Bagaimana Supplement Omega-3 Dapat Lawan Ketagih Gula

Sepanjang saya membuat bimbingan No Sugar Challenge, saya mendapati ramai yang gagal untuk meneruskan hasrat “bercerai” dengan gula, kerana tidak tahan menanggung serangan kemaruk dan ketagihan gula pada minggu- minggu pertama.

Kerapkali saya  mencadangkan mereka menambah supplement asid lemak omega-3 bagi menyokong tubuh mengharungi sugar withdrawal yang boleh menjejaskan semangat mereka untuk berhenti makan gula berlebihan.

Asid lemak omega-3 tidak dihasilkan di dalam tubuh badan manusia, jadi ia perlu diambil daripada makanan- makanan. Antara sumber asid lemak omega-3 yang boleh kita perolehi adalah daripada makanan- makanan seperti :

  • minyak buah zaiton
  • minyak biji anggur
  • kacang tanah
  • minyak bunga matahari
  • kacang badam
  • minyak ikan

Jumlah asid lemak omega-3 yang dicadangkan untuk tubuh orang dewasa adalah sekitar 500mg DHA & EPA, tetapi untuk mendapatkan kesan yang optimum, orang dewasa boleh mengambil 1000-2000mg DHA & EPA. Namun  begitu tidak ada satu jumlah rasmi ditentukan setakat ini oleh mana- mana badan kesihatan antarabangsa.

Terlalu banyak kelebihan kepada kesihatan sekiranya kita mengamalkan asid lemak omega- 3, termasuklah :

  • meningkatkan prestasi otak
  • memperbaiki membran sel otak
  • mengawal kolesterol dan paras triglycerides
  • meningkatkan tenaga dan metabolisme tubuh
  • memperbaiki mood secara semulajadi
  • mengurangkan keresahan
  • mencegah osteoperosis

Bagaimana asid lemak omega-3 mengawal ketagih gula?

Banyak masalah kesihatan yang kita hadapi berpunca daripada masalah ketagihan gula dan karbohidrat ringkas. Apabila kita tidak boleh mengawal pengambilan gula dan karbohidrat ringkas, kita terperangkap dalam kitaran ketagihan gula yang menyebabkan berat badan bertambah, paras gula dalam darah meningkat, paras kolesterol tidak seimbang, tekanan darah boleh meingkat dan pelbagai lagi isu.

Pertama, asid lemak omega-3 memperbaiki mood.

Ini sangat penting untuk mereka yang mengalami “sugar withdrawal” pada minggu- minggu terawal selepas meninggalkan gula tambahan dan makanan terproses.

Oleh kerana otak kita mengawal mood, dan otak adalah 60% lemak, jadi kita perlukan asid lemak omega-3 ini untuk  menyokong fungsi otak. Dalam jangka panjang, selepas “sugar withdrawal” berakhir, asid lemak omega-3 membantu mengekalkan mood yang baik supaya kita sentiasa peka dengan pengambilan makanan setiap hari.

Kedua, asid lemak omega-3 menyekat kemaruk makan 

Menurut Dr. Oz, antara masalah orang yang sedang berdiet ialah keinginan untuk makan yang muncul tiba- tiba (walaupun dah kenyang).

Pengambilan asid lemak omega-3 dapat memberikan rasa puas makan, jadi kita tidak ada keinginan untuk makan lagi dan lagi. Secara mudahnya, otak kita yang tidak puas makan, akan menyebabkan ia berfikir tentang makanan sepanjang masa.

Ketiga, asid lemak omega-3 beri kesan neutral kepada paras gula dalam darah

Apabila paras gula dalam darah seringkali turun dan naik dengan mendadak, kita akan rasa lapar dan kemaruk mahu makan dengan lebih kerap. Apabila kita lapar, dan kita makan pula makanan tinggi gula, kitaran ini tidak akan berhenti, setiap hari.

Pengambilan asid lemak omega-3 tidak beri kesan begini kepada paras gula dalam darah. Tidak naik  mendadak, dan tidak turun mendadak. Jadi kita boleh makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 tanpa perlu risau kesannya kepada paras gula dalam darah.

Bagaimana memilih supplement omega-3 yang selamat dan berkesan?

Ada 3 cara mudah untuk memilih supplement omega-3 iaitu :

1- Pastikan ia mengandungi 7 spektrum asid lemak omega-3. Spektrum penuh bermakna kita mendapat kebaikan asid lemak omega-3 sepenuhnya, ibarat memakan ikan segar setiap hari. 7 spektrum tersebut ialah EPA, DHA, DPA, HPA, SDA, ALA dan ETA.

2- Pastikan ia tulen, tanpa pencemaran merkuri. Oleh kerana supplement omega-3 diambil daripada ikan- ikan, ada supplement yang terdedah dengan pencemaran merkuri. Pastikan supplement itu dibuat daripada ikan- ikan kecil kerana ikan besar menyimpan lebih banyak merkuri dan boleh mencemarkan asid lemak yang diambil daripadanya.

3- Pastikan ia mengandungi peratus EPA & DHA yang tinggi, dan tidak dipenuhi dengan lemak ikan pula. Jumlah miligram minyak ikan, tak semestinya tinggi EPA & DHA, jadi pilih lah dengan bijak.

Seperti yang saya kongsikan di awal artikel tadi, asid lemak omega-3 ini tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh, jadi kita mesti mengambilnya secara konsisten daripada makanan- makanan dan supplement. Pengambilan yang berterusan akan memberi kesan yang baik bukan saja kepada tabiat makan dan ketagihan gula, tetapi untuk untuk kesihatan tubuh badan yang lain.

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: