Isu modal untuk mula bisnes part- time

Pesan orang- orang yang lebih berpengalaman, nak keluar modal berniaga, jangan sampai terbakar tangan. Jangan sekali- kali pinjam duit bank, apatah lagi pinjam duit kawan- kawan dan saudara mara. Yang penting, biar duit sendiri, dan biarlah jumlahnya kecil.

Tetapi, modal rendah tu juga subjektif. Berapa rendah yang dikatakan rendah? Bawah 5 ribu ringgit? Bawah 1 ribu ringgit? Bawah 1 ratus ringgit?

Jika anda tanya saya, saya tidak ada jumlah yang tetap untuk saya katakan ya, ini jumlah yang wajar untuk mulakan bisnes part time. Keperluan bisnes yang kita nak ceburi itu berbeza- beza. Oleh kerana kita yang perlu buat keputusan, maka kita lah perlu buat banyak kajian dan bertanya kepada yang lebih arif.

Bagi saya, kalau RM100 pun belum ada untuk mulakan bisnes, bermakna, memang anda perlukan bisnes part time. Kalau RM100 pun berpeluh nak korek untuk buat modal, memang urgent sangat lah tu perlukan duit. Jadi, bergeraklah, carilah jalan untuk ada modal.

Dan kalau anda rajin dan buat sedikit kajian, ada banyak peluang bisnes yang boleh terus mula TANPA MODAL. Saya sendiri mulakan bisnes tanpa modal, malah secara tak sengaja. Nah, lepas dah buat kajian, rupanya guna air liur saja. Rekomen orang untuk guna dan beli produk adalah cara terpantas untuk start bisnes part time secara kecil kecilan. Dan jika lebih proaktif, ada juga peluang untuk bukan saja mula bisnes, malah dapat pula produk percuma. Itu kena carilah jalannya dulu. Tak ada benda senang di dunia ni kan?

 

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 281 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge