February 15, 2018

Hargai Kewanitaan Anda Di Usia 40-an Dengan GLA Complex

Apabila berbual dengan pengguna senior produk Shaklee, pasti nama GLA Complex akan disebut. Ini sesuatu yang menarik pandangan saya kerana kebanyakan yang saya kenal dan mula amalkan produk Shaklee sejak 5-6 tahun lepas seperti saya, tidak begitu ambil tahu tentang GLA Complex.

Saya sebenarnya pernah mengambil GLA Complex ini, mungkin dalam tahun 2012 atau 2013. Itupun selama 2-3 bulan sahaja untuk masalah jerawat. Apabila jerawat semakin pulih, saya pun berhenti mengambil GLA Complex.

Oleh kerana GLA Complex banyak dikaitkan dengan masalah simptom PMS dan kesuburan wanita, saya tidak begitu mengambil peduli memandangkan saya tidak ada masalah- masalah ini. Kitaran haid saya teratur sejak saya baligh, dan saya tidak ada masalah untuk hamil.

Rupa- rupanya selama saya tidak meneruskan pengambilan GLA Complex, saya dah rugi tak buat persiapan awal menjelang fasa pre menopos. Sedar tak sedar, saya dah pun memasuki usia 40 tahun, dan kini apabila saya gali pula maklumat tentang wanita di usia 40-an, barulah tersedar yang saya tidak menyediakan tubuh dengan khasiat GLA bagi mengharungi fasa ini.

Apa itu GLA?

GLA atau gamma linolenik asid diperolehi daripada pelbagai jenis tumbuhan seperti evening primrose oil, blackcurrant seeds oil, borage oil, and hemp seed oil. Evening Primrose Oil (EPO) sangat terkenal kerana kali pertama GLA diambil daripada sumber tumbuhan adalah daripada EPO ini. GLA juga boleh diperoleh daripada spirulina.

GLA dipercayai turun temurun membantu meningkatkan kesihatan wanita dari segi keseimbangan hormon dan mengurangkan simptom- simptom PMS dan menopos.

Kalau saya perhatikan pengalaman saya sendiri, simptom PMS bukanlah masalah utama, tetapi sekurang- kurangnya saya mesti akan alami sedikit sakit kepala, kembung perut dan juga moody. Walaupun tak lama, 1-2 hari sahaja, tetapi kalau boleh tidak ada langsung, lagi lah seronok.

Tetapi apabila saya membaca lebih tentang simptom menopos dan kesan perubahan hormon pada tubuh wanita, saya menjadi sedikit bimbang, dan saya mahu cari jalan penyelesaian.

Sedikit sebanyak memang lah terfikir juga, apa pula pengalaman saya nanti ketika menghampiri usia menopos. Kalau boleh tidak lah mahu melalui pengalaman yang terlalu teruk, dan kalau boleh dikawal dan dicegah yang teruk- teruk sangat tu, elok lah saya mulakan sekarang, dan salah satunya dengan mula mengamalkan GLA Complex.

Kebetulan pula minggu lepas kawan saya berkongsi cerita, pengalaman pengguna GLA Complex yang sudah senior, usia hampir 60 tahun yang hmmmm masih sexually active dan masih belum menopos sepenuhnya.

Nah, sekarang ni risau dengan simptom menopos, dan pada masa yang sama, teruja pulak dengan cerita senior ni LOL! Jadi hari ini terus saya ke branch Shaklee di Seri Rampai dan  mendapatkan sebotol GLA Complex, punyalah pantas!

Jika anda mahukan keselesaan dan kesejahteraan menyeluruh sepanjang kitaran haid bulanan anda, GLA (Asid Linolenik Gamma) adalah jawapan yang anda cari. GLA adalah asid lemak penting Omega-6 yang digunakan oleh tubuh anda untuk menghasilkan prostaglandin – bahan yang membantu mengawal-atur pelbagai proses tubuh. Malah, ia amat bermanfaat untuk setiap wanita di semua peringkat umur.*

GLA Complex Shaklee diperolehi daripada minyak borage, yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%), tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.

Diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit.

Jadi, kalau anda pun ada similar concerns macam saya atau yang dalam senarai di atas, anda pun boleh mula amalkan GLA Complex ini. Setiap botol mengandungi 60 kapsul, dimakan 2 biji setiap hari, dan berharga RM91.25 sahaja.

*Penting : Produk yang dinyatakan di dalam artikel ini adalah sejenis supplement dan penggunaannya bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuh penyakit. Pengambilan apa jua supplement oleh pesakit kronik perlu mendapat nasihat pakar perubatan. Untuk konsultasi lanjut tentang produk, hubungi saya di 016- 344 7727. 

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: