! Rupa- rupanya sebelum boleh ambil sample di pangkal rahim, jururawat akan memasukkan speculum ini untuk memudahkan laluan. Memang lah ada losyen digunakan, tetapi memang rasa nak terjun katil bila nampak alat ni di depan mata.

Saya mengawal pernafasan, dan bertabah saja dengan apa yang dilakukan oleh jururawat. Pada masa yang sama saya geram betul dengan kawan- kawan yang kata 1-2 minit jer, sebab saya rasa macam dah lamaaaaaaa jer proses itu berlangsung! Dang it, it feels like forever guys!

Untuk saya yang tak pernah bersalin secara normal, dan hanya pernah sekali diberi VE oleh jururawat (ketika bersalin Adeena), pemeriksaan sebegini memang hmmmm it’s so uncomfortable. Tetapi saya mesti puji jururawat yang bertugas, kerana sungguh lah natural boleh berbual- bual dan ceria saja. Walau bagaimanapun, saya harap dia tak dapat cam saya jika bertembung di luar.

Kemudian segalanya berakhir dan saya diberi kad temujanji. Menurut jururawat, jika tiada apa- apa masalah, mereka tidak akan menghubungi saya, tetapi saya boleh datang pada tarikh yang ditetapkan untuk mengetahui status ujian Pap Smear saya. Temujanji yang ditetapkan adalah pada bulan Jun, 3 bulan selepas pemeriksaan dijalankan.

Akhirnya saya berjaya menakluki ketakutan saya untuk melakukan ujian Pap Smear, dan tahun depan Insha Allah saya akan ikut jadual yang ditetapkan.

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: