October 30, 2016

Guna aplikasi di telefon untuk jadualkan media sosial anda

Sepanjang 3 tahun pertama menguruskan bisnes secara part time, saya telah membaca, membuat kajian dan membuat banyak eksperimen- eksperimen bagi membolehkan saya menguruskan masa dengan lebih baik. Isu utama sudah tentu waktu di rumah dengan keluarga selepas waktu pejabat berakhir. Rutin harian bermula awal pagi sehingga lewat malam, membuatkan saya jadi obses untuk cari pelbagai alternatif bagi memastikan bisnes tetap boleh berjalan seperti biasa.

Dan saya menemui jawapannya dengan aplikasi telefon yang membolehkan saya menjadualkan posting berkaitan bisnes (iklan, promosi, info) pada hujung minggu, dan saya biarkan saya ia secara automatik keluar di Facebook, Twitter dan Instagram saya. Sangat mudah dan beri “peace of mind” terutamanya pada minggu- minggu yang sibuk di rumah atau di pejabat.

Dan kini apabila saya menguruskan bisnes secara sepenuh masa, saya boleh menggunakan kaedah ini apabila saya perlu balik kampung dan ketika tiada akses internet waktu bercuti atau dalam perjalanan ke mana- mana.

buffer-vs-hootsuite

Jika anda juga ingin kemudahan yang saya nyatakan di atas, saya ingin mencadangkan anda mula menggunakan aplikasi yang dikenali sebagai Buffer dan Hootsuite. Saya telahpun menggunakan aplikasi ini dan saya sangat rekomen untuk anda juga mencubanya.

Saya menemui artikel Buffer vs Hootsuite, dan saya ambil 3 poin penting untuk anda yang baru mahu mencuba dua aplikasi ini.

1- Boleh digunakan untuk pelbagai platform media sosial 
Buffer dilancarkan pada 2010, dan pada awalnya hanya boleh jadualkan posting ke laman Twitter sahaja. Kini Buffer sudah boleh digunakan untuk platform Facebook (peribadi, Group dan Fanpage), LinkedInc dan Pinterest.  Hootsuite pula boleh digunakan di lebih banyak platform iaitu Facebook, Twitter, Google,+ page, LinkedInc dan WordPress. Terdapat juga aplikasi tambahan di dalam Buffer yang kita boleh tambah untuk menguruskan posting di Youtube, Instagram, Flikr, Tumblr dan beberapa lagi yang lain.

buffer-a-smarter-way-to-share-on-social-media-2016-10-30-06-39-26 hootsuite-social-media-management-for-teams-using-twitter-facebook-linkedin-2016-10-30-06-41-47

Namun begitu, berapa banyak platform adalah tidak penting apabila anda mahu memilih antara Buffer ataupun Hootsuite, kerana kita tidak guna kesemua media sosial ini. Yang penting perlu anda fikir dan rancang ialah samada ia mudah untuk platform yang anda guna sekarang ini, dan apakah ia akan mudah juga di masa akan datang sekiranya anda ingin menambah platfrom media sosial yang baru.

2- Boleh jadualkan posting terus ke platform media sosial pilihan anda
Seperti yang saya nyatakan di atas, kelebihan aplikasi ini adalah pada penjadualan yang kita boleh susun lebih awal. Contohnya anda mahu buat 5 posting sepanjang hari di Facebook. Anda hanya perlu sediakan bahan samada ada teks atau gambar atau kedua- duanya sekali. Masukkan ke dalam Buffer atau Hootsuite, dan posting- posting akan keluar di Facebook mengikut waktu yang telah anda tetapkan. Malah anda boleh susun 5 posting selama 5 hari atau 7 hari berturut- turut dengan lebih awal. Sangat menjimatkan masa.

hootsuite-2016-10-30-06-42-32

buffer-2016-10-30-06-40-52

Selain daripada itu, anda boleh guna bahan yang sama untuk hantar ke beberapa platform sekaligus pada masa yang sama. Jadi tiada lagi isu tidak update Fanpage atau terlupa update Instagram bisnes anda. Yang lebih menarik, Buffer membolehkan anda buat posting terus ke Facebook, walaupun anda tidak ada akses kepada Facebook ketika itu.

3- Boleh dapat info analisa posting anda
Kedua- dua aplikasi Buffer dan Hootsuite membolehkan anda mendapat analytics berkaitan posting yang anda hantar ke semua media sosial pilihan. Anda boleh tahu samada posting anda mendapat sambutan ataupun tidak terus daripada aplikasi ini. Analytic melalui Buffer boleh dilihat terus melalui telefon anda dalam aplikasi tambahan yang berbeza. Jadi bukan saja anda boleh buat analisa posting terdahulu, anda juga boleh merancang untuk memperbaiki posting yang akan datang, dengan lebih awal dan lebih baik lagi.

———————-

hootsuite-2016-10-30-06-42-53

Hootsuite membenarkan anda jawab komen, sangat mudah!

Secara peribadi, saya tidak boleh memberikan pendapat yang mana satu lebih mudah atau yang mana satu lebih bagus untuk anda gunakan. Cuma saya boleh katakan yang anda perlu cuba dahulu dan kemudian barulah pilih yang mana satu. Atau guna saja kedua- duanya bergilir- gilir.Untuk permulaan, dan untuk bisnes sampingan kecil- kecilan, install saja Buffer dan Hootsuite versi percuma. Tidak perlu fikir tentang bajet pun. Kini anda sudah boleh buat kerja bisnes sampingan dengan lebih efektif dan menjimatkan masa. Tidak perlu risau lagi.

Selamat mencuba!

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 261 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge