April 13, 2017

The Law of Influence, Dale Carnagie

Hari Sabtu yang lepas saya menerima jemputan daripada saudara Shamel Salahudin daripada Salez Academy untuk menghadiri sesi belajar tentang topik The Law of Influence, Dale Carnagie.

Jemputan ini adalah khas untuk semua peserta yang pernah menghadiri kelas e-Usahawan yang dikendalikan oleh beliau. Kelas bermula pada jam 9 pagi, dan terdapat lebih kurang 15 orang peserta yang hadir.

Jika anda biasa dengan buku- buku Dale Carnagie, sudah pasti anda tahu tentang buku bertajuk “How To Win Friends and Influence People” yang sangat terkenal, terjual lebih 30 juta buah seluruh dunia.

Saya sendiri sudah lama memiliki buku ini dan hanya pernah membaca dalam 2 bab sahaja. Dan selepas hadir kelas bersama saudara Shamel, saya kembali memegang buku ini dan kini sudah pun hampir habis bab yang ketiga.

Saudara Shamel menyediakan handout ringkas menyenaraikan Law of Influence yang perlu difahami dan dipraktis oleh setiap orang yang mahu bergelar usahawan.

Saya senaraikan di bawah dan saya cuba beri sedikit penerangan sepertimana yang disampaikan oleh saudara Shamel.

1- Law of Reciprocity 
Peniaga perlu faham cara terbaik untuk beri sesuatu terlebih dahulu kepada bakal pelanggan sehingga menyebabkan pelanggan “terhutang budi” dan ingin membalas budi peniaga.

Contoh biasa yang dilakukan oleh peniaga termasuklah memberi sampel percuma, menawarkan “tester”, pek percubaan, khidmat nasihat percuma dan sebagainya.

2- Law of Time
Peniaga perlu mengenali prospek berdasarkan cara mereka berfikir mengikut masa. Kita perlu tahu samada prospek berfikir berdasarkan pengalaman lampau, keadaan semasa atau harapannya untuk masa depan.

Contohnya jika kita menjual produk kecantikan, dan prospek bertanya “Adakah saya akan cantik dalam masa 3-4 minggu?”, ini bermakna prospek berfikir tentang masa depan, dan kita harus mengatur perbualan dan tawaran berdasarkan apa yang dia akan dapat di masa depan.

3- Law of Contrast
Peniaga perlu menyediakan perbezaan dan perbandingan harga dan nilai antara produk- produk atau servis yang ditawarkan, bagi mendorong prospek membuat keputusan.

Contohnya peniaga boleh membuat perbandingan di antara produk yang paling mahal dan apa kelebihan berbanding produk paling murah dengan nilai yang ditawarkan kepada prospek.

4- Law of Friends
Peniaga mesti ada minat untuk berkawan- kawan dengan prospek terlebih dahulu. Berkawan- kawan juga bermakna peniaga mesti jujur dan letak keperluan prospek di tempat paling atas.

Apabila prospek dapat merasakan kejujuran kita sebagai seorang rakan, lebih mudah untuk prospek buat keputusan menjadi pelanggan.

Antara cara yang baik untuk mengaplikasikan perkara ini ialah dengan berterus- terang dengan prospek apakah kekurangan produk kita yang mungkin tidak 100% boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi.

5- The Law of Consistency
Adakalanya peniaga juga akan berhadapan dengan prospek “Miss/Mr. Know It All”. Prospek sebegini biasanya begitu tegas dengan pendapatnya sendiri dan tidak akan berganjak.

Peniaga amatur biasanya pasti terperangkap sehinggal boleh bergaduh dengan prospek, sedangkan jika kita tahu caranya, prospek jenis ini boleh menjadi pelanggan setia.

Rahsianya ada pada cara kita bertanya soalan- soalan sehingga prospek sendiri menawarkan diri untuk membeli produk dan servis kita.

5- Law of Association 
Adalah menjadi kebiasaan sekiranya prospek seronok jika produk yang mereka minati juga digunakan oleh selebriti terkenal. Testimoni daripada orang terkenal yang juga menggunakan produk dan servis tersebut mempengaruhi keputusan prospek untuk turut membeli.

6- Law of Scarcity 
Cara ini banyak digunakan oleh kempen pemasaran yang memberitahu bakal pelanggan tentang tawaran terhad, stok terhad, dan sebagainya. Prospek akan segera buat keputusan sekiranya mereka percaya stok akan habis, ataupun produk itu sangat eksklusif dan dimiliki oleh beberapa ratus atau ribu orang sahaja.

Contoh yang paling popular sekarang ini ialah kempen pemasaran Duckscarves yang mengeluarkan selendang Limited Edition.

7- Law of Conformity
Kebanyakan orang akan lebih mudah buat keputusan sekiranya ramai orang lain juga telah membuat keputusan yang sama. Dan contoh paling mudah ialah kebiasaan orang akan ikut apa yang kawan- kawan mereka beli atau guna.

8- Law of Power
Cara ini memerlukan peniaga mempunyai kelebihan berbanding peniaga lain yang menjual produk dan servis yang sama. Kuasa dalam konteks ini bukan bermaksud kuasa digunakan ke atas prospek, tetapi digunakan untuk beri kelebihan kepada prospek.

Sebagai contoh, mendengar penerangan tentang insurans daripada Agency Manager beri kelebihan kepada prospek berbanding mendengar penerangan yang sama daripada ejen biasa.

Mendengar penerangan yang jelas daripada saudara Shamel di samping juga berkongsi idea dan pengalaman dengan rakan- rakan lain yang hadir mencambahkan idea yang banyak dalam fikiran saya, membuatkan saya tidak sabar mahu berkongsi dengan team saya juga.

Saudara Shamel juga akan mengadakan Seminar Hiper Sales Intensif pada 21- 23 April di Shah Alam, memberi fokus kepada :

  • Step by step cara pilih customer dan 5 soalan mudah untuk qualify customer
  • Cipta sales kit dan ubat magik untuk ledakan sales 1000%
  • Automasi skrip WhatsApp, telefon dan presentation
  • Sistem follow up sticky notes, sales management sheet
  • Nurture marketing melalui media sosial
  • Cipta dan rekrut automatic sales team anda sendiri
  • Bina Database clients dan pelajari bagaimana untuk retain clients

Anda boleh mendaftar sekarang, hanya perlu SMS “Hiper Sales” ke 011- 2117 1350. Ada money back guarantee ya!

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 281 other subscribers

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply:

CommentLuv badge