May 31, 2018

Diet Tinggi Gula Punca Ramai Derita Gout

Lazimnya apabila masyarakat kita bercakap tentang penyakit gout, secara automatik kita akan menyenaraikan beberapa jenis makanan yang pantang dimakan oleh pesakit gout seperti :

  • makanan laut
  • ikan bilis
  • daging merah
  • kekacang


Tapi sayang sekali, kita tidak perasan langsung, satu musuh dalam selimut untuk pesakit gout atau golongan yang berisiko terkena gout. Sebelum saya kongsi lebih lanjut tentang musuh tersebut, saya terangkan sedikit latarbelakang penyakit ini dan makanan yang berkaitan dengannya.

Apa itu “purine”?

Sebab utama makanan- makanan ini dikatakan “pantang” untuk pesakit gout disebabkan ia mengandungi purine yang tinggi. Purine ialah bahan kimia semulajadi yang terdapat dalam makanan seperti yang disenaraikan di atas.

Apabila hati kita memproses purine ini, tubuh akan menghasilkan bahan buangan yang dikenali sebagai asid urik. Asid urik ini pula akan dilepaskan dalam darah, ditapis di buah pinggang dan akhirnya dibuang melalui air kencing.

Ringkasnya begini :

Makan makanan tinggi purine —> Proses di hati —> Dilepas ke dalam darah —> Ditapis di buah pinggang —> Bahan buangan urik asid dibuang bersama air kencing.

Namun begitu, apabila terlalu tinggi kandungan purine dilepaskan di dalam darah (dikenali sebagai hyperuricemia), ia akan menyebabkan berlakunya batu karang atau keradangan pada sendi seperti penyakit gout. Namun begitu, ada juga orang yang tinggi kandungan asid urik dalam tubuh, tetapi tidak mengalami apa- apa simptom penyakit gout.

Pesakit- pesakit gout biasanya akan dinasihatkan supaya mengurangkan paras asid urik di dalam darah dengan pengambilan ubat dan juga dengan mengelakkan makanan yang tinggi purine.

Gula punca penyakit gout

Namun begitu ramai yang tidak tahu, bahawa terdapat satu lagi jenis makanan yang boleh menyebabkan purine dalam tubuh meningkat, dan menyebabkan asid urik juga meningkat. Makanan tersebut ialah makanan yang tinggi FRUKTOSA.

Fruktosa ialah sejenis karbohidrat yang boleh menyebabkan asid urik meningkat. Fruktosa terdapat dalam buah- buahan, ada yang tinggi fruktosa, ada yang sederhana dan rendah jumlahnya. Namun begitu, fruktosa semulajadi dalam buah- buahan ini tidak memudaratkan sehingga menyebabkan asid urik naik terlalu tinggi lalu mencetuskan serangan gout.

Fruktosa yang lebih memudaratkan kepada pesakit gout dan boleh meningkat risiko orang sihat mendapat gout ialah seperti yang terdapat di dalam makanan dan minuman terproses.

Untuk pengetahuan anda, gula putih yang biasa kita makan itu juga adalah terdiri daripada fruktosa, bermakna diet yang mengandungi gula putih yang tinggi boleh menyebabkan kita mendapat penyakit gout.

Selain daripada itu high fructose corn syrup adalah jenis fruktosa tiruan yang sangat tinggi gula, menyebabkan purine terhasil lebih banyak dalam tubuh, dan meningkatkan paras asid urik.

Kita semua tahu, menu harian rakyat Malaysia hari ini amat tinggi dengan makanan terproses dan yang tinggi gula. Masalah pengambilan gula berlebihan telah menyebabkan lebih 3.6 juta rakyat Malaysia menderita akibat penyakit diabetes.

Dan ramai tidak tahu, pesakit gout lebih tinggi risiko mendapat diabetes, dan pesakit diabetes lazimnya akan turut menderita akibat gout. Puncanya ada pada GULA yang berlebihan.

3 langkah menangani masalah gout

Terdapat beberapa langkah yang perlu kita ambil, samada untuk mengelak daripada terkena gout, ataupun jika sudah ada gout, kita masih boleh mengurangkan serangan gout.

1- Kurangkan makanan tinggi gula dan terproses 

Makanan yang tinggi gula dan terproses akan menyebabkan asid urik meningkat dan terkumpul berlebihan di dalam darah. Apabila asid urik ini tidak dapat dibuang melalui air kencing, ia akan mendap di sendi menjadi gout. Pesakit gout wajib menolak jenis makanan dan minuman seperti air soda, jus dalam kotak, biskut, sosej, nugget, mi segera dan lain- lain. Ambil makanan semulajadi yang segar dan disediakan tanpa menggunakan gula yang tinggi.

2- Kurangkan paras asid urik dalam tubuh 

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan paras urik asid dalam tubuh, termasuklah mengambil lebih sayur- sayuran dalam menu harian. Pengambilan air yang mencukupi untuk keperluan tubuh juga sangat membantu mengurangkan paras asid urik sedia ada. Antara sayur yang baik untuk mengurangkan paras asid urik dalam tubuh termasuklah kentang, cendawan, terung, lentils, soya dan sayuran berdauh hijau. Buah- buahan yang dapat mengurangkan paras asid urik pula ialah seperti buah ceri, buah limau dan berries.

3- Kekal aktif dan elak berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko gout dan pesakit gout yang mengalami obesiti akan lebih kerap mendapat serangan. Berat badan yang ideal juga dapat mengurangkan tekanan kepada sendi- sendi yang menyebabkan kesakitan yang lebih apabila gout menyerang.

Cadangan Supplement Untuk Pesakit Gout 

Supplement hanya diambil sekiranya pesakit gout dapat mengawal menu dan diet harian. Tujuan utama pesakit gout bukanlah untuk sembuh 100 peratus, tetapi untuk mengurangkan kekerapan serangan dan mengurangkan kesakitan ketika diserang.

1- Mencegah risiko terkena gout dan serangan gout dengan vitamin C 

1- Dalam beberapa kajian yang dilakukan, pengambilan vitamin C harian bukan saja dapat dapat mengurangkan risiko terkena gout malah dapat mengurangkan serangan yang kerap kepada pesakit gout. Ini kerana vitamin C bertindak mengurangkan paras asid urik di dalam darah. Pesakit gout juga boleh mengambil buah- buahan yang kaya dengan vitamin C seperti buah- buahan citrus.

 

 

2- Mengurangkan keradangan sendi akibat gout dengan minyak ikan dan polifenol

Minyak ikan mengandungi omega-3 yang baik untuk melegakan sakit akibat keradangan pada bahagian sendi yang dihidapi oleh pesakit gout. Pesakit gout biasanya akan mengalami bengkak pada sendi, rasa pijar, tidak selesa, malah akan sukar untuk bergerak seperti biasa. Omega-3 bukan sahaja membantu melegakan keradangan malah ia juga boleh mengawal supaya keradangan tidak berterusan dan merebak.

Resveratrol juga bertindak sebagai anti radang, yang melegakan serangan gout dan dapat menjarakkan serangan daripada berulang dengan kerap. Seperti yang telah dinyatakan di atas, makanan seperti buah berries yang kaya dengan polifenol sangat baik dimakan oleh pesakit gout, bukan saja untuk mengurangkan paras asid urik, tetapi juga bertindak sebagai anti keradangan.

Cadangan supplement Shaklee :

Sustained Release Vita C Plus

Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

Omega Guard

OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

Vivix

Campuran proprietari saintifik termaju kami adalah berasaskan anggur muscadine – salah satu buah-buahan semula jadi paling sukar diperolehi dan paling berkuasa. Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Di Shaklee, kami memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine ini ke dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.

Kesimpulan

1- Pesakit gout yang telah menderita dengan penyakit ini seharusnya memahami bahawa diet harian yang baik dapat mengurangkan serangan yang kerap dan apabila kurang serangan, mereka dapat melakukan aktiviti harian tanpa gangguan.

2- Pesakit gout yang hanya mengelakkan jenis makanan tinggi purine seperti makanan laut dan daging semata- mata tidak dapat menyelesaikan masalah kesihatan ini. Mereka harus bijak meneliti kandungan gula tambahan yang tinggi dan makanan terproses dalam diet harian yang lebih membawa mudarat.

3- Makanan dari sumber tumbuh- tumbuhan memberi lebih banyak manfaat kepada pesakit gout. Di samping dapat mengurangkan keradangan dan serangan, ia juga dapat membantu pesakit kurangkan berat badan yang boleh memberi tekanan kepada sendi, dan menyukarkan pergerakan.

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: