February 7, 2018

Berapa Ramai Berani Keluar Rumah Tanpa Mekap?

I was so frustrated last week.

Less than one day from my business conference day, tiba- tiba poof! Beg mekap saya hilang.

My one and only beg mekap pulak tu!

Hari ni dah hari ke-6, beg mekap tersebut masih belum ditemui.

Saya dah selongkar semua tempat (I think!) and nope, I can say it’s officially gone.

Let’s see apa yang dah hilang itu :

1 botol foundation Farmasi (suku je baru guna huwarrrgh)

1 loose powder Bare Minerals, (dah nak habis)

2 lipstick Bobbi Brown, gift from my SIL (criessss)

1 awesome gila berus mekap Bobbi Brown (I had this for 4 years hukkk)

1 lipliner Farmasi (baru sekali je asah cisss)

1 eyeliner Body Shop (well ni macam tak pakai pun but stilllll)

1 lipgloss tak ingat brand apa, hadiah dari kawan

Beberapa ketul brooch – well semua dah buruk tapi berrrrgunaaa!

Jarum peniti dan apa entah lagi.

Sebenarnya tak banyak pun barang, tapi itu saja lah yang ada dan semuanya disayangi dan berkualiti!

Jadi pada hari conference, saya selamba saja lah pergi tanpa mekap. Nak dijadikan cerita, saya tak berapa sihat, tekak sakit dan bibir pulak kering. Memang rasa nak sorok muka dalam baju.

Tapi saya buat tabah saja lah. Dan berdoa supaya bestfriend saya Aishah, datang cepat sikit selamatkan saya dengan barang mekap dia pulak.

Tapi sebelum sempat dia sampai, dah ada kawan yang cantik ni dah bagi pinjam compact powder dan lipstick.

Kebetulan pada hari conference, ada booth untuk produk skin care baru iaitu YOUTH®, jadi saya sempat ambil sedikit moisturizer untuk disapu ke wajah. Nyaman rasanya.

Sebenarnya untuk hari- hari biasa, saya jarang bermekap. Apabila keluar, saya sapu lipgloss  sahaja. Sejak saya buat No Sugar Challenge, kulit saya memang jauh lebih baik berbanding dulu, jadi memang konfiden saja nak keluar bare face.

Tetapi untuk hadir ke event macam conference ni, sudah tentu saya nak lah kelihatan lebih segar dan bergaya betul tak?

Namun begitu, saya tetap lah survive satu hari conference dengan mekap pinjam dari kawan- kawan. Bila tengok gambar, ok lah not that bad haha!

 

Dan jauh di sudut hati, saya tahu tak lama lagi beg mekap tu pasti akan muncul semula.

Amin….

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: