Ketahui Cara Sebenar Pengambilan Supplement Untuk Wanita

Sekiranya ini adalah kali pertama anda ingin memulakan rutin mengambil supplement harian, saya harap anda boleh baca kesemua bahagian dalam posting ini sehingga tamat, supaya anda betul- betul faham keperluan diri sendiri dan mengapa anda boleh mengambil supplement sebagai pelengkap.

Analisa apa yang anda makan…

Ada beberapa soalan penting yang anda perlu tanya diri sendiri terlebih dahulu sebelum anda mahu memilih supplement yang bersesuaian dengan diri anda.

Yang pertama, cuba ingat semula apa yang anda makan sepanjang hari ini, ataupun sepanjang hari semalam, dan hari sebelumnya?

Ok, sudah ingat?

Sekarang, lihat semula senarai makanan- makanan tersebut dan buat anggaran berapa banyak kalori terkumpul yang telah anda makan sepanjang sehari tersebut?

Seterusnya, jika anda boleh buat anggaran ataupun tekaan, adakah makanan- makanan tersebut tinggi kalori ataupun padat nutrisi?

Baiklah. Saya ringkaskan kesemua soalan- soalan ini dalam gambarajah di bawah untuk rujukan anda kemudian hari atau anda kongsi dengan pasangan dan ahli keluarga.

Ambil kira gaya hidup anda seharian…

Bahagian kedua ini memerlukan anda lebih peka dengan persekitaran, gaya hidup dan asal- usul makanan yang anda ambil.

Pertama, adakah makanan yang anda ambil tu ditanam, dituai dan diproses dengan bahan dan baja kimia, atau kesemuanya ditanam, dituai dan diproses secara organik dan selamat?

Kedua, bagaimana pula dengan kehidupan seharian anda?

Adakah anda terdedah dengan pencemaran alam sekitar, pencemaran air dan juga radiasi?

Dan yang ketiga, bagaimana pula dengan kehidupan peribadi anda seharian? Adakah anda dapat rehat yang cukup, tidur yang cukup dan aktif?

Baiklah, saya ringkaskan lagi sekali dalam gambarajah di bawah, dan kalau ada masa, anda boleh baca artikel lengkap saya tulis tentang kedua- dua bahagian ini.

 

3 langkah ke arah kesihatan yang baik

Sekiranya anda mahu memilih supplement untuk kehidupan harian anda, saya ingin berkongsi terlebih dahulu tentang 3 langkah yang anda perlu ambil bagi mencapai kesihatan yang baik.

Langkah pertama, anda mestilah bersedia dengan pelan pemakanan yang baik setiap hari.

Pastikan anda mengambil makanan yang baik untuk tubuh, tidak mengamalkan makanan segera dan terproses dengan banyak dan kerap, ambil lebih sayur- sayuran, buah- buahan dan pandai menyesuaikan kuantiti makanan yang diambil agar tidak berlebihan.

Langkah kedua, untuk mencapai tahap kesihatan yang baik anda perlu tahu yang bersenam itu adalah perlu.

Anda tidak perlu fikir terlalu komplikated tentang senaman, sebaliknya fokus kepada apa yang anda boleh buat, seperti berjalan 10, 000 langkah setiap hari, ataupun bermain dengan anak- anak di taman permainan.

Dan pastikan anda berusaha untuk kekalkan berat badan unggul.

Langkah ketiga, barulah anda pilih supplement yang bersesuai dengan gaya hidup dan jenis makanan yang anda ambil setiap hari.

Kenalpasti apa yang masih kurang di dalam diet harian, dan ambil supplement yang sesuai untuk melengkapinya.

Cara memilih supplement untuk keperluan tubuh wanita. 

Anda perlu tahu bahawa tubuh badan manusia dibina dengan 2 asas nutrisi iaitu makro-nutrien dan micro-nutrient.

Makro- nutrient terdiri daripada karbohidrat, protein dan lemak.

Mikro-nutrient pula terdiri daripada vitamin dan mineral.

Jadi dengan melihat kepada keperluan asas ini, anda boleh mengetahui dengan mudah, di bahagian manakah tubuh anda masih belum cukup menerima sumber- sumber tersebut?

  • Adakah tubuh anda tidak cukup karbohidrat?
  • Adakah tubuh anda tidak cukup lemak yang baik?
  • Adakah tubuh anda tidak cukup protein?
  • Adakah tubuh anda tidak cukup vitamin dan mineral?

1- Protein 

Secara ringkas, tubuh kita dibina dengan protein, bermula dengan sekecil- kecil sel, sehinggalah sebesar- besar organ dalam tubuh kita, dibina dengan protein. Kita memperolehi protein daripada makanan, dan dengan bekalan protein daripada makanan inilah sel- sel tubuh kita dibina. Oh jangan lupa, sekiranya anda hamil, protein juga membina sel- sel untuk tubuh bayi anda juga.

Antara tanda- tanda tubuh kurang protein termasuklah kulit mudah kedut, kendur, berparut, tona tidak sekata, kasar dan kering. Rambut rapuh dan gugur, dan kuku yang mudah patah.

Tubuh yang kurang protein akan mengalami tahap  metabolisme yang perlahan, berat badan sukar untuk turun, tidak bertenaga dan emosi mudah tersentuh. Kekurangan protein juga boleh menjadikan tubuh mudah terkena jangkitan penyakit.

Kami mencadangkan Energizing Soy Protein Shaklee sebagai sumber protein pelengkap diet harian yang menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP). Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Energizing Soy Protein membekalkan 9 asid amino yang lengkap untuk tubuh dan tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

2- Asid Lemak Omega 3

Ramai orang ingat lemak tidak diperlukan oleh tubuh, sedangkan lemak adalah satu makro nutrient yang sangat penting.

Tahukah anda 60 peratus daripada otak kita terdiri daripada lemak?

Lemak diperlukan oleh tubuh untuk membantu tubuh menyerap beberapa jenis vitamin penting seperti A, D, E dan K. Tanpa lemak dalam tubuh, vitamin- vitamin ini tidak dapat diserap dan diguna oleh tubuh dengan sempurna.

Makanan yang tinggi lemak sihat (healthy fats) membantu kita dapat kepuasan ketika makan.

Lemak sihat dalam makanan boleh bantu kita mengawal kemaruk makan, kerana dengan adanya lemak ini, tubuh akan merasa lebih puas selepas makan. Inilah rahsia mengawal selera makan tanpa makan berlebihan.

Antara tanda- tanda tubuh kurang lemak sihat termasuklah mudah terkena allergi, kulit kasar dan kering, perut mudah boroi, kerap lapar, tubuh mudah mendapat inflamasi dalaman, dan sistem imun badan mudah dicerobohi oleh jangkitan.

Kami mencadangkan Omega Guard Shaklee untuk membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

3- Vitamin C

Jika ramai wanita yang menyangka vitamin C hanyalah untuk kecantikan, saya nak beritahu, hey girl, you gotta be smarter than that ok! Vitamin C diperlukan untuk pertahankan tubuh kita di peringkat sel lagi. Vitamin C mempertahankan sel kita daripada teroksida, meningkatkan sistem imun tubuh, merangsang penghasilan kolagen, melambatkan penuaan kulit, menyembuhkan luka, dan diperlukan untuk mengekalkan tulang rawan yang sihat, gigi dan gusi yang kuat.

Oleh kerana tubuh tidak dapat hasilkan vitamin C sendiri, kita wajib mendapatkan vitamin C daripada makanan harian. Vitamin C sangat mudah diserap oleh tubuh dan juga mudah terhapus apabila tubuh dalam keadaan stress, sedang sakit ataupun terdedah dengan pencemaran sekeliling.

Kami mencadangkan Shaklee’s Sustained Release Vita-C PlusTM yang merupakan produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam. Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

4- Vitamin dan Mineral

Untuk mendapatkan vitamin dan mineral yang lengkap dalam hidangan harian adalah hampir mustahil. Tetapi kita kena tahu apakah vitamin dan mineral yang paling utama perlu kita lengkapi seharian.

Antaranya ialah zat besi, vitamin D, vitamin C, asid folik, vitamin B, kalsium dan magnesium.

Namun begitu, sangat penting untuk kita tahu bahawa, kita tidak perlukan jumlah yang banyak untuk setiap vitamin dan mineral yang kita ambil setiap hari. Sebab itulah kita masih boleh perolehinya sedikit daripada makanan, dan selebihnya ditampung dengan supplement.

Shaklee mencadangkan Vita-Lea® yang merupakan formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan. Vita-Lea® Iron Formula mengandungi 400mcg asid folik, vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.*

Walaupun vitamin B sangat penting untuk tubuh, kita tidak perlu mengambil kesemua jenis vitamin B dalam jumlah yang banyak.

Sebab itulah kebiasaannya untuk mendapatkan vitamin B yang lengkap kita hanya perlu mengambil B Complex sahaja. Vitamin B Complex bermaksud ia mengandungi kesemua jenis vitamin B, termasuklah B1, B6, B12, thiamin, biotin dan niacin.

Antara kelebihan vitamin B Complex termasuklah memperbaiki mood harian, memberi tenaga, untuk kulit yang segar dan berseri, memperbaiki metabolisme tubuh dan mengurangkan stress harian.

Kami mencadangkan B-Complex Shaklee yang membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B. B Complex Shaklee membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat. 

Pengalaman 8 Tahun Bersama 5 Supplement Asas

Saya sendiri telah setia dengan 5 jenis supplement ini sejak saya tahun 2012 lagi. Dan memang ia banyak membantu saya memulihkan kesihatan, terutamanya masalah kulit dan berat badan.

Saya mengamalkan supplement Shaklee bersama- sama diet yang baik dengan program No Sugar Challenge dan hasilnya sangat memberangsangkan.

 

Shaklee mencadangkan 5 nutrisi asas seperti yang saya terangkan di atas iaitu PROTEIN, OMEGA-3, VITAMIN DAN MINERAL SERTA B- COMPLEX.

Namun begitu, untuk tambahan mengikut keperluan wanita, Shaklee mencadangkan :

GLA Complex untuk sumber omega-6, dengan vitamin E yang baik untuk regulasi hormon dan kulit yang sihat

Ostematrix untuk sumber kalsium dan magnesium bagi tulang

Vivix untuk khasiat polifenol sebagai anti- oksida.

Collagen Powder untuk kulit dan sendi yang sihat sepanjang usia.

Jadi, anda sudah sedia untuk memulakan rutin supplement?

Jika anda dah baca kesemua bahagian yang saya sediakan di atas, dan bersedia untuk memulakan rutin ber-supplement, jom kita berbual lagi untuk kita kenali lagi tubuh badan dan keperluan semasa anda.

Tapi maaf ya, saya tidak boleh mencadangkan salah satu atau kesemua produk yang dicadangkan ini tanpa berbual dan bertanya latar belakang anda terlebih dahulu.

Jadi saya sangat mengalu- alukan sebarang pertanyaan berkaitan dengan artikel ini, dan produk yang tersenarai. Hubungi saya !

Facebook Comments