March 31, 2017

Kelas e-Usahawan tajaan MDEC

Pada 5 Mac yang lalu, saya dan beberapa orang rakan daripada group Flexi- Able Moms telah menghadiri kelas e-Usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh MDEC.

Saya telah mengetahui tentang kelas e-usahawan ini selepas membaca info di website e-Usahawan MDEC dan Alhamdulillah tahun ni saya berpeluang menyertai kelas tersebut bertempat di Tech Mahindra, Cyberjaya.

Kelas kami pada pagi itu dikendalikan oleh Saudara Shamel Salahudin, salah seorang certified trainer eUsahawan tajaan MDEC, berlangsung daripada jam 10 pagi sehingga 5.30 petang. Saudara Shamel mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sales & marketing, dan mempunyai tim sendiri menguruskan perniagaan Trip Jalan Jalan , dan merupakan seorang konsultan kepada beberapa bisnes online yang lain.

Topik- topik yang diajar oleh saudara Shamel dalam kelas e-Usahawan pada hari itu termasuklah :

  • Asas perniagaan
  • Pemasaran Facebook
  • Pemasaran Instagram
  • Canva Poster Design
  • Ayat jualan
  • Kaedah close sale melalui WhatsApp
  • Pemasaran melalui email

Saya tertarik dengan topik pertama iaitu asas perniagaan, kerana walaupun saya sudah lebih 5 tahun berniaga, saya tidak pernah menerima input secara formal daripada trainer tentang perkara- perkara penting yang mesti ada untuk seseorang itu memulakan bisnes.

Ketika saya memulakan bisnes saya, ianya lebih kepada kebetulan, dan saya bermula kecil- kecilan saja sebagai pengedar. Jadi maklumat asas perniagaan yang saya tahu kebanyakannya daripada hasil bacaan serba sedikit sahaja.

Jadi topik asas perniagaan ini sangat membuka mata saya dan saya dapat membandingkan kelebihan dan kekurangan memulakan bisnes dengan mengeluarkan produk sendiri berbanding memulakan perniagaan secara kecil- kecilan sebagai pengedar atau dropship.

Seperti yang saya pernah tulis tentang kelebihan perniagaan dropship, memang jika dibanding dengan memulakan produk sendiri, memang sangat jauh bezanya daripada segi modal, tenaga kerja, teknik pemasaran dan macam- macam lagi. Jadi kelas ini membuka mata dan fikiran saya tentang sisi lain tentang bisnes yang belum saya ketahui.

Saya juga tertarik dengan topik Canva Poster Design, kerana saya sendiri menggunakan Canva sejak tahun lepas bagi menghasilkan poster- poster pemasaran untuk tim bisnes saya. Malah saya ada menghasilkan satu video tutorial buat poster dengan Canva.

Dalam kelas e-usahawan pada hari itu, peserta sangat teruja apabila mengetahui mereka juga boleh menghasilkan poster pemasaran yang cantik tanpa memerlukan modal yang besar dengan mengupah designer. Sangat sesuai untuk usahawan yang baru bermula.

Usai kelas e-Usahawan pada petang itu, saya berasa sangat berpuas hati dengan peluang belajar yang disediakan oleh MDEC dan saya sendiri tidak menyangka sebegini baik konten yang disediakan secara percuma. Saya mengalu- alukan anda semua untuk mengintai peluang dan turut serta dalam program ini.

Terima kasih MDEC!

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 281 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge