August 1, 2018

Fun Review : Gel Urut Jenama MMG

Minggu lepas, dalam kesibukan nak mengadap minggu closing, tiba- tiba turun ilham nak menyusun atur home office. Isunya sekarang ni, Adeena dah tak bagi saya bekerja di dalam home office. Dia akan minta saya duduk di sofa, depan tv, dan dia akan melekat di sebelah. Clingy teramat budak seorang ni!

Jadi, saya rasa rugi pulak dibiarkan meja kerja tu tak digunakan. Bila tak guna, mula lah macam- macam barang tak berkaitan akan singgah dan menghuni meja tu, lama- lama jadi macam stor.

Jadi saya fikir, nak bawa meja kerja ke ruang tamu, susun di tepi area sofa dan tv. Jadi Adeena boleh tengok tv, dan saya boleh ada berhampiran dengan dia di meja kerja. Tapi sebelum tu, saya kena ubah meja makan dan ubah satu almari berlaci 4 tingkat.

Itu tak termasuk vacuum lantai, lap habuk yang terkumpul di belakang barang- barang tadi. Oh ada lagi, kena ubah beberapa buah kotak masuk dalam stor, dan cari tempat baru untuk set golf dan peralatan badminton suamiku.

Banyak kan kerja tu??

Tapi disebabkan ilham menyusun dah tiba, diteruskan juga. Ubah perabot, tolak meja, vacuum lantai, mop semua celah bedah yang penuh sawang dan macam- macam lagi. Sehari suntuk jugak lah.

Inilah hasilnya letak sebelah sofa (maaf tak dapat tunjuk semua area, sebab bersepah LOL). Jangan tanya kenapa ada 2 jam loceng tu, kami memang mementingkan masa hahaha!

LEGA!!! 

Tapi malam tu hmmm…mendapatlah… Tidur serba tak kena. Berdiri tak selesa, baring tak selesa.

Pinggang dah sengal!

Saya mengadu pada suami pada hari kedua tu, dia pun ingatkan saya “Dah tu tolak angkat almari semua, mana tak sakit!”

Laaaa baru teringat hahaha! Jenuh fikir kenapa lah pinggang ku sengal, lupa kerja keras ubah perabot LOL!

Saya pun mencari Gel Urut MMG yang dihadiahkan oleh sahabat saya. Pada mulanya saya nak sapu minyak favoriti saya, iaitu minyak Afiat. Tapiiiii…saya baru je tukar cadar, tak nak cadar bau minyak urut, macam bilik nenek- nenek jer!

Mujur Gel Urut MMG ni berbau wangi, jadi tak ada isu tempat tidur bau macam orang tua hahaha!

Saya mencuba MMG Massage Gel pada 2 malam berturut- turut dan memang saya suka dengan kesannya. Rasa nyaman je nak tidur, dah tak resah gelisah tak kena gaya. Malam ketiga tu eh, suami pun tumpang sekaki, sapu dekat belakang dia pulak sebelum tidur.

Confirm kami dah jadi pasangan tua ahahaha!

MMG Massage Gel ini diformulasi daripada 100% bahan organik – minyak kayu putih, mentol dengan wangin lavender. Bila disapu ke kulit, ada rasa panas mentol tu tapi taklah pedih. Bau memang sedap lah, fresh aje. Kalau nak sapu dekat budak- budak pun OK sebab dia tak macam minyak panas pedih tu. Tapi mula- mula saya ingat ianya gel jernih macam biasa tu, tapi rupanya ia macam krim warna soft pink macam dalam gambar ni.

Penggunaan yang disarankan (ada tulis di botol) ialah dengan menyapu pada bahagian berkenaan dan urut ikut lawan jam. Bagi saya yang dah mencuba, tak perasan pulak urut ikut lawan jam ke apa, tapi saya rasa pakai sebelum tidur lagi berkesan, berbanding pakai waktu siang dan tengah sibuk ke sana sini. Kalau dah pakai, teruslah berehat, baru ada efek. Saya dah pakai juga waktu siang dan sibuk- sibuk, tak perasan pun ada efek sebab sibuk ahaha!

MMG Massage Gel ni senang meresap dalam kulit dan bila nak cuci, mandi atau berwuduk pun senang hilang. Takde melekit atau berminyak tak tanggal pulak. Oh lagi satu kalau tengok gambar tu kan, it’s palm size aje, jadi senang la nak bawak ke mana- mana, letak dalam handbag atau dalam poket (kalau minyak angin standy dalam poket tu kira tua sangat tu ahaha)

Cuba juga yoga for back pain 

Selain sapu MMG Massage Gel, saya ada satu petua untuk masalah sakit belakang atau sakit pinggang ni.Yang ni memang saya akan buat bila rasa tak selesa – maklum saja saya ni sepanjang hari duduk di meja, menaip menaip menaip. Kalau tak sakit pinggang, mesti tak selesa dekat leher. Bad posture pun sama.

Caranya ialah saya akan buat yoga. Ada beberapa posisi yoga yang baik untuk melegakan sakit belakang, sakit pinggang dan rasa tegang pada bahu dan leher. Cuba tengok gambar- gambar ni. Ataupun boleh pergi ke Youtube dan search “yoga for back pain”. Ikut aje step dalam video dan buat beberapa kali dalam seminggu. Insha Allah mujarab.

 

Sekian sedikit perkongsian saya tentang produk MMG Massage Gel ini. Saya harap dapat bantu anda yang mencari minyak urut yang berkesan DAN WANGI supaya bilik tidur tidak berbau orang tua haha! Untuk mendapatkan Massage Gel MMG, anda boleh hubungi sahabat saya, Puan Min Ghazali di 012-576 7312. Penghantaran seluruh Malaysia.

 

Facebook Comments
Related Posts
No related posts for this content

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: