Kuatkan Sistem Imun Tubuh Lawan Jangkitan Influenza A

Penularan wabak influenza A di negara kita, sejak awal Januari telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat terutama ibubapa yang mempunyai anak- anak di peringkat umur persekolahan. Terkini dalam laporan Astro Awani, 28 orang pelajar di Perak disahkan dijangkiti virul influenza A, seramai 89 orang disahkan positif influenza A di Johor, daripada golongan kanak- kanak tadika sehinggalah ke peringkat sekolah menengah, dan di Pahang pula ada 10 kes dikenalpasti di kalangan kanak- kanak sekolah.

Influenza adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang menjangkiti salur pernafasan. Apabila kita terkena jangkitan influenza kita boleh mengalami gejala yang ringan, tetapi juga boleh menjadi serius sehingga mengancam nyawa.

Antara gelaja- gejala influenza termasuklah :

  • Demam
  • Selesema
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit birit dan muntah- muntah

Virus influenza mudah merebak melalui titisan salur pernafasan ketika bercakap, batuk, atau bersin. Apabila virus ini menyentuh permukaan, ia akan kekal di situ selama 24 jam, dan sekiranya tidak dibersihkan, ia boleh mengjangkiti orang lain yang menyentuh permukaan tercemar tersebut.

Menurut laman web Info Sihat Bahagian Info Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, gejala jangkitan boleh menjadi ringan atau serius, berdasarkan tahap imuniti tubuh seseorang. Sekiranya sistem imun tubuh lemah, gejala boleh menjadi lebih serius berbanding tubuh yang kuat sistem imunnya.

Oleh kerana sistem imun sangat penting untuk memastikan kita boleh melawan jangkitan influenza, mari kita teliti beberapa langkah yang boleh kita ambil.

1- Amalkan diet yang sihat untuk satu keluarga

Oleh kerana risiko jangkitan influenza lebih tinggi di kalangan kanak- kanak, pastikan anak- anak mengambil diet yang sihat, bukan saja ketika musim jangkitan, tetapi juga sepanjang masa. Ajar anak- anak supaya tidak makan makanan ringan dan makanan segera yang tiada khasiat, kerana ia tidak dapat membina sistem imun tubuh dengan baik.

Gejala jangkitan influenza boleh menjadi serius sekiranya tubuh anak tidak bersedia dengan zat yang sepatutnya bagi membantu sistem imun bekerja dengan efisyen. Pastinya diet harian meminimakan makanan terproses, yang tinggi gula putih dan lebih fokus kepada makanan segar yang dimasak secara sihat dan juga buah- buahan segar.

2- Latih anak minum air kosong secukupnya

Salah satu tips penting yang mesti diikuti ketika musim jangkitan dan penularan wabak ialah pengambilan air yang mencukupi. Air diperlukan untuk mengeluarkan toksin daripada tubuh badan, kerana toksin yang terkumpul boleh melemahkan sistem imun.

Terdapat ramai anak- anak kecil yang menghadapi masalah untuk minum air kosong, jadi ini menyebabkan sistem imun tubuh mereka tidak bekerja dengan sebaiknya.

Latihan minum air kosong secukupnya mesti dari usia kecil supaya tidak menjadi masalah apabila mereka perlu ke sekolah dan menjaga diri sendiri.

3- Ambil supplement khas untuk sistem imun tubuh yang kuat

Di musim wabak menular, pengambilan supplement yang bersesuaian bukan saja mesti diteruskan, malah dalam beberapa keadaan perlu diambil dengan lebih kerap atau pada dose yang lebih tinggi.

Antara vitamin penting yang mesti diambil bagi menguatkan sistem imun melawan jangkitan influenza ialah vitamin C, vitamin B6zink, magnesium, vitamin D dan omega-3. Kesemua vitamin- vitamin ini amat baik bagi mengukuhkan sistem imun tubuh dalam jangka masa panjang, jadi sekiranya kita dijangkiti, kita dapat pulih dengan lebih cepat, dan gejala tidak merebak menjadi lebih serius.

Kesemua vitamin- vitamin ini boleh diambil dalam bentuk supplement kerana ia lebih mudah berbanding mengumpulkan kesemuanya dalam bentuk makanan segar. Pengambilan supplement juga boleh memastikan kita dapat dos mencukupi setiap hari.

Kita juga boleh mengambil supplement khas yang mengukuhkan “interferon”. Interferon ialah sejenis protein yang dikeluarkan oleh sel apabila ia diserang dengan virus. Interferon ini akan memberi signal kepada sistem imun tubuh untuk bertindak melawan jangkitan. Supplement jenis ini boleh didapati dalam bentuk serbuk yang mengandungi bahan- bahan semulajadi daripada tumbuhan seperti biji labu, Japanese honeysuckle dan bunga safflower.

Imej : simplyrecipe.com

4- Pastikan persekitaran tempat tinggal yang bersih

Virus influenza boleh kekal di atas permukaan yang keras (hard surface) sehingga 24 jam, dan boleh kekal di atas tisu dalam jangka masa 15 minit (Website NHS, UK).

Jadi amat penting kita memastikan tempat tinggal dibersihkan dengan sempurna dan dengan kerap. Antara permukaan yang paling kerap perlu dibersihkan ialah tombol pintu, dan pemegang laci.

Perlu juga diambil perhatian, mencuci rumah dengan bahan kimia berbahaya boleh memudaratkan lagi isi rumah, jadi pilihlah bahan- bahan semulajadi dan selamat untuk tujuan membasmi kuman. Antara bahan yang boleh digunakan oleh membasmi kuman dengan selamat ialah dengan menggunakan cuka dan essential oil. Anda juga boleh memilih produk pencuci yang diperbuat daripada bahan semulajadi untuk kegunaan satu keluarga.

5- Kawal Tekanan Supaya Sistem Imun Tubuh Tidak Jadi Lebih Lemah

Wabak penyakit yang menular pastinya merisaukan kita sebagai ibubapa, dan kerisauan kita ini sebenarnya boleh berpindah kepada anak- anak juga.

Walaupun begitu, pastikan kita dapat mengawal tekanan akibat kerisauan dan kebimbangan ini kerana sistem imun tubuh boleh jadi lemah sekiranya kita dalam keadaan tertekan.

Kita usahakan yang terbaik untuk melindungi keluarga dengan diet, supplement dan kebersihan, dan jangan lupa amalkan doa- doa pelindungan daripada wabak penyakit seperti berikut :

Rujukan : https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/06/18/doa-menghindari-wabak-penyakit/

“Kami berlindung dengan Mu Ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, kami berpegang teguh pada  Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam ghaib, dan kami bertawakal kepada Mu Ya Allah! Tuhan yang hidup lagi tidak mati, Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada wabak ini dan taun, dan bala bencana, (kami mohon) dengan Ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha lemah lembut lagi Maha Menguasai! Sesungguh Dikau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam!”

 

Facebook Comments

Please Login to Comment.