October 3, 2018

Ini Sumber Kalsium Anda, Tanpa Perlu Minum Susu Lembu

Sejak zaman berzaman, kita disogokkan dengan maklumat kesihatan yang mengaitkan kesihatan tulang dengan kalsium di dalam produk tenusu seperti susu lembu. Susu lembu dipasarkan dalam pelbagai bentuk, samada susu segar, susu UHT, susu tepung atau susu formula, membawa mesej utama iaitu KALSIUM UNTUK TULANG KUAT DAN SIHAT.

Iklan- iklan memaparkan pelbagai mesej yang memberi keutamaan kepada susu lembu sebagai sumber kalsium penting setiap hari. Sasaran iklan- iklan susu lembu bukan saja kepada kanak- kanak, tetapi juga kepada golongan wanita dan warga emas.

Kebiasaannya mesej yang dibawa bersama- sama iklan termasuklah:

  • Kebimbangan ibubapa sekiranya anak tidak mendapat bekalan kalsium harian mencukupi,
  • Kebimbangan golongan wanita tidak dapat hidup cergas kerana kurang kalsium,
  • Kebimbangan golongan warga emas mengalami sakit tulang dan sukar untuk melakukan aktiviti

Lihat saja contoh- contoh iklan di bawah ini, kesemuanya mendorong kita untuk bersetuju bahawa susu amat penting untuk kesihatan tulang di semua peringkat usia.

 

Susu Punca Penyakit?

Dr. Mark Hyman menulis,

“Kita tidak ada keperluan secara biologinya untuk makan sumber tenusu, tetapi kita disogok hari demi hari bahawa sumber tenusu amat diperlukan untuk tulang yang sihat, dan kita mesti minum susu setiap hari. Saya ingin menegaskan kepada anda, bahawa ini adalah tidak benar”.

Menurut Dr. Hyman, hampir 75% daripada populasi dunia secara genetiknya tidak dapat menghadam susu lembu atau produk tenusu dengan baik, satu masalah yang dikenali sebagai “lactose intolerant”. Simptom yang dikaitkan dengan “lactose intolerant” ini disebabkan oleh ketidakupayaan sistem penghadaman kita menghadam protein dalam susu yang dikenali sebagai “casein”.

Dan “casein” ini menjadi punca keradangan dalam tubuh yang membawa kepada masalah kesihatan seperti eczema, jangkitan dalam telinga, sinus dan hidung tersumbat.

Bagaimana Mahu Dapat Sumber Kalsium Jika Tidak Minum Susu?

Oleh kerana kita telah dididik sejak kecil, bahawa susu adalah sumber kalsium, ramai orang jadi curiga apabila dicadangkan untuk buang susu dalam diet harian. Mereka risau jika tanpa susu, mereka tidak dapat kalsium yang cukup dan risau tumbesaran anak- anak terutamanya tidak memuaskan.

Sebenarnya kita boleh mendapat bekalan kalsium daripada pelbagai sumber yang lain, dan ia amat mudah oleh diperolehi setiap hari.

Sumber Sayuran

Terdapat banyak jenis sayuran yang mengandungi kalsium di dalamnya. Sayuran berdaun hijau terutamanya ada kalsium yang lebih tinggi berbanding sayuran berwarna yang lain. Berikut adalah contoh sayuran yang kaya dengan kalsium seperti brokoli, bayam, kale dan bak choy.

Sumber Buah

Kita juga boleh mendapatkan sumber kalsium daripada buah- buahan. Cuma perlu diingatkan ambil buah yang segar dan bukan yang dikeringkan, bagi mengelak kandungan gula tambahan. Antara buah- buahan yang kaya dengan kalsium termasuklah oren, kiwi, blackberries dan betik.

Sumber Kekacang

Sumber kekacang memberikan kita pilihan yang lebih banyak lagi untuk mendapatkan kalsium untuk tubuh. Ternyata kalsium bukanlah semata- mata boleh didapati daripada susu lembu, betul kan? Antara kekacang yang mudah diperoleh untuk sumber kalsium ialah kacang tanah, kacang soya, badam dan flax seeds.

Sumber Supplement

Bagi mereka yang mahu mendapatkan sumber kalsium yang lebih tepat jumlahnya setiap hari, mungkin lebih mudah dengan pengambilan supplement kalsium. Perlu diingat, pengambilan supplement kalsium perlu disokong dengan pengambilan vitamin D yang mencukupi bagi memastikan kalsium yang diambil dapat diserap elok ke dalam tulang.

Jika kita lihat senarai ini, kita boleh tahu yang untuk dapatkan kalsium dalam makanan, kita tidak perlu bergantung kepada sumber tenusu seperti susu lembu. Kenapa kita hadkan pilihan kita sedangkan alam menyediakan lebih banyak daripada itu?

Saya mahu dengar pendapat anda, tinggalkan komen ya 😉

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: