February 21, 2018

5 Tips Mudah Sambil Guna Produk Shaklee, Dapat Pula Wang Tunai

Perasan tak kita orang perempuan memang selalu excited bila kita jumpa satu barang, atau servis yang memenuhi kehendak, selera dan keperluan kita?

Memang tak sabar- sabar nak cerita pula dengan kawan- kawan, saudara mara, jiran tetangga, atau paling tidak pun terus post di Facebook. Tengok sajalah di FB dan Instagram, kita tengok kawan- kawan rekomen itu ini kan, mana yang bagus, yang kita rasa mesti kawan- kawan suka, mesti kita nak cerita.

Saya teringat masa saya kembali bekerja selepas 2 bulan cuti bersalin. Rakan- rakan sepejabat kerumun saya nak tau apa cerita bersalin, apa cerita berpantang, dan macam- macam lagi mereka nak tau.

Maklum saja lah, tengok la rupa saya masa hamil dan beza selepas bercuti dan kembali ke pejabat. Sampai tak kenal!

Jadi, bila orang dah excited bertanya, kita mesti dua kali excited bercerita, betul tak?

Itulah kali pertama saya berkongsi cerita produk yang saya ambil iaitu produk Shaklee. Dan ketika itulah kali pertama saya bantu 2 orang rakan sepejabat beli produk Shaklee melalui upline saya, Azlin.

Dan siapa sangka, dalam setahun tu, saya rekomen macam- macam lagi produk Shaklee kepada kawan- kawan dan keluarga, sambil enjoy income beberapa ratus ringgit, sambil- sambil aje.

Jadi, kalau anda juga seperti saya, yang dah seronok jadi pengguna produk Shaklee, dan suka rekomen produk ini kepada kawan- kawan , saya nak kongsi 5 cara ini supaya sambil anda rekomen, sambil anda buat duit, amacam suka tak?

Pertama, rekomen produk yang kita guna saja.

Betul sangat ni (eh setuju dengan pendapat sendiri pulak). Ini cara paling mudah dan ikhlas sebab kita hanya perlu cerita pengalaman kita dengan produk tersebut saja. Dulu saya hanya cerita tentang set berpantang dan penyusuan sahaja dengan kenalan dan adik beradik. Sebab itu saja yang saya guna dan itu saja yang benar- benar beri kesan positif kepada saya.

I was raving about the whole set to everyone I met! Macam tu sekali punya semangat sebab saya memang nak orang rasa effect macam saya rasa. Rugi tau simpan sorang- sorang. Lagi ramai orang tau apa yang kita guna, lagi mudah kita nak rekomen, lagi banyak order kita boleh kumpul.

Tengok lah email ni, sampai kawan kepada kawan pun email saya nak tau tentang set penyusuan Shaklee.

Oh lagi satu yang penting di sini, pastikan kita tak tukar- tukar produk, supaya memang sah perubahan positif tu datangnya daripada jenama Shaklee saja ok 😉

Pssst: Setiap satu set lengkap post natal Shaklee tu kita boleh buat untung runcit lebih kurang RM150. Kalau kita boleh rekomen dan jual kepada 3 orang kawan, syarikat akan bayar lagi bonus jualan dalam RM70. Jadi RM150 x 3 set = RM450 + Rm70 = RM520. Best kan? 

Kedua, jangan cerita kalau orang tak tanya.

Eh, macam mana nak rekomen kalau tak cerita?

Aha ini lah kelebihan produk Shaklee. Apabila kita guna dengan konsisten, dan guna set lengkap, Insha Allah, bukan kita je nampak kesan, dengan orang lain sekali akan nampak kesannya.

Selepas habis cuti bersalin, saya datang ke pejabat, berselisih dengan rakan sekerja, dia boleh tak kenal saya! Nak effect macam mana lagi kan?

Jadi naturally, kawan pun tanya, YOU MAKAN APA JADI MACAM NI??? Refer gambar di atas hahaha!

Masa ni lah kita cerita, satu per satu, sebab orang dah tanya. Saya suka cara ni sebab kita tak perlu kompang berlebihan pun, Shaklee effect pada diri kita dah cukup kuat untuk buat orang teruja dan tak sabar nak tau apa rahsianya. Trust me, you don’t need to say much 😉

Pssst : Untuk betul- betul dapat Shaklee effect daripada produk, pastikan anda pilih THE BEST COMBINATION of supplements. Kalau set lengkap post natal ada 6 jenis, ambil kesemua sekali. Dan mesti disiplin makan hari- hari di samping jaga keseimbangan di antara diet sihat, dan keep active. Oh lagi satu, pastikan anda dapat konsultasi terbaik daripada upline atau dari nutritionist ya, jangan main redah aje 😉 

Ketiga, ajak keluarga turut serta.

Kebiasaannya yang saya kenal dan jumpa, apabila seseorang itu berpuas hati dengan produk Shaklee, mesti dia nak suami dan anak- anak, atau ibubapa turut mencuba. Yang ini memang best sebab, lebih ramai dapat kesan positif, lebih mudah kita bantu orang lain pula.

Saya teringat waktu saya dah guna produk Shaklee dekat 2 tahun, saya mula beri anak- anak pula. Produk yang saya cuba untuk anak- anak ialah Omega Guard, kerana saya perlukan minyak ikan terbaik untuk kulit mereka (kedua- dua ada sedikit masalah eczema).

Jadi apabila eczema anak- anak semakin OK, dan kulit mereka semakin lembab dan sihat, saya yakin untuk rekomen pula kepada kawan- kawan yang ada masalah yang sama. Ini semua berlaku secara naturally, berkongsi kebaikan produk yang berkesan untuk kita dan keluarga.

Pssst : Kalau nak tau, pembelian peribadi untuk keluarga pun boleh terima bonus jualan tau daripada syarikat. Setiap bulan keluarga saya akan sediakan dalam RM500- RM600 untuk keperluan supplement kami anak beranak. Dari sini pun bonus jualan dikira dan syarikat akan bayar bonus ini setiap 14hb. 

Keempat, guna media sosial untuk sebarkan lagi kebaikan produk.

Ok jangan lah panik pulak, saya bukan nak suruh anda hardsell di Facebook sampai kawan- kawan pun menyampah. Sebagai pengguna, kita tak perlu nak iklan siang malam pagi petang. Cukuplah sekali sehari bercerita atau berkongsi gambar harian bersama produk Shaklee.

Paling saya suka dulu, ketika saya giat mengepam susu badan, saya mesti akan update di FB tentang breastfeeding journey saya. Saya berniat nak pujuk ibu- ibu lain turut breastfeeding dengan saya, supaya ada geng! Sambil cerita hal penyusuan, sambil saya kongsi produk yang saya guna. Inilah gambar- gambar yang sering menghiasai Facebook saya satu ketika dahulu haha!

Saya fikir, apa nak hairan, sedangkan jenama pam, jenis botol susu, dan macam- macam lagi pun saya kongsi cerita di FB, kenapa tidak saya kongsi cerita supplement Shaklee yang memang berkesan untuk tambah susu badan. Cerita pam Medela pun saya tulis, takde pun dapat bayaran, tapi sebabkan saya seronok berkongsi, ia tidaklah menjadi beban pun!

Pssst : Kongsi benda baik ikhlas dari hati, Insha Allah orang akan hargai, don’t worry 😉 

Kelima, ikhlaskan hati berkongsi, niat bantu orang lain pula.

Sebagai pengguna yang memang suka kongsi kebaikan produk Shaklee, kita tidak tertekan nak capai target jualan dan sebagainya. Kita cuma seronok dan ikhlas nak kongsi cerita. Kita pun tau yang ramai lagi orang di luar sana yang mencari- cari solusi kepada pelbagai masalah kesihatan, jadi tidak salah kita kongsi maklumat berdasarkan pengalaman kita sendiri.

Kita bukan nak memandai- mandai atau overclaim pun, sebab tu saya tulis di atas, hanya kongsi info produk yang kita guna saja. Saya masih ingat pada tahun pertama saya guna produk Shaklee, saya hanya cerita hal penyusuan dan bagaimana supplement bantu saya hasilkan susu badan yang cukup. Itu saja. Tak pernah pula saya cerita hal produk Shaklee yang lain, selagi saya sendiri belum mencuba.

Pssst : Saya pegang pada prinsip, buat sesuatu yang beri kita kegembiraan. Kalau kita gembira, excited, money will come, money will follow. Saya gembira cerita dengan orang lain tentang Shaklee effect, tak pernah rasa tertekan atau terpaksa. Eventually orang akan yakin dengan kita dan mula order dengan kita. Macam tu baru seronok jadi pengguna, betul tak?

Kesimpulan

Dulu selama 6 bulan pertama saya guna produk, tak fikir pun nak dapat income tambahan. Saya ingatkan kena betul- betul bisnes baru boleh dapat bonus tunai dengan Shaklee. Rupa- rupanya jadi pengguna pun boleh, dan bila kita kongsi lagi cerita Shaklee dengan orang lain, wah ada lagi peluang dapat bonus tunai.

Shaklee memang menghargai penggunanya yang teruja nak berkongsi dengan lebih ramai orang, dan yang ikhlas nak beri solusi kepada masalah orang lain. Bak kata Dr. Shaklee sendiri, “The more you share with others, the more valuable your shares will become”.

Saya harap 5 tips ini dapat beri idea kepada anda yang dah lama guna produk Shaklee, yang dah yakin dan sayang dengan produk ini, kini dah sampai masanya anda juga mendapat ganjaran bonus daripada Shaklee 😉

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: