January 5, 2018

Generasi Muda Lebih Pandai Jaga Kesihatan

Gambar Hiasan : Boat Noodles (IG Vivy Yusof)

Jika anda ikut dengan rapat (dan sedikit obses) dengan Vivy Yusof, mesti anda tahu yang Vivy tidak makan sayur. Ok mungkin maklumat ini tidak lah sepenting pencapaian bisnes Vivy tapi sebagai peminat tegar, saya tahu pola pemakanan Vivy melibatkan :

  • burger McD tak nak sayur
  • keropok ikan
  • Maggi kari
  • home cooked kari tulang
  • boat noodles

Sudah tentulah dia makan banyak lagi benda lain (yang lebih sihat), tapi yang 5 jenis ni paling saya ingat haha! Di saat ramai golongan millennials yang bekerjaya seperti Vivy seronok menayang gambar super healthy food di Instagram, obsesi Vivy terhadap Maggi kari agak mencuit hati dan menghiburkan.

Ada kajian pemasaran dilakukan di US menunjukkan golongan millennial menjadi tumpuan pengeluar produk makanan sihat kerana golongan ini tidak kisah untuk mengeluarkan belanja yang lebih untuk membeli produk yang lebih berkualiti. Dalam kajian tersebut, 41% daripada peserta kajian yang sanggup membayar lebih adalah daripada generasi millenials ini.

Untuk generasi X seperti saya ni, yang lahir di antara tahun 1965 hingga 1979, hanya 26% saja sanggup berbelanja lebih untuk produk yang lebih sihat dan berkualiti. Cis kedekut haha! Tidak ada kajian dilakukan ke atas golongan millenials di Malaysia, tetapi sekiranya golongan berusia 20an ini mengambil berat tentang kesihatan mereka sekarang, ini adalah kelebihan yang akan mereka alami dalam masa 10 tahun lagi, dan sebelum mereka mencecah usia 40.

Pertama, kadar kesuburan yang lebih tinggi.

Pemakanan yang sihat sebelum mula merancang untuk berkeluarga boleh menjadi faktor kepada tahap kesuburan anda dan pasangan. Tabiat makan yang baik akan memastikan berat badan pasangan muda sentiasa unggul, dan ini dapat mengelakkan terjadinya obesiti yang boleh menjadi penghalang kepada proses kehamilan kelak.

Kedua, melambatkan penuaan.

Pemakanan yang sihat bermakna anda sudah berusaha untuk mengurangkan pengambilan gula. Dan ini adalah rahsia awet muda yang ramai orang tidak tahu! Gula yang banyak dalam tubuh menyebabkan kolagen akan merosot dengan pantas. Apabila usia kita mencecah 30 tahun, ketika ini kolagen akan merosot dengan drastik, dan jika kita teruskan mengambil gula dengan banyak, lagi cepatlah kita nampak tua.

Ketiga, elak penyakit kritikal di usia 40an.

Jika golongan millenials menjaga pemakanan mereka sekarang dan kekal berbuat demikian sehingga usia mereka 40an, mereka boleh elak banyak penyakit kritikal seperti tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung dan penyakit buah pinggang. Alangkah beruntungnya mereka jika dapat melakukan pelbagai langkah pencegahan penyakit di usia muda!

Kesimpulan

Saya selalu juga terfikir, mengapa lah saya tak ada kesedaran kesihatan ketika di usia 20an. Memang saya aktif, gemar aktiviti luar dan kerap berjogging ketika itu, tetapi bab pemakanan saya sangat teruk! Saya suka fast food, saya tidak ambil supplement langsung, saya suka lepak minum tarik tengah malam!

Mujurlah sejak bersalin anak pertama, ketika itu sudah pun berusia 31 tahun, saya mula ada kesedaran dan mula memperbaiki gaya pemakanan saya.

Anda pula bagaimana? Masih enjoy makan sebagai generasi millennial atau sudah ada kesedaran sebab tahun ni dah masuk 40 tahun macam saya??

xx
Puteri

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: