April 25, 2018

Kegilaan Makanan Terproses Dan 10 Rahsia Di Sebaliknya

Kempen No Sugar Challenge yang saya jalankan sejak bulan September 2017, sudah pun masuk bulan ke-7, dan semakin hari semakin ramai yang menyertai group FB kami dan setiap minggu lebih kurang 10 orang akan menyertai bimbingan dalam kumpulan bersama- sama saya.

Selepas 15 bimbingan kumpulan dijalankan (lebih 300 orang menyertai), saya menyedari bahawa, kita semakin hari semakin terhimpit dengan longgokan makanan terproses, sehingga kita tidak lagi tahu, yang mana satu kita boleh makan, yang mana satu kita wajib jauhkan.

Beberapa bulan lepas, viral di media sosial tentang Milo apabila Vishen Lakhiani daripada Mindvalley mendedahkan tentang kandungan gula yang tinggi dalam minuman yang dianggap sihat oleh rakyat Malaysia. Ini telah mencetuskan pelbagai pandangan dan tidak kurang juga bantahan daripada peminat- peminat setia Milo.

Pada pendapat saya apabila bercakap tentang makanan terproses, isu gula bukan lagi yang utama. Berikut saya senaraikan isu- isu yang membuatkan makanan terproses – samada low sugar, zero calories, no sugar added akan menjadi beban kepada kesihatan kita di masa hadapan.

Ini yang berlaku dalam makanan terproses sebelum ia sampai di kedai- kedai, kita beli, dan makan bersama keluarga :

1- Ditambah pewarna – supaya oren dalam botol warna lebih oren dari jus oren

2- Diletakkan stabilizer – supaya sos pasta tidak lah cair meleleh

3- Ditambah emulsifier – supaya minyak dan air boleh dicampur bersama

4- Dilunturkan (bleached) – supaya warna makanan lebih jernih, bau lebih sedap

5- Diberi teksture baru – supaya makanan lebih rangup

6- Dilembutkan – supaya makanan seperti aiskrim jadi lebih lembut (berbanding aiskrim Malaysia yang biasa)

7- Dibuat tahan lebih lama (preserve) – supaya makanan boleh diletakkan di rak- rak jualan lebih lama

8- Ditambah pemanis – dda yang tambah gula putih, ada yang tambah pemanis tiruan

9- Disorok bau– Keropok perisa ikan, takde orang nak beli kalau memang bau ikan betul tak?

10- Diberi perasa/perisa – Supaya lebih manis, lebih enak

Di US, 90% makanan isi rumah mereka adalah daripada makanan terproses dan kita dapat melihat trend yang sama berlaku di negara ini. Cuba anda spot check dapur sendiri, tengok berapa peratus barang di dapur dan dalam fridge anda dalam kategori ini.

Facebook Comments
Related Posts
No related posts for this content

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: