Pengenalan
Organ hati merupakan organ di dalam tubuh yang paling besar. Ia terletak di bahagian atas kanan abdomen, di bawah diaphragm dan di atas bahagian perut. Sebahagian kecil daripada organ hati ini memasuki ruang sebelah kiri abdomen juga. Kita tidak dapat merasai hati daripada luar kerana organ hati kita dilindungi oleh tulang rusuk.
10 Fungsi Organ Hati
Sebenarnya organ hati kita menjalankan lebih 500 fungsi tetapi secara ringkasnya organ hati menjalankan fungsi- fungsi penting yang berikut:
1- Menghasilkan jus hempedu yang bertugas membawa keluar bahan buangan dari tubuh dan memecahkan lemak di dalam lemak di dalam usus kecil ketika proses penghadaman.
2- Menghasilkan sejenis protein untuk plasma darah
3- Menghasilkan kolestrol dan protein khas yang membawa lemak ke seluruh tubuh
4- Menyimpan dan mengeluarkan glucose apabila diperlukan
5- Memproses hemoglobin supaya tubuh dapat mengunakan zat besi di dalamnya (organ hati menyimpan zat besi)Processing of hemoglobin for use of its iron content (the liver stores iron)
6- Menukarkan ammonia berbahaya menjadi urea (bahan akhir dihasilkan oleh tubuh selepas protein dimetabolismekan, dan dibuang melalui air kencing). Conversion of harmful ammonia to urea (urea is one of the end products of protein metabolism that is excreted in the urine)
7- Mencuci darah daripada ubat dan bahan- bahan kimia lain Clearing the blood of drugs and other harmful substances
8- Meregulasi pembekuan darah Regulating blood clotting
9- Melawan serangan kepada sistem imun tubuh, membuang bakteria daripada aliran darah. Resisting infections by producing immune factors and removing bacteria from the bloodstream
10- Membuang bilirubin sekiranya berlebihan (bilirubin menyebabkan kulit dan mata menjadi kuning)
Rujukan : http://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=anatomy-and-function-of-the-liver-90-P03069
Adakah Organ Hati Anda Sihat?
Cara paling mudah untuk mengetahui samada fungsi organ hati kita berjalan dengan baik atau tidak, ialah dengan melakukan ujian darah. Melalui ujian darah, enzyme hati akan diuji seperti di dalam gambar di bawah.
Lakukan Pemeriksaan Hati
Doktor juga akan menyarankan kita melakukan ujian untuk menentukan samada kita mengalami masalah- masalah seperti di bawah :
1- Terkena jangkitan Hepatitis C
2- Memantau sekiranya organ hati terkesan dengan pengambilan ubat tertentu
3- Memantau perkembangan organ hati sekiranya anda sudah dapat penyakit hati
4- Memantau keseriusan penyakit cirrhosis (scarring of liver)
5- Sekiranya anda perlu dipantau akibat ketidaknormalan fungsi hati
Simptom- Simptom Fungsi Hati Tidak Sihat
Walaupun kita belum membuat ujian darah, kita boleh melihat sekiranya kita mengalami simptom- simptom yang menunjukkan fungsi hati kita tidak berjalan dengan baik, seperti :
1- Kerap letih, atau sentiasa berasa letih
2- Lemah dan tidak bertenaga
3- Hilang berat badan
4- Simptom kegagalan buah pinggang seperti sembab pada kaki, mata dan perut
5- Warna air kencing terlalu gelap dan najis terlalu pucat
6- Mual- mual dan muntah
7- Cirit birit dan sakit pada bahagian abdomen
Rujukan : https://www.healthline.com/health/liver-function-tests#symptoms-of-a-liver-disorder
Punca Hati Rosak
Sebenarnya, organ hati kita adalah organ yang sangat lasak. Untuk organ hati rosak, ia mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, seorang penagih alkohol mengambil masa 20 tahun untuk mendapat kerosakan hati yang dipanggil cirrhosis. Namun begitu, ada juga yang mengalami kerosakan hati sejak lahir akibat ketidaknormalan genetik, yang tidak boleh dielakkan. Berikut adalah antara lain, menjadi punca kerosakan organ hati manusia.
1- Penyakit Kronik
2- Pengambilan Ubat Berlebihan
3- Pengambilan Herba Berlebihan
4- Obesiti
5- Pengambilan Alkohol Berlebihan
6- Hepatitis A Dan Hepatitis B
7- Penyalahgunaan Dadah
8- Ketidaknormalan Genetik
Non-Alchoholic Fatty Liver Disease (NAFLD)
Kerosakan organ hati, yang disebabkan oleh Non-Alcoholiv Fatty Liver Disease (NAFLD) merupakan epidemic ketiga di dunia selepas obesiti dan kencing manis. Apabila seseorang itu menghidap NAFLD, hatinya diselaputi oleh lemak yang melebihi paras normal.
Apa yang lebih menakutkan ialah, ramai yang tidak sedar dia sudah menghidapi NAFLD sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang lebih serius.
Fasa kerosakan organ hati akibat NAFLD bermula apabila lemak berlebihan menyelaputi organ, kemudian ia akan mengalami keradangan dan mula berparut sehinggalah sampai ke fasa terakhir apabila hati mengeras dikenali sebagai cirrhosis.
Pada tahap ini organ hati sudah tidak lagi boleh berfungsi dan pesakit akan mengalami banyak masalah untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Namun begitu, sekiranya seseorang itu sudah mengetahui organ hati berlemak, dia masih boleh memperbaiki kesihatan hatinya.
5 Langkah Penjagaan Organ Hati
Hati yang berlemak (fatty liver) boleh menjadi sihat semula. Walaupun hingga ke tahap hati berparut (scarring), pun masih boleh diselamatkan. Ini bukti menunjukkan organ hati kita adalah sangat kuat dan lasak. Namun begitu, kita mestilah mengambil langkah yang proaktif dan drastik dalam mengubah gaya hidup, sekiranya kita mahu organ hati kita kekal sihat, ataupun mahu memulihkan hati yang berlemak, sebelum terlewat.
Langkah 1- Berhenti meracuni hati dengan gula berlebihan
Organ hati kita sentiasa terbeban dengan makanan yang kita ambil, terutamanya makanan tinggi dengan gula tambahan. Lihatlah di sekeliling kita, semua makanan yang biasa kita nikmati telah ditambah dengan gula yang berlebihan daripada had yang dibenarkan.
Semakin banyak gula yang kita makan, semakin banyak lemak terkumpul di organ hati kita. Makanan yang tinggi dengan karbohidrat ringkas seperti pelbagai makanan terproses juga menjadi punca organ hati kita terbeban dengan jumlah gula yang banyak. Belajar lah untuk menikmati “real food” yang mengandungi gula semulajadi seperti di dalam buah dan sayur- sayuran.
Langkah 2- Berhenti makan makanan terproses daripada tepung putih
Tepung putih telah menguasai majoriti makanan terproses yang ada di pasaran, dan ini menjadi punca kepada kemerosotan organ hati manusia di zaman moden. Makanan terproses daripada tepung putih tinggi dengan kanji, tidak ada nutrisi dan inilah yang menyebabkan gula dalam darah meningkat, lantas mengumpul lebih banyak lemak pada organ hati.
Tepung putih telah diproses daripada gandum dengan pelbagai bahan kimia dan dilunturkan warnanya sehingga tiada lagi faedah boleh diberikan kepada tubuh manusia yang memakannya. Malah tepung yang dilunturkan telah dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan termasuklah kanser. Cuba lihat diet anda hari ini, berapa banyak tepung putih telah anda makan?
Langkah 3- Berhenti merosakkan organ hati dengan makanan tinggi fruktosa
Berhati- hati lah memilih makanan terproses di pasaran kerana kebanyakannya telah diproses dengan kandungan fruktosa yang sangat tinggi. Samada minuman soda, ataupun sos tomato, sehinggalah ke biskut dan roti, fruktosa menjadi bahan utama dalam makanan harian kita. Dan inilah yang menjadi punca fungsi hati manusia semakin hari semakin merosot.
Langkah 4- Makan makanan yang kaya dengan nutrisi yang baik untuk organ hati
Apabila kita sudah meninggalkan makanan- makanan yang berbahaya kepada hati seperti gula tambahan dan fruktosa berlebihan, maka kita perlu pula menambah makanan yang kaya dengan nutrisi untuk organ hati kita. Antara nutriti penting kepada fungsi organ hati ialah:
- Lemak sihat omega 3 untuk mengurangkan keradangan pada hati dan mengurangkan lemak yang terkumpul di hati
- Anti oksida untuk memulihkan sel hati yang tidak bertenaga dan melindungi sel hati supaya tidak rosak dengan lebih serius lagi
- Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kale untuk menghalang lemak baru terkumpul di hati
- Buah- buahan dan sayuran untuk mendapatkan serat yang baik bagi mengawal paras glucose dalam darah
Langkah 5- Makan makanan yang baik untuk proses detoks
Untuk memastikan tubuh dapat menyerap nutrisi yang dibekalkan oleh makanan- makanan, tubuh haruslah dalam keadaan yang efisyen sentiasa. Untuk memastikan semua fungsi tubuh dalam keadaan yang efisyen, kita boleh mengamalkan makanan yang baik untuk detoks.
Antaranya ialah :
- Buahan citrus membantu tubuh membuang toksin daripada makanan dan pencemaran persekitaran
- Bawang putih merangsang enzim di dalam hati untuk buang toksin daripada sistem pencernaan
- Teh hijau mengandungi antioksida yang dikenali sebagai catechins, baik untuk memperbaiki fungsi hati
- Tumbuhan hijau seperti bayam, alfalfa dan kale membantu hati menjalankan fungsi detoksnya dengan lebih baik lagi.
Keperluan Nutrisi Untuk Fungsi Hati Yang Lebih Sihat
Supplement yang dicadangkan bagi memastikan fungsi hati dapat bekerja dengan baik demi tubuh yang sihat ialah :
DTX® Complex membekalkan nutrisi untuk menyokong fungsi hati yang sihat menggunakan formulasi herba yang melindungi dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat.
DTX® Complex diformulasi khas dengan ekstrak biji milk thistle, cendawan reishi, schizandra chinensis, dandelion, kunyit dan articok yang melindungi dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat.
Selain supplement DTX® Complex ini yang diformulasikan khas untuk fungsi hati, Shaklee juga menganjurkan beberapa jenis lagi supplement untuk detoks yang membantu fungsi tubuh secara keseluruhan.
Mengapa Perlu Detox?
Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup. Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, amalan detox secara berkala adalah penting untuk kesihatan.
7 Manfaat Detox:
- Menurunkan Berat Badan
- Kolon Lebih Sihat
- Meningkatkan Tenaga
- Mengawal Nafsu Makan
- Kulit Lebih Cantik
- Menguatkan Sistem Imun
- Tidur Lebih Lena
Pengambilan supplement detoks ini akan lebih berkesan dilakukan secara berkala iaitu setiap 1-3 bulan sekali. Pelan pemakanan semasa detoks juga disediakan bagi membantu anda menjalani proses detoks dengan lebih mudah dan berkesan.
Kesimpulan
Hati manusia adalah organ yang paling penting bagi memastikan tubuh detoks setiap hari. Tanpa organ hati yang sihat, tubuh tidak dapat menyingkirkan toksin secara semulajadi dengan efisyen. Organ hati yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan tubuh akan mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti masalah diabetes dan masalah kolesterol.
Terdapat banyak salah faham tentang fungsi hati dan cara penjagaannya. Ramai beranggapan hati perlu dicuci atau di-detoks bagi memastikan ianya sihat. Sedangkan yang paling penting ialah kita mesti membuang terlebih dahulu amalan yang merosakkan hati seperti makanan yang tidak sihat, mengurangkan pencemaran bahan- bahan toksin terlebih dahulu.
Sambil kita menjaga amalan pemakanan dan gaya hidup, kita juga perlu mencari makanan- makanan dan supplement yang baik untuk menyokong proses pemulihan hati supaya menjadi lebih sihat.
Memang benar, hati bantu tubuh detoks dengan semulajadi, tetapi sekiranya hati tidak berfungsi dengan baik, tubuh juga tidak dapat detoks dengan berkesan.
Hubungi Coach Gula untuk bimbingan mingguan.
Sertai Group Facebook Geng No Sugar Challenge untuk pelbagai perkongsian harian.