Jimat Kalori Dengan No Sugar Challenge

Kebiasaannya apabila kita mendapat tips tentang diet, kita sering diingatkan dengan pengiraan kalori harian. Secara mudah, apa yang kita perlu kira adalah berdasarkan,

  • Berat badan
  • Tinggi
  • Jantina
  • Aktiviti harian
  • Tentukan kalori yang kita perlukan sehari
  • Tentukan kalori yang kita mesti buang sehari

Apabila kita menyukat “Calorie In vs Calorie Out”, kita boleh mengurangkan berat badan, kerana badan kita hanya mengambil sejumlah kalori yang perlu sahaja setiap hari. Pendekatan ini boleh mengelakkan kita daripada terlebih kalori akibat terlebih makan sehingga menyebabkan kegemukan.

Terdapat 3 perkara yang perlu diambil kira di dalam pendekatan kalori ini.

Pertama, asas metabolisme tubuh – keupayaan tubuh untuk guna kalori bagi mengekalkan fungsi asas tubuh seperti degupan jantung. Pengiraan metabolisme tubuh adalah berdasarkan “basal metabolic rate” ataupun BMR.

Kedua, sistem pencernaan tubuh – keupayaan tubuh untuk guna kalori bagi memboleh ia menghadam makanan. Tahukah anda, sejumlah 10- 15% kalori yang kita makan digunakan untuk membantu tubuh menghadam makanan.

Ketiga, aktiviti fizikal – lebihan kalori yang kita ambil daripada makanan mesti dibakar ketika melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, berjalan, melakukan kerja rumah dan lain- lain lagi.

Apabila jumlah kalori yang kita ambil, dapat dibakar ketika kita melakukan aktiviti- aktiviti di atas, maka berat badan kita akan kekal stabil, tidak berubah.

Defisit Kalori

Berbeza dengan orang yang mahu mengurangkan berat badan, mereka perlu mengira berapakan lebihan kalori yang mereka ambil ketika ini, dan mengurangkan jumlah kalori tersebut. Pendekatan “calorie deficit” ini bermaksud kita hanya makan sejumlah kalori yang kurang daripada apa yang badan perlukan akan membantu kita mengurangkan berat badan.

Makan Sikit, Jimat Kalori

Oleh kerana pendekatan kalori ini adalah yang paling biasa kita lakukan untuk mengurangkan berat badan, jadi cara paling mudah ialah dengan mengurangkan jumlah makanan yang kita ambil, bagi memastikan kita menepati jumlah kalori yang kita perlukan setiap hari.

Setiap makanan akan diwakili dengan sejumlah kalori – anda boleh guna banyak jenis aplikasi di telefon untuk buat kiraan ini, dan anda hanya perlu pilih sahaja jenis dan kuantiti yang tepat setiap kali anda makan!

Jimat Kalori Lebih Mudah Dengan No Sugar Challenge

Sekiranya anda mengikuti coaching No Sugar Challenge bersama saya, anda akan dapati bahawa saya tidak mengambil pendekatan mengira kalori ini – walaupun saya akui ia berkesan untuk mengurangkan berat badan.

Terdapat tiga sebab utama mengapa dengan No Sugar Challenge, anda tidak perlu risau tentang kalori berlebihan.

Pertama, dalam No Sugar Challenge, saya menolak makanan terproses/ ultra proses dalam diet harian. 

Seperti yang kita tahu, kandungan dalam makanan terproses/ ultra proses menggunakan jumlah gula yang tinggi dalam proses pembuatannya. Sekiranya kita menolak makanan terproses, dengan mudah kita akan selamat daripada gula dan pada masa yang sama telah jimat kalori. Tidak perlu lagi membelek aplikasi kira kalori di telefon!

Kedua, dalam No Sugar Challenge, saya menolak makanan yang rendah kandungan zat penting.

Pendekatan zat padu ini sangat penting bagi kita mengawal kemaruk dan ketagih gula, yang menyebabkan kita kembali kepada makanan terproses yang tinggi kalori – saya harap anda nampak kaitan dan kitarannya di situ ya?

Ketiga, dalam No Sugar Challenge, saya tidak mahu terlalu menyekat kuantiti makanan.

Seterusnya jika kita tahu cara menolak makanan terproses dan makanan yang rendah zat, dari sini kita bebas memilih apa yang kita mahu makan dan tidak perlu risau tentang kuantitinya, kerana secara semulajadi makanan yang sihat dan berkualiti akan membuatkan kita kenyang dan puas setiap kali kita makan. Tiada lagi tekanan perasaan kerana terpaksa catu makanan di pinggan!

Mari kita lihat contoh hidangan- hidangan ini.

 

Jika anda lihat dalam contoh hidangan- hidangan di atas, semuanya adalah bebas daripada makanan terproses/ ultra proses, kaya dengan zat dan tidak menyekat kuantiti makanan.

TAPI SAYA TAK SUKA MAKANAN BEGINI!

Aha, inilah isu kebanyakan daripada kita yang mengalami masalah berat badan – mereka tidak suka real food, kerana deria rasa dan otak sudah dikawal oleh pelbagai perasa, perisa dan sudah tentunya DIKAWAL OLEH GULA!

Jika anda mahu enjoy makan seperti makanan di dalam gambar di atas – kenyang dan berzat, apa kata belajar bersama- sama kami dalam coaching No Sugar Challenge dan lihat sendiri bagaimana selera anda berubah, berat badan berkurangan dan anda tidak lagi merungut lapar dan mahu makan junk food sahaja!

Facebook Comments

Please Login to Comment.