August 5, 2018

Khasiat Polifenol Dalam Sebotol Vivix Baiki Paras Gula

Sekiranya anda banyak membaca tentang petua awet muda dan umur panjang terutamanya dalam artikel- artikel dan jurnal dari barat, sudah pastinya anda akan bertemu dengan perbincangan khasiat polifenol. Sejak lebih 10 tahun lepas, kajian demi kajian dilakukan untuk mengenali lebih mendalam tentang polifenol dan khasiat- khasiatnya kepada manusia (1).

Apa Itu Polifenol?

Polifenol adalah sejenis micronutrient yang terdapat di dalam buah dan tumbuh- tumbuhan. Polifenol ini secara semulajadi dihasilkan oleh tumbuh- tumbuhan untuk melindungi dirinya sendiri daripada serangan serangga, pancaran terik matahari dan daripada dimakan oleh binatang.

Jika anda lihat buah atau tumbuhan yang mempunyai warna terang oren, ungu, atau merah, ini adalah kompaun yang dipengaruhi oleh micronutrient polifenol itu tadi. Oleh itu buah seperti berries, anggur, lobak merah/ ungu dan lain -lain mengandungi polifenol.

Namun begitu kandungan polifenol antara buah dan tumbuhan ini boleh jadi berbeza berdasarkan cara ia ditanam, dituai, dipindahkan dari ladang/ kebun dan juga cara makan atau cara ia dimasak.

Kajian mendapati faktor persekitaran sangat memainkan peranan dalam memastikan sumber polifenol dalam tumbuhan dapat dikekalkan dengan baik. Faktor- faktor penting yang perlu diambil kira sekiranya kita mahu mendapatkan khasiat polifenol dalam diet harian termasuklah :

  • jenis tanah
  • pendedahan kepada cahaya matahari
  • jumlah hujan

Kajian juga mendapati kandungan polifenol dalam sayuran yang ditanam secara organik dan menggunakan kaedah pertanian lestari (sustainable agriculture) adalah lebih tinggi berbanding yang ditanam secara konvensional, terutamanya bagi tumbuhan jenis strawberry, blackberries dan jagung.

Polifenol Dan Kandungan Anti-Oksida

Ramai orang tertanya- tanya, adakah polifenol dan anti-oksida itu perkara yang sama? Kita boleh mengatakan ianya adalah benda yang sama, namun secara lebih teknikal, terdapat banyak polifenol yang sememangnya mengandungi anti- oksida yang tinggi.

Pernahkah anda mendengar tentang resveratrol? Ini juga adalah sejenis polifenol yang terkenal, yang terdapat dalam wine, dikatakan sebagai petua awet muda yang yang sangat mujarab disebabkan oleh kandungan anti- oksida yang tinggi.

Mengapa Anti- Oksida Penting Untuk Tubuh?

Sel tubuh kita ini pada sepanjang masa akan diserang oleh pelbagai radikal bebas. Radikal bebas ini boleh berpunca daripada pencemaran alam sekitar, daripada pemakanan terproses, dan daripada tekanan emosi dan fikiran.

Secara semulajadinya, sel tubuh kita boleh melawan radikal bebas ini, namun begitu jika serangan terlalu kuat dan tubuh tidak lagi menahan, di sinilah makanan yang kaya dengan polifenol memainkan peranan kerana ia bersifat anti-oksida – melawan serangan radikal bebas dengan efektif.

Kita bernasib baik kerana tumbuh- tumbuhan yang kaya dengan polifenol amat mudah ditemui. Terdapat lebih 8000 jenis kompaun polifenol ditemui dalam pelbagai jenis tumbuh- tumbuhan. Dah semakin banyak kajian dilakukan telah menemui lebih banyak kompaun polifenol ini.

Kompaun polifenol ini semakin menjadi minat para penyelidik kerana dipercayai boleh melindungi sel tubuh manusia daripada banyak isu kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kanser, asma, jangkitan kuman, diabetes, penyakit penuaan dan penyakit jantung. (2)

Sumber : https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2835915/

 

Polifenol Dan Paras Gula Dalam Darah

Kadar peningkatan isu kesihatan akibat peningkatan kadar gula dalam darah seperti yang dialami oleh pesakit diabetes dijangka meningkat dengan hebat sekali menjelang tahun 2030 iaitu seramai 300 juta kes seluruh dunia (4). Dan bersama- sama dengan masalah ini ialah isu kesihatan yang lain seperti sakit jantung dan obesiti.

Terdapat semakin banyak kajian yang dilakukan ke atas binatang dan juga ke atas manusia menunjukkan pengambilan makanan yang kaya dengan polifenol membantu pesakit diabetes type-2 menguruskan penyakit mereka dan untuk bukan pesakit mengurangkan risiko mendapat diabetes (5).

Kajian Ke Atas Polifenol Dan Diabetes Type-2

Flavonoids, phenalic acids dan resveratrol adalah antara kompaun dalam polifenol yang mempunyai pelbagai khasiat kepada tubuh manusia.

Kompaun polifenol jenis flavonoids ini mudah saja didapati dalam makanan harian berasaskan tumbuh- tumbuhan. Lihat saja senarai di dalam gambar rajah di bawah ini.

Dalam satu kajian di Finland, ke atas 10, 054 orang lelaki dan wanita, dengan 526 kes diabetes type-2, mendapati mereka yang mengambil buah epal dan berries di dalam diet harian telah mengurangkan risiko diabetes type- 2 dengan tinggi sekali.

Kajian di Amerika Syarikat pula, yang dilakukan oleh Women Health Study ke atas 38, 018 orang berusia 45 tahun ke bawah mendapati pengambilan buah epal dalam diet harian menunjukan 20% kurang risiko mendapat diabetes type-2 berbanding dengan mereka yang tidak mengambil buah epal dalam diet harian.

Flavonoids mengandungi pelbagai kebaikan kepada kesihatan termasuklah mengurangkan keradangan dalam tubuh, meningkatkan kesihatan kardiovascular dan juga bertindak sebagai anti oksida yang dapat melawan serangan radikal bebas ke atas sel dan tisu tubuh badan kita.

Teh hijau mengandungi polifenol yang bertindak sebagai anti- oksida melawan serangan radikal bebas ke atas sel tubuh manusia.

Kompaun polifenol jenis phenolic acids pula banyak terdapat dalam makanan harian kita seperti teh hijau dan biji kopi, buah mangga, berries, epal, buah- buah citrus, plums, buah ceri, biji anggur, wain merah dan dalam tepung gandum, beras, jagung dan oat.

Dan kita juga kena tahu dalam buah- buahan yang ada phenolic acids, juga terdapat sejenis lagi polifenol dikenali sebagai resveratrol. Sebagai contoh dalam wain merah yang diperbuat daripada anggur, ada kedua- dua phenolic acids da resveratrol, menjadikan ianya tinggi dengan polifenol.

Terdapat satu kajian ke atas golongan peminum kopi tegar dapat mengurangkan risiko diabetes type-2 sebanyak 33%. (6).Ada juga kajian terhadap peminum teh yang minum sekurangnya 4 cawan sehari dapat mengurangkan risiko diabetes sebanyak 16%.

Bagaimana Polifenol Baiki Bacaan Gula Dalam Darah?

Kajian bertajuk “Polyphenols and Glycemic Control”(7) dalam tahun 2016, mengaitkan 4 perkara berikut yang menyebabkan bacaan gula dalam garah lebih baik dengan pengambilan polifenol dalam diet harian.

Yang pertama, diet harian tinggi dengan polifenol membantu karbohidrat yang kita makan dihadam dengan perlahan- lahan. Apabila karbohidrat dihadam perlahan- lahan, gula dalam darah tidak naik mendadak. Jadi pengambilan polifenol ini membantu pesakit diabetes ataupun mereka yang ada risiko diabetes mengawal paras gula dalam darah yang stabil.

Yang kedua, kajian yang dibuat ke atas tikus yang diberi diet polifenol menunjukkan kesan peningkatan sensitiviti ke atas paras insulin. Apabila tubuh kita lebih sensitif kepada insulin, lebih mudah untuk tubuh menggunakan karbohidrat untuk tenaga dan pada masa yang sama membantu mengawal berat badan yang lebih sihat.

Yang ketiga, diet harian yang cukup dengan polifenol meningkatkan kesihatan usus dengan paras mikroorganisma usus yang seimbang. Ini penting bagi memastikan tubuh lebih toleran dengan glukosa dan secara tidak langsung dapat menyeimbangkan paras kolesterol.

Yang keempat, polifenol membantu memperbaiki fungsi hati dan pankreas bagi memastikan paras gula di dalam badan stabil dan terkawal. Selain itu polifenol juga dapat mengurangkan keradangan pada hati sekiranya tubuh telah mengalami obesiti.

Supplement Vivix® Dan Sebatian Polifenol Hebat

Bahan utama dalam Vivix ialah anggur muscadine, yang mengandungi polifenol yang lebih tinggi berbanding dengan yang ditemui dalam anggur lain.

Anggur muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat. ​​

Di Shaklee, kami memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine ini ke dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.

Selain anggur muscadine, sebatian polifenol dalam Vivix juga diambil daripada 3 jenis tumbuhan lagi iaitu polyganum Cuspidatum, lobak ungu dan elderberry Eropah.

Pengambilan supplement Vivix tidaklah bermaksud kita ganti pengambilan buah dan sayuran yang kaya dengan polifenol dalam diet harian. Untuk  memastikan kadar gula dalam darah pada paras stabil, amalkan Vivix bersama- sama diet yang seimbang buah dan sayuran- sayuran yang kaya dengan polifenol juga.

Untuk mendapatkan bekalan Vivix anda, hubungi saya untuk konsultasi seterusnya.

Rujukan :

1- https://academic.oup.com/ajcn/article/79/5/727/4690182
2- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2835915/
3- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12590461
4- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2871121/
5- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4728631/
6- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24459154/
7- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4728631/#B24-nutrients-08-00017

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: