April 7, 2017

Kelas “Closing Sale” Cikgu Maisarah Awang

Saya mendapat cadangan Kelas Closing Sale Cikgu Maisarah ketika saya buat survey di Facebook, bertanyakan kelas yang baik untuk ahli group bisnes saya belajar cara closing yang baik.

Seorang rakan mencadangkan Cikgu Maisarah kepada saya dan kebetulan pada 29 Mac Cikgu Maisarah ada menganjurkan satu kelas online Telegram. Saya dengan segera mendaftarkan seramai 15 orang ahli group bisnes untuk menyertai. Dan pada 5 April baru- baru ini saya mendaftarkan lagi 16 orang untuk kelas yang sama.

Cikgu Maisarah berkongsi dengan kami masalah utama yang menyebabkan peniaga online gagal buat closing sale dan seterusnya tidak dapat menjana pendapatan yang tinggi. Secara ringkas kata Cikgu, close sale bermakna ada duit masuk!

Menurut Cikgu, terdapat 6 masalah yang dihadapi oleh peniaga untuk close sale iaitu :

  1. Peniaga tidak tahu cara nak suruh prospek setuju membuat pembelian
  2. Peniaga buntu bila prospek beri alasan
  3. Peniaga tidak tahu cara untuk follow up sehingga boleh close
  4. Prospek tak setuju dengan harga
  5. Prospek terus senyap
  6. Prospek tak tertarik dengan tawaran yang diberi

3 tips asas yang dikongsi oleh Cikgu Maisarah untuk membuat closing dengan baik ialah :

  1. Bertenang dan bersedia- jangan kelam kabut ketika mahu menjawab soalan dari prospek
  2. Pastikan fikiran kita terbuka- jangan terus anggap prospek tidak mahu, prospek tidak mampu beli dan lain- lain
  3. Berserah kepada rezeki Allah dan buat yang terbaik

Di dalam kelas malam itu Cikgu Maisarah berkongsi 6 langkah closing sale yang paling mudah untuk diikuti. Ahli group kami memang terbuka mata dan minda dan lebih bersemangat untuk membuat aktiviti pemasaran dan jualan selepas itu. Malah ada yang terus praktis dan dapat hasil!

Saya menyukai cara penyampaian Cikgu yang tersusun dan jelas. Walaupun hanya dibuat di Telegram, peserta dan Cikgu masih dapat berkomunikasi dengan baik. Penggunaan voice amat membantu pemahaman dan saya fikir Cikgu sudah tentu menyusun nota terlebih dahulu bagi memudahkan proses pembelajaran.

Selain daripada itu tawaran seminggu untuk bertanya di dalam group Telegram juga memudahkan kami untuk terus praktis dan minta pendapat Cikgu secara cepat dan pantas. Dan ini sangat membantu.

Jika anda juga berminat dan mahu belajar dengan Cikgu Maisarah, boleh ikut beliau di Facebook Cikgu Maisarah Awang dan tunggu pengumuman beliau untuk kelas akan datang.

Cikgu Maisarah juga ada menyediakan e-book dan juga kelas face to face pada bulan May nanti. Semoga anda juga beroleh menfaat 🙂

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 281 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge