Pelan Detoks Mudah 100% Plant Based

Walaupun ada pendapat kata detoks tak wujud, saya tetap buat sekali dalam 2-3 bulan sepanjang tahun. 

Logik saya ialah, kalau nak organ tubuh kita (liver, kidney, skin, lungs, colon, lymph) buat proses detoks secara semulajadi, kita kena bantu badan kita makan makanan yang kaya nutrisi, kaya dengan serat, padat vitamin dan mineral.

Organ tubuh kita memang dah pandai buat kerja detoks semulajadi, tapi dengan syarat kita la kena pandai pilih makanan untuk support tugas organ pula.

Jangan cakap la semua benda semulajadi kalau kita salah pilih makanan, high sugar, highly processed, fast food etc tak bantu badan kita berfungsi dengan baik.

Cara kami ialah dengan menyusun menu sayur, buah, protein, carb mengikut giliran hari. Dan kami memilih untuk guna 100% sumber tumbuh- tumbuhan sepanjang 7 hari detoks ini. 

Contohnya, hari ni dari breakfast sampai dinner makan salad dan buah, minum air kosong atau green tea/ air lemon.

Esok makan sayur dimasak simple, buat sup pulak. Sampai hari ke-7 baru introduce sedikit karbohidrat. Mealplan yang anda akan download akan perincikan lagi hal ini. 

Saya juga suka buat detoks bila badan dah mula ada rasa lemau, malas, mengantuk, dan mudah dapat demam, dan dapat selesema. Selepas hari ke-3 pasti terasa badan ringan, lebih cergas dan minda pun lebih alert! 

Dan inilah juga cara saya kekalkan berat badan tidak lebih 46kg sejak setahun yang lalu. Saya akan kongsi lagi pengalaman dalam BLOG ya. 

Selamat mencuba, dan jangan lupa kongsi hasilnya dengan saya!

xx
Puteri Yusof

  • check
    Ini bukan program diet. Tapi mungkin boleh bantu anda yang sedang buntu sebab diet tak menjadi, berat tak turun- turun walaupun dah berusaha. 
  • check
    Ini bukan jalan pintas jadi kurus. Tapi boleh bantu anda kurangkan berat badan dalam masa 7 hari. Berapa kilo seminggu? Itu anda kena cuba dulu. 
  • check
    Ini bukan pelan sementara.  Komitmen nak betulkan cara pilih makanan mesti jadi gaya hidup berpanjangan. 
  • check
    MUDAH DIHADAM. Buah- buahan, sayur, ulam dan kekacang lebih mudah dihadam memberikan peluang perut berehat tanpa menahan lapar sepanjang hari. 
  • check
    CEGAH PENYAKIT. Menu berasaskan tumbuh- tumbuhan terbukti mengurangkan risiko penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. 
  • check
    KAWAL KALORI. Buah- buahan dan sayuran mengandungi kalori lebih rendan berbanding  daging, hasil tenusu dan telur, memudahkan proses menurunkan berat badan. 
Facebook Comments