June 26, 2018

Masalah Sembelit Di Musim Raya

Saya perhatikan sejak mula hari raya, walaupun saya dapat “membuang” setiap hari, tetapi kepuasan tu tak sama jika dibandingkan ketika bulan puasa. Maksud saya, walaupun saya boleh buang air besar setiap hari, tetapi di musim raya, saya ambil masa lebih lama untuk tunggu rasa nak membuang tu, dan ermmm “hasil buangan” pun lebih sedikit dan tidak begitu lembut.

Ok I know this is too much info but it is very important!

Secara amnya, orang yang sihat dan normal akan buang air besar setiap hari, ATAU setiap 3 hari sekali. Bermakna kalau kita tak buang air besar dalam masa 3 hari, itu masih lagi normal dan sihat.

Kajian mendapati, kekerapan buang air besar bukan faktor utama tentukan kesihatan seseorang, tetapi “rupa” najis itu yang lebih penting, untuk tahu tubuh kita sihat atau tidak.

Namun begitu, kalau jarang buang air besar (lebih dari 3 hari) dan rupa najis pun tidak normal, itu sememangnya petanda ada masalah kesihatan pada tubuh seseorang.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh majalah Healthline ke atas 2000 orang, mendapati :

  • Lebih 50% buang air besar setiap hari, 28% buang air besar selang sehari dan selebihnya buang air besar buang air besar 1-2 kali seminggu.
  • Lebih 60% buang air besar pada waktu pagi, 20% buang air besar pada waktu tengah hari dan selebihnya buang air besar pada lewat malam.
  • Lebih 60% mendapati najis mereka lembut dan berbentuk ular atau sosej (konsistensi)

Konsistensi

Kita sebenarnya boleh perhatikan tahap kesihatan tubuh dengan memerhatikan konsistensi najis sendiri dan kekerapa kita membuang air besar.

Konsistensi yang baik ialah najis yang lembut, mudah dikeluarkan, berwarna perang (brown) dan berbentuk ular/ sosej. Warna najis sepatutnya adalah perang kerana sel darah merah dipecahkan (breakdown) dalam tubuh. Bentuk seperti ular/ sosej pula adalah gambaran bentuk usus kita sendiri (berlingkar).

Apabila najis terlalu cair, berkemungkinan ada masalah dalam usus, menyebabkan najis lalu di usus terlalu pantas, tidak sempat untuk mengeras sedikit. Apabila ini berlaku, nutrisi yang dihadam dari makanan juga tidak sempat diserap oleh tubuh.

Apabila najis terlalu keras pula, ia menyebabkan kita sukar untuk mengeluarkannya ketika buang air besar dan boleh menyebabkab sembelit dan juga buasir.

Kekerapan

Kekerapan buang air besar pula ditentukan oleh beberapa faktor iaitu jenis diet, faktor usia, aktiviti harian dan juga penyakit- penyakit kronik.

Diet yang baik untuk memastikan kita dapat buang air besar setiap hari dan najis pun normal, mestilah tinggi serat. Makanan tinggi serat termasuklah yang serat larut (soluble) dan serat yang tidak larut (insoluble).

Serat larut air diperlukan untuk memberikan rasa kenyang apabila kita makan, manakala serat tidak larut ini bertindak seperti julap, melancarkan najis dikeluarkan. Selain makanan, pengambilan air yang cukup seharian amat penting untuk mengelak berlakunya sembelit.

Diet Musim Raya

Diet di musim raya memang ternyata sangat kurang serat, dan malah ada yang mengabaikan pengambilan air yang cukup, jadi tidak hairan lah jika ramai yang mengalami sembelit atau tidak puas buang air besar.

Seharian berhari raya kita dihidangkan dengan makanan berasaskan daging, pulut dan kuih raya pula penuh dengan bahan- bahan terproses. Kesemua jenis makanan ini boleh dikatakan tidak ada serat langsung!

Sebab itu selepas 2 minggu ini saya sudah mula memperbaiki diet harian, kerana memang rasa tidak selesa. Kembali saja dari kampung, saya telah mula mengurangkan makan daging kerana daging merah terutamanya kerana ia lambat dihadam dan boleh menyebabkan kita sukar membuang air besar. 

Makanan Berserat Baik Untuk Usus

Terdapat 2 kategori makanan tinggi serat yang baik untuk usus. Yang pertama ialah serat larut air, yang membantu kita rasa kenyang apabila makan. Dan yang kedua ialah serat yang beri kesan lawas atau seperti julap yang memudahkan kita membuang air besar.

3 Langkah Penting Legakan Masalah Sembelit

Jika anda pun mengalami rasa tidak selesa perut dan tidak lawas ketika musim raya, anda juga boleh mengambil 3 langkah yang saya ambil ini iaitu :

1- Berhenti makan daging merah, kurangkan makanan terproses seperti kuih raya dan tambah serat dalam diet harian

2- Wajib minum air kosong yang cukup setiap hari

3- Ambil supplement ini sekiranya perlu

Saya doakan semoga kesihatan kita lebih baik di musim raya kali ini, Insha Allah.

 

Facebook Comments

Click Here to Leave a Comment Below

Leave a Reply: