January 30, 2018

Jawab 4 Soalan Ini Sebelum Wanita Ambil Supplement

Dalam kesibukan seharian menguruskan rumahtangga, suami dan anak- anak, kerjaya dan kehidupan sosial, seringkali wanita terlupa atau tidak dapat mencuri masa untuk memanjakan dirinya sendiri.

Di usia pertengahan 30-an sehingga awal 40-an, kebanyakan wanita moden hari ini berada di peringkat usia paling sibuk dari pagi hingga ke malam. Ketika inilah baru mula berkira- kira mahu mengambil langkah untuk memulihkan tenaga, untuk nampak lebih muda, malah juga mahu lebih sihat dan ceria, tidak mahulah tua sebelum usia, betul tak?

Tetapi sebelum anda buat keputusan untuk memulakan gaya hidup ber-supplement, apa kata tanya 4 soalan- soalan berikut kepada diri sendiri terlebih dahulu:

1- ADAKAH MAKANAN SAYA PADAT NUTRISI?

Adakah kita mengambil makanan yang sihat? Adakah makanan yang kita ambil setiap hari itu seimbang?

Makanan sihat secara mudah boleh ditakrif dengan ringkas sebagai makanan yang dimasak/ dimakan segar, tidak terproses, tidak tinggi gula.

Makanan seimbang perlu mengandungi karbohidrat, protein, serat, vitamin dan mineral. Dan jangan lupa seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, guna panduan pinggan sihat –  Suku-Suku Separuh.

Perlu kita ketahui bahawa isu pemakanan hari ini bukan hanya terletak pada kiraan kalori semata- mata tetapi pada KEPADATAN NUTRISI sesuatu makanan. Lihat contoh di dalam gambar di bawah ini. Kalori semata- mata tidak menentukan nutrisi di dalam satu makanan itu lengkap dan beri manfaat kepada tubuh.

Inilah sebenarnya yang sukar kita capai dalam diet harian sebagai seorang wanita.

 

2- ADAKAH ASAL USUL MAKANAN SAYA BERSIH ATAU TERCEMAR?

Adakah makanan yang kita ambil itu boleh beri zat atau tubuh perlu menapis toksin dan bahan tercemar yang turun  serta di dalam makanan tersebut?

Pengeluaran hasil makanan hari ini sangat banyak menggunakan baja dan racun perosak, bagi menghasilkan tanaman yang lebih banyak. Racun digunakan untuk membunuh serangga perosak pada buah, baja digunakan untuk memastikan sayur tumbuh segar, dan tidak termasuk lagi binatang ternakan yang diberi suntikan hormon untuk cepat membesar.

 

Mungkin kita boleh ambil alternatif untuk makan hanya hasil organik sahaja, tetapi sejauhmana kita boleh melakukannya disebabkan oleh harga yang mahal, dan juga tidak mungkin sepanjang masa kita boleh memperoleh makanan yang organik sahaja.

3- ADAKAH SAYA TERDEDAH DENGAN PENCEMARAN SETIAP HARI?

Setiap hari tubuh kita diserang dengan pencemaran, samada kita sedar atau tidak. Duduk di dalam rumah 24 jam pun pencemaran tidak pernah meninggalkan kita. Antara pencemaran paling mudah ialah radiasi daripada telefon kita sendiri! Apabila keluar rumah, pastinya pencemaran udara akan menanti.

Kita dikelilingi pula dengan perokok, baik di kalangan keluarga, mahupun orang luar. Bahan- bahan pencuci dan kosmetik, boleh menyumbang kepada pencemaran sedia ada.

Pencemaran- pencemaran ini menyerang tubuh kita tanpa henti, mengubah tahap kesihatan kita perlahan- lahan dari dalam, sedikit demi sedikit.

4- ADAKAH SAYA SERING STRESS, TIDAK CUKUP REHAT DAN TIDAK SEMPAT MAKAN?

Kehidupan wanita moden tidak lagi mudah. Kita menggalas pelbagai tanggungjawab, sebagai isteri, sebagai pekerja, sebagai anak dan sebagai ibu. Kesemuanya menuntut komitmen yang tinggi dan akhirnya diri sendiri lah yang paling akhir diberi perhatian.

Seorang ibu bekerja, tidak dapat nak rehat lama jika berada di rumah. Di pejabat pula perlu menangani tekanan harian. Keadaan- keadaan begini seringkali memaksa wanita makan apa yang sempat sahaja tanpa memikirkan nutsisi yang terkandung dan impak kesihatan yang akan dibebani kelak.

 

PEMAKANAN, STRESS DAN PENCEMARAN, BERI KESAN NEGATIF KEPADA DIRI WANITA

Kombinasi daripada pemakanan tidak seimbang, stress dalaman dan pencemaran ternyata memberi kesan negatif kepada tubuh kita sebagai wanita. Apatah lagi wanita perlu mengharungi pelbagai fasa kehidupan, bermula akil baligh, kehamilan, bersalin dan menopos, tubuh wanita berisiko untuk rosak dengan mudah sekiranya tidak diberi perlindungan dan sokongan yang sewajarnya.

Antara kesan negatif yang dihadapi oleh tubuh wanita termasuklah:

  • masalah obesiti,
  • kecelaruan hormon dan
  • risiko penyakit gayahidup seperti kanser, sakit jantung dan kencing manis.

Rakyat Malaysia telah terbukti dalam kajian sebagai rakyat paling gemuk di Asia Tenggara. Kajian perubatan British, The Lancet pada tahun 2013 mendapati Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Pada 2016, dilaporkan seramai 422 juta (8.5 peratus) daripada penduduk dunia yang berumur lebih 18 tahun ke atas adalah penghidap kencing manis, yang mana daripada jumlah ini, 199 juta adalah wanita.

Menurut Malaysia National Cancer Registry Report (MNCR) jumlah keseluruhan kes yang direkodkan bermula dari tahun 2007 hingga 2011 adalah 103,507 kes, dan dari jumlah tersebut 46,794 kes adalah lelaki dan selebihnya (56,713 kes) adalah wanita dan di Malaysia, kanser payudara merupakan penyebab tertinggi kematian di kalangan wanita.

MARI KITA LIHAT CONTOH PALING MUDAH – KEPERLUAN NUTRISI SEL TERBESAR DALAM TUBUH WANITA

Kalau anda belum tahu, OVUM kita lah sel terbesar dalam tubuh manusia.

(Dan pssst…sperma pula sel terkecil dalam tubuh manusia!)

Untuk  memudahkan kita faham, bagaimana supplement bantu tubuh wanita, kita gunakan sel ovum sebagai contoh yang mudah difahami.

Sebiji ovum memerlukan :

  • Protein bagi membina blok sel telur dan hormon yang sihat
  • Asid lemak omega-3 diperlukan untuk menyokong kematangan telur
  • Vitamin C dan polifenol diperlukan untuk perlindungan antioksida
  • Coenzyme Q10 diperlukan untuk tenaga supaya ovum lebih berkualiti dan dapat membahagi dengan sempurna
  • Asid gamma linolenic diperlukan untuk menggalakkan proses ovulasi sihat

Dan ini hanya untuk sel ovum sahaja, bayangkan apa lagi tubuh perlukan untuk hasilkan sel- sel tubuh badan lain yang sihat dan sempurna!

APA PULA KEPERLUAN ORGAN TERBESAR PADA TUBUH WANITA?

Sebelum itu, tahukan anda KULIT adalah organ terbesar pada tubuh kita? Mari kita lihat apa yang kulit perlukan untuk kekal sihat dan cantik.

  • Protein diperlukan untuk menghasilkan sel baru dan membaiki sel sedia ada
  • Asid gamma linolenik diperlukan untuk mengekalkan kelembapan kulit, mengurangkan keradangan, elak kulit kering dan gatal
  • Kolagen diperlukan untuk kulit kekal tegang dan anjal, meningkatkan fleksibiliti kulit
  • Coenzyme Q10 memberi tenaga untuk sel membaiki dan penghasilan sel kulit
  • Vitamin C melindungi kulit daripada sinar uv yang menyebabkan kulit gelap dan berjeragat

 

BAGAIMANA MEMILIH SUPPLEMENT YANG TERBAIK?

Ini list mudah yang boleh digunakan untuk memilih supplement terbaik untuk tubuh kita sebagai wanita:

1- Produk supplement diformulasi berasaskan sains.

2- Dibuktikan keselamatan dan keberkesanan

3- Mempunyai reputasi unggul dan sejarah kualiti yang dibanggakan

4- Mempunyai pasukan R&D sendiri dengan pelaburan wang, tenaga kerja dan peralatan terkini

5- Mesra alam dan beretika dalam kajian dan penghasilan produk

KESIMPULAN

Diharapkan maklumat dan perkongsian ini dapat membantu anda membuat keputusan untuk keperluan diri anda sendiri. Tidak ada yang lebih membahagiakan satu keluarga selain daripada mempunyai ibu, isteri, anak yang sihat, cergas dan mampu membahagiakan dan menyumbang untuk orang lain juga.

Dah buat keputusan dan mahu mulakan rejim supplement anda? Hubungi saya untuk konsultasi percuma.

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: