April 6, 2015

Kelas Start Up Facebook Ads Marketing

Assalamualaikum semua 🙂

Hujung bulan Mac, saya menghadiri satu lagi kelas berkaitan bisnes iaitu kelas Facebook Marketing. Ramai juga bertanyakan kenapa sekarang baru nak pergi kelas marketing, selepas dah naik rank Master pulak tu.

Sebenarnya saya mahu mengikut perubahan masa. Dulu masa saya mulakan bisnes online, saya hanya bergantung kepada blog, dan kemudian saya tambah dengan konsep “sharing” di Facebook peribadi. Ketika itu dua method ini memang sangat berkesan dan menjadi.

Dua tahun berlalu, online marketing bertambah pesat, dan persaingan bertambah sengit. Saya dapati blog dan sharing biasa di Facebook tidak cukup. Kena tambah lagi dengan Facebook marketing pula. Sebelum saya pilih untuk register kelas, saya dah spent few months membaca dan memerhati bagaimana orang lain melakukannya. Dan saya yakin, ini adalah keperluan yang urgent untuk saya dan group bisnes saya.

Saya boleh buat kesimpulan ringkas daripada kelas ini, dan saya dapat 5 points utama yang saya belajar tentang Facebook Ads Marketing iaitu:

1- Sangat penting dan sesuai untuk mereka yang BARU MULA bisnes secara online. Ibaratnya seperti latihan membuka dan menguruskan kedai anda sendiri.

2- Sangat penting dan kritikal untuk mereka yang SUDAH LAMA ada bisnes secara online. Ibaratnya seperti membuat renovation dan menambah cawangan kedai sedia ada.

3- Sangat penting untuk elak SYOK SENDIRI berbisnes. Maklumlah bisnes online ni tak payah nak keluar rumah pun boleh buat. Jadi bagaimana mahu dapat feedback secara tepat tentang marketing yang dijalankan. Dengan FB Ads Marketing ada kemudahan untuk dapat marketing review. Jadi boleh improve diri sedikit demi sedikit.

4- Sangat penting jika kita nak elak HILANG KAWAN dalam Facebook list kita mula “hide” atau “unfriend” semata- mata sebab kita bisnes. Ini isu besar juga sampai ada yang terasa hati dan sebagainya. Bila dah mula terasa sana sini, bisnes apa pun tak boleh la. Jadi eloklah beralih kepada Facebook Ads marketing ni pula. Memang tak kacau orang.

5- Sangat penting jika anda rasa BISNES ONLINE MERUDUM atau masih di takuk lama. It’s time to reinvent and to innovate!

Pergi kelas tak payah serius sangat, mesti kena fun dan ceria, baru senang serap ilmu tu! 

Jika anda rasa 5 points saya senaraikan itu relevan dengan anda, inilah masanya untuk cari kelas- kelas start up Facebook Ads Marketing 🙂

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 261 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

anissa alis - April 7, 2015 Reply

Saya nak pergi jugakla

Leave a Reply:

CommentLuv badge