February 17, 2018

6 Kesilapan Besar Wanita Lakukan Di Usia 40-an

Saya membaca satu artikel di website Today.Com tentang 6 kesilapan besar yang dilakukan oleh wanita apabila memasuki usia 40-an. Saya tidak pasti sejauh mana anda bersetuju dengan penulisan ini, tetapi saya akan kongsikan di sini apa yang diutarakan oleh penulis.

Kesilapan pertama : Tidak mahu amalkan kaedah perancang keluarga

Menurut penulis, walaupun ramai wanita di usia 40-an fikir yang mereka sudah tidak lagi aktif melakukan hubungan seks, ia tidak bermakna mereka tidak boleh hamil sekiranya tidak menggunakan alat perancang keluarga. Penulis menyebut, kehamilan tidak dirancang bukan sahaja masalah kepada remaja, tetapi juga boleh menjadi masalah kepada wanita berusia 40-an.

Kehamilan di usia ini boleh menjadi masalah sekiranya wanita tidak bersedia secara emosi dan minda, atau tidak berada pada tahap kesihatan yang baik. Jadi sebaiknya wanita 40-an berbincang dengan doktor tentang kaedah perancang keluarga yang paling sesuai untuk mengelakkan kehamilan yang tidak terduga.

Oooopss! Tak pernah terfikir pulak tentang isu terlajak hamil di kalangan wanita 40-an. Ini betul- betul membuka mata dan perlulah sentiasa beware kalau dah betul- betul tidak mahu tambah anak lagi, pheew! 

Kesilapan kedua : Mengabaikan kesihatan mata

Pada usia ini, kebanyakan wanita 40-an telah terdedah terlalu lama dengan komputer ataupun telefon bimbit yang menjejaskan penglihatan. Kebiasaannya pemeriksaan mata untuk wanita di usia ini akan memberikan fokus kepada masalah glaucoma dan juga katarak. Walaupun masalah katarak muncul pada lewat usia, tetapi ia tidak mustahil terjadi lebih awal. Jadi pemeriksaan mata berkala telah boleh dimulakan secara konsisten pada usia ini.

Oh yang ni memang langsung tak pernah ambil peduli. Memang dah rabun sikit, tapi delay je nak pakai cermin mata, atau buat lasik saja. Hmmm memang delay lama sangat dah ni. 

Kesilapan ketiga : Masih mencuba pelbagai jenis diet

Perubahan hormon pada usia ini membuatkan wanita semakin buntu mencari jalan untuk menguruskan berat badan. Pada usia ini, fokus harus diberikan kepada pengambilan nutrient yang mencukupi setiap hari, dan bukannya menahan makan semata- mata mahu kurus. Senaman pada usia ini bukan lagi hanya tertumpu kepada usaha mahu kurus, tetapi juga penting untuk memastikan tulang lebih kuat dan tidak poros dengan lebih cepat.

No more dieting more me. I just want to eat right, choose the best food and supplement for my body. No more diet this and that. 

Kesilapan keempat : Menunda pemeriksaan payudara

Pada usia ini wanita sudah seharusnya selesa dan cekap untuk melakukan pemeriksaan payudara sendiri dan juga memulakan pemeriksaan di hospital. Sepatutnya pada usia ini wanita lebih cekap mengenalpasti sebarang kelainan pada payudara dan segera membuat pemeriksaan lengkap dan mengambil nasihat daripada doktor. Seperti yang biasa kita dengar, pemeriksaan awal payudara boleh menyelamatkan nyawa.

Tahun lepas saya ada buat pemeriksaan payudara ketika Health Fair Shaklee, dan Alhamdulillah semua OK. Dan saya tahu cara periksa payudara sendiri. Tapi saya tak pasti jika saya perlukan mamogram pula. 

Kesilapan kelima : Tidak dapat tidur dengan cukup

Ini adalah cabaran utama wanita terutamanya jika pada usia ini wanita masih menguruskan anak- anak kecil, dan juga perlu bekerja. Masalah imsomnia paling ketara menjadi masalah kepada wanita pada usia 40-an, dan ianya boleh dicegah dengan mengambil beberapa langkah penting. Antaranya ialah dengan memastikan tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari (walaupun pada hari cuti), tidur dalam bilik yang tidak terlalu gelap atau terlalu cerah, dan pada suhu yang sesuai. Pastikan anda tahu berapa jam tidur diperlukan oleh tubuh anda supaya dapat bangun dengan cergas dan ceria.

Sekarang ni saya dah takde alasan untuk tidak dapat tidur yang cukup. Anak bongsu pun dah habis tempoh menyusu, dan semua anak dah tidur lena sepanjang malam tidak lagi mengganggu. Tapi frankly, tengah malam lah waktu nak bersendiri, tenang- tenang melayan Instagram, padahal sepatutnya pegi tidur aje! 

Kesilapan keenam : Tidak mengawal pengambilan gula

Pada usia ini sudah wajib untuk wanita membuat pemeriksaan gula dalam darah, dan mengenalpasti samada diri sendiri berisiko untuk mendapat diabetes ataupun tidak. Ramai orag tidak sedar yang mereka berada dalam kelompok berisiko diabetes sehinggalah bacaan gula sudah terlalu tinggi dan terpaksa mula mengambil ubat- ubatan.

I’m pretty good at this, malah siap buat Kempen No Sugar Challenge lagi di Facebook sejak bulan September 2017. Saya berdoa boleh terus istiqamah untuk tinggalkan gula tambahan dan kekal bebas diabetes sampai bila- bila, Amin! 

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: